[Media]
Aidil dan Haikal*****
Balqis baru berumur sebelas tahun. Dia tinggal di Terengganu. Di mana lokasinya tidak perlu diberitahulah kan.
Dia sedang duduk di tepi sungai berdekatan rumahnya. Balqis ketawa geli hati apabila kaki dia mengocak-ngocak air sungai itu. Sejuk.
Tangannya erat memeluk patung beruang yang mama dia hadiahkan sempena hari jadinya yang ke sebelas tahun.
Apa? Ingat budak darjah lima tak boleh peluk patung beruang ke? Entah-entah orang dewasa lagi teruk dari dia.
Sedang Balqis terleka bermain air, patung beruangnya dirampas kasar. Terkejut Balqis dibuatnya. Nasib baik dia tidak terjatuh.
"Bagilah balik!" jerit Balqis agak kasar. Dia menggengam penumbuk.
Budak lelaki dan kuncu-kuncunya ini suka membuli Balqis.
Ketua mereka bernama Leman. Dua orang lagi ni bernama Aiman dan Fitri.
"Patung buruk ni jugak yang kau suka. Elok buang aje kat dalam sungai ni." katanya sambil menggoyangkan patung beruang kesayangannya itu di hadapan muka Balqis.
"Patung tu baru lagi lah! Kau sibuk kenapa?" tengking Balqis.
Sungguh, dia sudah hilang sabar dengan sikap Leman ini. Semasa Balqis berumur sepuluh tahun Leman pernah membuli dia juga. Balqis sedang enak makan coklat yang ayah beri sebagai bekal untuknya semasa di sekolah. Terus Leman merampas coklat itu dan memakannya tanpa rasa bersalah.
Tapi Balqis tidak pernah membuka cerita pada mama dan ayah. Takut jika Leman akan terus membulinya dengan lebih teruk lagi.
"Peliknya. Kau orang kaya tapi beli patung buruk macam ni." Dia terus membuang patung itu ke dalam sungai.
Balqis terus menjerit dan menangis. Dia terduduk melihat patung beruangnya yang tenggelam timbul itu hanyut dibawa arus sungai.
Leman dan kuncu-kuncunya itu ketawa terbahak-bahak. Mereka berani buli Balqis sebab dia tak berani nak melawan. Badan Balqis lebih kecil dari mereka. Balqis budak perempuan yang lemah. Tak berdaya nak melawan.
"Woi! Kau ni tak ada kerja lain ke?" jerit seseorang.
Balqis yang sedang menangis langsung tidak ambil kisah.
"Teddy.. nak teddy..." kata Balqis sambil menangis.
"Ala, hero dia dah sampai." ejek Leman. Dia seperti tidak takut dengan lelaki yang menegur dia.
"Tak malu ke buli budak perempuan? Tak gentleman langsung kau ni." ejek budak lelaki itu pula.
"Weh, gentleman tu apa?" bisik Leman kepada Fitri.
Fitri hanya mengangkat bahu. Tanda dia tidak tahu. Budak darjah lima kut, memang dia tak tahu apalah. Sengaja nak tunjuk hero. English pun failed!
"Ah, lantaklah apa maksud dia pun! Hei, yang kau menyibuk kenapa? Aku memang sengaja aje nak buli dia. Ada masalah ke?" marah Leman.
YOU ARE READING
Cinta Terakhir ✔
FanficDisebabkan satu salah faham.. semua yang indah jadi satu mimpi buruk. Hanya mampu menyedapkan hati dan berdoa. "InshaAllah kalau jodoh aku dengan dia, benci mana pun dia dan marah mana pun dia pada aku dia tetap akan jadi milik aku." Dan ditakdirkan...