Bab 20

3.3K 74 0
                                    

"Bro. Aku nak lawat kau petang ni. Boleh?" tanya Haziq kepada Haikal.

"Sorry bro. Tengahari ni aku dah boleh discharge. Lawat aku kat rumah aje eh? Jangan lupa ajak Balqis sekali." Haikal ketawa di hujung talian.

"Gatal kau eh? Tampar kang." Sungut Haziq. Cemburu sebenarnya. Hehe.

Haikal lagi galak ketawa. "Jangan lupa tau bawa Qis sekali. Boleh dia tolong mak aku masak."

"Hurm yelah. In shaa Allah. Kau tu banyakkan rehat." Pesan Haziq.

"Yelah. Tahulah aku nak jaga diri. Kau tu jaga kesihatan. Dahlah selalu sakit kepala dengan dada. Dah makan ubat belum?" sindir Haikal.

Haziq menepuk dahinya. "Belum ah. Okay bro petang nanti aku datang rumah kau. Bye." Haziq memutuskan talian.

Dia turun ke bawah dan menuju ke dapur. Dia mengambil ubatnya yang banyak dan menelannya. Air suam diteguk rakus. Pahitnya.

Haziq mula mengadu selalu sakit kepala dan dada sejak dia demam panas tempoh hari. Semasa dia putus hubungan dengan Cikgu Sarah. Tetapi bila ibunya bawa dia ke hospital paru-paru dan jantung, semuanya tiada masalah. Kepalanya juga okay.

--------------------

Balqis menunggu seseorang di hadapan rumahnya. Dia melirik jam di tangan. Sudah hampir pukul lima petang.

Tidak lama kemudian, orang yang di tunggu pun sampai.

"Awal sampai?" Balqis menyindir Haziq.

Haziq menanggalkan topi keledarnya untuk memudahkan dia berkomunikasi dengan Balqis.

"Ala aku cakap dalam pukul lima aku sampai kan? Kau yang siap awal sangat kenapa? Tak sabar nak jumpa buah hati?" balas Haziq.

"Hurm dahlah jom gerak." Balqis mencapai basikalnya. Bersedia untuk bergerak.

"Eh takkan kau nak naik basikal? Kau pun tahu kan rumah Haikal tu jauh?" Haziq menegur.

"Habis kau nak aku naik motor dengan kau? Dalam mimpi kau lah." Kata Balqis.

Haziq mengenyitkan mata kepada Balqis.

"Exactly. Come." Haziq mengeluarkan topi keledar dari bawah tempat duduk motornya.

Terganga mulut Balqis melihat tindakan selamba Haziq. Biar betul mamat ni?

Haziq memakaikan topi keledar itu di kepala Balqis yang bertudung.

"Argh, habislah rosak tudung aku!" rungut Balqis.

"Eleh sekejap je. Tu pun nak bising."

Haziq menghidupkan enjin motorsikalnya. Dia memandang Balqis yang terpinga-pinga.

"Naiklah. Tunggu apa lagi?" Haziq mengelap peluh di dahinya.

Kesian pula Balqis melihatnya.

"Sekejap. Aku nak minta izin mama aku." Laju Balqis masuk ke dalam rumahnya.

Haziq tersenyum melihat Balqis berlari masuk ke dalam rumah.

"Ma. Haziq dengan Qis nak pergi lawat Haikal. Er.. Rumah Haikal jauh. Haziq suruh naik motor sekali dengan dia." Teragak-agak Balqis memberitahu ibunya.

Puan Julia diam seakan memikirkan sesuatu.

"Kalau macam tu, boleh tapi Balqis tahu nak jaga batasnya macam mana kan?"

Balqis tersenyum. Pastilah tahu!

Balqis mencium pipi ibunya dan berlari keluar. Sebenarnya, Balqis agak gembira kerana dia dapat menaiki motor bersama-sama Haziq tetapi dia juga haruslah menjaga batasnya dengan Haziq kerana mereka bukan muhrim.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now