"Mama, Aidil nak pindah sekolah!"
Terkedu Datin Marlina dengan permintaan anak terunanya itu.
"Kenapa tiba-tiba ni?" Tanya Datin Marlina selepas beberapa minit dia diam.
"Saja. Nak tukar angin." Sahut Aidil selamba.
"Okay, Aidil nak pindah sekolah mana?" Datin Marlina berhenti daripada melipat kain.
"SMK Seri Kepayang. Dekat aje kan dengan rumah kita?" Cadang Aidil.
Datin Marlina diam seakan berfikir. Selepas beberapa minit akhirnya dia bersetuju.
"Tapi kena tanya ayah dulu." Kata Datin Marlina.
"Hm yelah." Aidil menjawab malas. Dia terus mengatur langkah ke biliknya.
Iphone 6s-nya dicapai. Nombor Safuan di dail.
"Hello?"
--------------------
"Makanlah sikit Jiq. Kalau kau tak makan macam mana kau nak dapat tenaga? Kata nak cepat discharge. Nak pergi sekolah." Haikal menyuakan bubur ayam yang masih panas ke mulut Haziq.
Haziq menggeleng perlahan. Dia tidak ada selera untuk makan. Hatinya masih sakit apabila dia teringat cara Haikal melayan Balqis di sekolah tadi.
"Kau baliklah Kal. I want to be alone." Pinta Haziq tanpa memandang wajah Haikal.
Haikal mengeluh. "Ni pasal Qis lagi ke?"
Haziq terkedu. Tekaan Haikal benar belaka!
"Kalau pasal Qis aku rasa kau move on ajelah. Dia pun tengah nak move on. Dia cuba untuk hidup tanpa kau walaupun kau dengan dia cuma enam bulan bersama." Jelas Haikal tanpa rahsia lagi.
"Hati aku sakit Kal. Tengok dia melayan lelaki lain. Tengok dia jalan dengan lelaki lain. Senyuman dia yang dulu hanya untuk aku, sekarang dia beri kepada lelaki lain." Adu Haziq dengan suaranya yang lemah. Dia memandang tiub air yang dimasukkan ke dalam tubuhnya melalui jarum.
"Kau tahu tak, masa kau orang bercinta. She took you at the first place. Memang kau layan dia macam puteri. Kau layan dia macam boyfriend yang memanjakan girlfriend dia tapi hati kau Jiq. Hati kau macam tak ikhlas layan dia macam tu. Kau cakap kau nak layan dia macam kau layan Cikgu Sarah dulu tapi apa yang kau dah buat? Kau makin sakitkan hati dia! Alasan kau, sebab kau tak nak dia tinggalkan kau macam Cikgu Sarah tinggalkan kau. Tu tak adil bagi dia Jiq." Luah Haikal panjang lebar.
Aku dah luahkan Qis. Kalau tak sampai bila pun Haziq takkan sedar dengan apa yang dia dah buat kat kau!
"Nama kau tak pernah lekang dari bibir dia. Setiap hari aku bersama dengan dia, setiap hari tu juga lah dia asyik sebut nama kau. Kau tahu tak betapa pentingnya kau bagi dia? Memang kau tengok dia happy, gelak senyum semua tapi kau ada pandang dia melalui hati kau? Kalau kau pandang dia melalui mata hati kau, aku percaya kau akan nampak betapa sakitnya hati dia apabila dia tengok kau. Apalagi sekarang kau duduk depan dia. Agaknya dia rasa apa?" Sambung Haikal lagi.
Haziq masih diam membisu. Satu perkataan pun tidak keluar dari mulutnya.
"Dia tak minta kau getback dengan dia. Dia cuma minta kau hormati perasaan dia. Jaga hati dia. Bantu dia untuk hidup tanpa kau yang selama ni selalu dengan dia. Bagi dia peluang Jiq. Bantu dia untuk teruskan hidup dia yang selama ni bercelaru tanpa kau disisi." Haikal menguis bubur dimangkuk dengan sudu.
Haziq mengeluh berat.
"Kal. Aku lapar." Adu Haziq. Sengaja dia mengubah topik.
"Ha nah makan. Aku suapkan." Kata Haikal. Dia menyua sudu yang berisi bubur itu ke mulut Haziq. Haziq makan tanpa sepatah kata.
YOU ARE READING
Cinta Terakhir ✔
FanficDisebabkan satu salah faham.. semua yang indah jadi satu mimpi buruk. Hanya mampu menyedapkan hati dan berdoa. "InshaAllah kalau jodoh aku dengan dia, benci mana pun dia dan marah mana pun dia pada aku dia tetap akan jadi milik aku." Dan ditakdirkan...