Bab 41

2.1K 65 3
                                        

[Media]
Haikal

*****

"Kau?!"

Aidil terkejut melihat Balqis dihadapannya.

"Eh, ada pula duit kau nak beli baju kat sini?" Perli Aidil.

Balqis tarik muka. "Kau fikir aku ni miskin sangat ke? Tak payahlah nak berlagak sangat. Kau pun beli baju satu kedai juga dengan aku." Sindir Balqis pula.

Ada ke dia cakap aku macam tu? Fikir aku miskin sangat ke?!

"Eleh, alang-alang aku kat sini dan kau pula kotorkan baju aku, so aku decide nak beli baju ganti kat sini. Ada masalah ke?"

Balqis terdiam. Fikir Qis, fikir ayat lain! Jangan bagi mamat kat depan kau ni menang.

"Okay, pasal baju kau tu aku minta maaf sangat. Serius aku tak sengaja. And yes mestilah ada masalah. Sibuk aje!" Balas Balqis.

Aidil hanya tersenyum sinis kerana dia tahu Balqis sudah tidak ada ayat untuk melawannya. Dia terus beredar.

Balqis terus masuk ke dalam bilik persalinan tadi. "Eee geramnya!"

"Eh?" Balqis ternampak Iphone 6s di atas meja di bilik itu vibrate. Gila oi! Iphone 6s duh!

"Mungkin Aidil punya kut." Balqis berkata sendiri.

Balqis melihat nama yang tentera di skrin.

"Safuan?" Pantas Balqis menekan butang hijau.

"Hello, Dil? Cepatlah sikit. Nak beli baju sehelai pun lama ke?" Suara milik Safuan kedengaran di corong telefon.

"Err.." Teragak-agak Balqis menuturkan kata.

"Aidil?" Suara Safuan kedengaran lagi.

Balqis mendiamkan diri.

"Aidil Redzuan bin Ismail!" Jerit Safuan lagi.

Balqis masih membisu. Kedengaran Safuan mengeluh sebelum talian dimatikan.

Balqis terus keluar dari bilik persalinan itu dan matanya terus mencari kelibat Aidil. Yes! Kat sana!

Balqis terus melangkah ke arah Aidil yang sedang sibuk memilih satu di antara dua baju yang dipegangnya. Balqis berdehem.

Aidil memandang Balqis. "Kau nak apa?"

"Err.. Nah, your phone. Tadi tertinggal kat dalam fitting room." Balqis terus menghulur Iphone 6s itu kepada Aidil. Aidil terus mengambilnya.

"Thanks." Ucap Aidil pendek.

Balqis mengangguk. Dia ingin berlalu tapi dihalang oleh Aidil.

"Ni ke atau yang ni?" Aidil meminta pendapat Balqis tentang baju yang dipegangnya.

Masalahnya, dua dua cantik!

"Erm, on your left hand." Balas Balqis yakin selepas lama menelitinya.

"Oh God! Taste kau sama macam aku." Aidil ketawa kecil. Lesung pipitnya kelihatan. Aww hensem!

"Okay, I got to go. Aku pun nak beli baju juga. By the way, pleaselah stay senyum macam tu. Senang hati aku tengok." Komen Balqis sebelum berlalu.

Aidil terkedu. Perlahan segaris senyuman terbit di bibirnya yang merah.

--------------------

Balqis membayar harga baju yang berjaya menarik perhatiannya. Selepas itu, dia terus melangkah ke arah Haikal yang sedang duduk dibangku berdekatan kedai HiStyle.

Cinta Terakhir ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang