Balqis Pov
Sudah 5 bulan cikgu Sarah bertugas di sekolah aku. Kami semakin rapat. Aku dan Haziq juga okay tetapi aku dapat merasakan perubahan di dalam diri dia. Bukan dari segi pemakaian ke apa tapi dari segi cara dia melayan aku. Cikgu Sarah pun sama. Kadangkala dia tak balas mesej aku langsung.
Aku tahu salah aku kepada Haziq. Aku tidak sepatutnya menaruh perasaan kepada dia. Ni semua salah aku!
*flashback*
Aku sedang online facebook sambil membaca buku novel. Kerja sekolah semua aku sudah siapkan. Sedang aku membaca novel,ada chat dari pada Haziq.
Haziq : Hai Qis. Esok jumpa boleh?
Balqis : Boleh je. Kenapa?
Haziq : Erm aku nak minta tolong kau bagi kad dekat seseorang. Kad.. kad hari jadi.
Balqis : Wahh hari jadi siapa? Untungnya orang tu.
Aku cakap je macam tu tapi hati aku ni dah rasa ngilu semacam je.
Haziq : hehe aku nak minta kau tolong bagi kat cikgu Sarah. Esok hari jadi dia. Aku nak bagi sendiri tapi takut dia malu. Tolong ea?
Hadiah untuk cikgu Sarah? wow okay I just can't believe it! Diaorang bercinta ke?
Haziq : Qis? Are you there?
Balqis : Ha? Oh aku ada je kat sini. Okaylah weh aku nak buat kerja sekolah ni. Esok kita jumpa. Bye assalamualaikum.
Aku terus meletakkan mode offline di laman chat Haziq. Dia akan nampak aku macam sudah offline. Tapi sebenarnya aku masih online.
Haziq : Eh Qis! Aduh kenapa kau off cepat sangat ni?
Aku hanya memandang skrin laptop aku. Perlahan aku menutupnya dan merebahkan badanku di atas katil.
Ya Allah,sakitnya. Haziq kau dah buat aku sakit lagi. Kenapa mesti cikgu Sarah? Kenapa bukan aku yang kau suka? Sakitnya... Aku memegang dadaku. Sakit bagai ditikam-tikam dengan pisau yang tajam.
Malam itu, aku menangis semahunya sehingga aku terlelap.
Haziq Pov
"Ish kenapa Qis cepat je off ni? Kenapa dengan dia ea? Tak pernah pula dia macam ni." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
Hurm takpelah. Esokkan aku jumpa dia. Nantilah aku tanya.
Aku terus membersihkan diri dan menunaikan solat isyak. Selepas itu,aku merebahkan diriku di atas katil. Aku mencapai telefon pintarku dan mendail nombor seseorang.
"Assalammualaikum,Sarah sayang.." Manja suaraku menyebut nama kekasih hatiku.
Keesokkan paginya..
Balqis Pov
Aku berasa berat hati hendak melangkah masuk ke kawasan sekolah. Semalam aku menangis sehingga mataku bengkak dan sembap. Ikutkan hati,aku malas hendak ke sekolah hari ini. Tetapi aku dah berjanji dengan Haziq untuk tolong dia. Ah,serabutnya! Aku memegang kepalaku.

YOU ARE READING
Cinta Terakhir ✔
Fiksi PenggemarDisebabkan satu salah faham.. semua yang indah jadi satu mimpi buruk. Hanya mampu menyedapkan hati dan berdoa. "InshaAllah kalau jodoh aku dengan dia, benci mana pun dia dan marah mana pun dia pada aku dia tetap akan jadi milik aku." Dan ditakdirkan...