Bab 6

3.9K 129 0
                                        

Balqis Pov

Loceng sekolah berbunyi nyaring menandakan tamatnya waktu persekolahan. Aku mengemas barang-barangku yang berselerak di atas meja. Selepas ini aku akan terus ke bilik guru untuk berjumpa dengan cikgu Sarah. Aku ingin meminta penjelasan daripadanya. Mengapa dia sanggup buat begini kepada aku. Apa salah aku padanya?

"Qis.." Farisya memegang bahuku. Aku memandangnya dengan muka tanpa perasaan.

"Betul ke kau nak jumpa cikgu ni? Nak aku teman?" Farisya menawarkan diri.

"Hm tak perlulah Sya. Aku rasa aku boleh selesaikan sendiri." Kataku dengan yakin.

"Okay baiklah. Aku balik dulu. Assalamualaikum." Farisya terus berlalu.

Aku mengeluh berat. Harap cikgu Sarah masih belum pulang.

Kakiku melangkah ke bilik guru. Dari kejauhan aku ternampak Haziq sedang berjalan ke arah yang bertentangan denganku. Aku pantas mengikut jalan yang lain. Walaupun jauh,aku tidak kisah asalkan aku tidak perlu bertembung lagi dengan Haziq.

Sesampai sahaja aku di bilik guru. Aku terus menghala ke tempat cikgu Sarah. Aku sangka cikgu masih belum pulang tetapi sangkaanku meleset. Dia tiada di tempat duduknya.

Hurm takpelah. Nanti aku chat dengan dia kat facebook. Aku cuba menyedapkan hati.

Aku pulang ke rumah. Mama yang menghantar aku ke rumah dan kembali semua ke sekolahnya kerana waktu kerja mama lebih lambat daripadaku.

Selepas makan,aku membersihkan diri dan menyalin pakaian. Aku membasuh pakaian sekolahku.

Aku malas hendak membuat kerja sekolah jadi aku terus membuka komputer ribaku. Aku lihat cikgu Sarah sedang online dan juga Haziq.

Aku cuba menghantar chat kepada cikgu Sarah. Mujur juga dia membalasnya.

Balqis : Assalamualaikum,cikgu.

Sarah : Waalaikummusalam. Erm,Qis cikgu nak minta maaf kerana yelah kamu mesti sudah tahu tentang hubungan saya dan.... Haziq.

Aku tersenyum.

Maafkan jelah Qis. Benda dah jadi kan?

Haih Qis Qis kenapalah hati kau ni lembut sangat. Jariku menari di papan kekunci komputer ribaku.

Balqis : Its okay cikgu. Saya nangis sikit je. So yeah. haha

Sarah : Qis plese jangan menangis. Cikgu minta maaf sangat-sangat. Cikgu tak tahu nak cakap apa. Cikgu rasa bersalah sangat ni.

Balqis : Its okay cikgu. Sikit je sakitnya. Semoga cikgu bahagia dengan Haziq. Jaga dia baik-baik ye. Saya nak buat kerja sekolah ni. Assalamualaikum.

Sarah : Baiklah. Maafkan cikgu ye Qis. In shaa Allah cikgu akan jaga Haziq baik-baik. Waalaikummusalam.

Aku terus offline.

Hatiku sakit lagi. Aku menangis sehingga aku lega. Aku tekad untuk cuba melupakan Haziq.

Malam itu..

Aku telah mendapat mesej daripada Haziq. Aku membacanya.

"Qis. Apa yang kau cakap dekat cikgu Sarah? Aku cuma baik dengan kau sebab nak tanya pasal pelajaran je. Tak lebih dari tu. Btw,kalau kau cakap kat cikgu Sarah yang aku contact kau,kita putus kawan."

Cinta Terakhir ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang