Haziq melirik jam di tangan. Sudah hampir waktu maghrib.
"Er.. Girls maaf tapi kita orang minta diri dulu ye. Lagipun dah nak maghrib ni." Ucap Haziq. Dia menyiku Haikal di sebelahnya meminta sokongan.
"Eh, ahh haah kita orang nak balik dulu. Happy birthday Nabila. Thanks sebab jemput kita orang."
"Eh kejap." Shila menahan Haziq dari terus melangkah. Tercengang Haziq dibuatnya. Apa hal minah ni?
"Let's take a photo for the last time. Please?" rayu Shila. Yang kelakarnya, si Nabila pun ikut sama.
Haikal dah tergelak. Ramai betul peminat Haziq.
Teragak-agak untuk Haziq bersetuju. Perempuan ni kalau berselfie bukannya sekejap. Tetapi setelah dipujuk oleh Shila dan Nabila dia pun terpaksa bersetuju. Terpaksa okay?
"Okay tapi 10 minit je. Dah nak azan maghrib ni." Kata Haziq malas.
"Alright. You can count on us." Shila dan Nabila tersenyum sesama sendiri.
Mereka mengambil gambar bersama Haziq. Macam artis pun ada si Haziq ni. Haikal hanya duduk di tepi kerana dia tidak suka bergambar. Dia membelek telefon pintarnya. Dia scroll gambar yang ditangkap tadi.
Dia mendapat mesej whatsapp daripada Balqis. Mesti dia bagi gambar tadi.
"Thats your cute photo! Have fun!"
Haikal tergelak kecil. Dia melihat Balqis menukar gambar profile whatsappnya. Gambar dia dan Balqis menghiasi profile Balqis. Haikal pun menukar gambar profile yang sama seperti Balqis. Baru nampak sweet kan? hehe.
"Jomlah, Kal. Dah azan ni. Okaylah korang. Bye." Pantas Haziq menarik lengan Haikal dan cepat-cepat berlalu dari situ sebelum perempuan tadi memaksa dia untuk berselfie lagi. Merimaskan! Tetapi sebab kawan, jadi dia terpaksa buat-buat suka.
Haziq dan Haikal singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan solat maghrib. Selfie selfie jugak tapi benda yang wajib jangan ditinggalkan.
Selepas solat, mereka pergi makan di kedai mamak dan terus pulang ke rumah masing-masing.
--------------------
Balqis baru lepas membersihkan diri. Selepas solat maghrib, dia terus menghantar gambar kepada rakan-rakannya yang hadir ke majlis hari jadi Nabila tadi.
Esok hari Sabtu jadi bolehlah dia tidur lewat malam ini.
Dia membuka laman youtube dan melihat video kpop group kegemarannya.
Balqis meng-upload gambar sweet Shila dengan Haziq tadi. Dia meletakkan caption "Ehem. hahaha."
Dia tersenyum sendiri dan entah pukul berapa dia terlelap di hadapan komputer ribanya.
--------------------
Keesokkan paginya, Haziq bangun awal dan solat subuh. Selepas itu, dia terus membuka komputer ribanya. Laman facebook dibuka. Dia melihat Balqis tag namanya di satu gambar. Dia menekan gambar tersebut. Rupanya Balqis tag namanya di gambar dia dan Shila di gelongsor semalam.
Dia meletakkan komennya di ruangan komen.
"Hahaha Qis kan yang tangkapkan gambar ni?"
Kurang daripada lima minit Balqis membalas komennya.
"Haah. Hahaha sweet en. Untunglah." Haziq tersenyum membaca komen Balqis.
"Zzz tak pun. hahaha"
Balqis tidak membalas. Mungkin takde idea kut nak reply apa.
Haziq menutup komputer ribanya. Iphonenya dicapai.
Dia mendapat notify daripada Balqis lagi. Balqis follow dia di twitter. Dia menekan butang 'terima' dan follow twitter Balqis.
Begitulah detik-detik permulaan persahabatan mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/55968578-288-k528144.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Terakhir ✔
FanfictionDisebabkan satu salah faham.. semua yang indah jadi satu mimpi buruk. Hanya mampu menyedapkan hati dan berdoa. "InshaAllah kalau jodoh aku dengan dia, benci mana pun dia dan marah mana pun dia pada aku dia tetap akan jadi milik aku." Dan ditakdirkan...