Bab 17

2.8K 89 0
                                    

Di hospital..

Haziq menunggu di hadapan bilik pembedahan. Dia meraup mukanya berulang kali. Dia sudah menelefon ibu dan bapa Haikal dan memaklumkan kemalangan yang menimpa Haikal. Terkejut juga mereka. Yalah, anak sendiri ditikam.

Haziq masih tidak boleh menerima pengorbanan Haikal ke atas dirinya. Dia begitu kesal.

Patutnya aku yang kena! Kenapa Kal? Kenapa kau selamatkan aku?! Sebab aku kawan kau ke? Argh! Kau tahu aku kuatkan? Kau dah lah lemah. Urgh bodohnya kau Kal!  Haziq berperang dengan perasaannya sendiri. Dia tidak tahu perbuatan Haikal tadi logik ataupun tidak. Dia tidak boleh berfikir secara waras dikala ini.

Ibu bapa Haikal sudah sampai. Mereka meluru ke arah Haziq.

"Macam mana dengan Kal, Jiq?" Puan Lia bertanya cemas.

"Ajiq tak tahu mama. Haikal masih di dalam bilik pembedahan." Kata Haziq lemah.

Puan Lia mengeluh berat. Begitu juga Encik Shahrizal.

"Er.. mama.. ayah.." Haziq bersuara. Kedua dua ibu bapa Haikal memandangnya.

"Aa.. Ajiq.. nak minta.. maaf. Sebab.. erm.. sebab.." Haziq tidak mampu meneruskan kata-kata.

"Ye Haziq? Kenapa kamu nak minta maaf kepada kami?" bapa Haikal, Encik Shahrizal bertanya lembut.

"Haikal jadi macam ni sebab dia nak selamatkan Ajiq. Ajiq bergelut dengan penjahat yang mencuba membunuh kawan kitaorang, Balqis. Tidak semena-mena Haikal ditikam. Keadaan itu berlaku terlalu pantas ayah, mama. Ajiq tak perasan." Jelas Haziq panjang lebar.

Encik Shahrizal dan Puan Lia berpandangan sesama sendiri.

Puan Lia senyum memandang Haziq. Dia memegang bahu Haziq lembut.

"Tidak mengapa, Haziq. Mama redha dengan ketentuan-Nya. Mama yakin Haikal kuat. He's a good son. Hurm, mama kagum sebab Ajiq jujur. And, kalau boleh mama tahu.. Siapa Balqis? She must be so special for both of you." Puan Lia tergelak kecil.

Haziq hanya ketawa. Dia menggelengkan kepalanya. "Kami cuma kawan mama. Nothing special." Haziq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu pula rasanya.

--------------------

Balqis hanya mampu menangis menangis dan menangis. Dia tidak kuat melihat muka Haikal yang pucat dan tangan Haikal yang sejuk sebentar tadi. Terngiang-ngiang kata-kata Haikal beberapa bulan yang lalu. Sewaktu Haziq dimasukkan ke hospital kerana menyelamatkannya.

Dulu aku yang selamatkan kau. Sekarang Haziq pula. Kan bagus kalau yang kat dalam tu aku. Mesti kau risaukan aku kan?

Balqis hanya membiarkan air mata membasahi pipinya. Dia sudah tidak kisah. Asalkan dia puas.

Tiba-tiba seseorang menarik tangannya sehingga dirinya terdorong ke hadapan.

"Jom!" Cikgu Sharmila menarik tangan Balqis. Balqis terpinga-pinga. Cikgu Sharmila menggoyangkan kunci keretanya di hadapan mata Balqis. Balqis mengangguk dan mengikut langkah Puan Sharmila.

Ya Allah, tolong selamatkan HaikalBalqis berdoa dalam hati.

--------------------

"Alhamdulillah. Terima kasih doktor. Terima kasih banyak-banyak." Encik Shahrizal berjabat tangan dengan doktor yang ditugaskan untuk membedah Haikal. Puan Lia memeluk suaminya.

Cinta Terakhir ✔Where stories live. Discover now