Happy reading✌
Mrs Oh dikejutkan dengan berita anaknya Oh Sehun, dimasukkan ke hospital akibat demam panas. Dia terus menuju ke hospital dengan keadaan risau. Mana taknya, Sehun satu satunya anak yang dia punya. Sampai di hospital, dia mencari bilik yang diberitahu oleh pembantu kanan Sehun sebentar tadi. Pintu bilik dikuak dan menampakkan satu tubuh terbaring lemah bersama alat alat pernafasan yang membantunya untuk bernafas. Doktor perempuan yang terlihat masih muda juga berada di dalam bilik itu.
"Doktor. Kenapa dengan anak saya?" tanya Mrs Oh dengan risau. Dia cuma ada satu anak di dalam dunia besar ini. Doktor muda itu hanya tersenyum manis.
"Dia cuma demam panas. Untung mereka bawa dia datang hospital dengan cepat. Hampir terlupa. My name is Xi Hayoung, mommy saya Korea and daddy saya China. So, saya berdarah China-Korea. Mulai sekarang, saya bertanggungjawab untuk merawat anak Mrs Oh." ujarnya dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya dan sedikit membongkokkan badannya.
"Terima kasih kerana telah meyelamatkan anak saya. Kamu ni doktor baru ke?" tanya Mrs Oh lagi. Dia hanya ingin tahu tentang doktor yang merawat anak kesayangannya itu.
"Yes. Baru setahun bekerja di hospital ni." ucap doktor muda itu dengan penuh sopan.
"Ouh. Baru lagi. Hmm. Mommy kamu mesti cantik sebab kamu pun cantik. Berbudi bahasa lagi." tambah Mrs Oh lagi dengan mempunyai maksud yang tersendiri.
"Eh! Jangan puji sangat. Saya ni biasa biasa je." ini bukan pertama kali dia dipuji tetapi dia tetap merendahkan dirinya. Walaupun sering dipuji, dia tidak pernah sombong dengan orang sekelilingnya.
"Betul. Saya tak tipu. You're so beautiful. Right Mingyu?" Mrs Oh mengarahkan pandangannya ke arah pembantu kanan Sehun yang terlihat serius dengan kaca mata hitamnya dan lelaki itu hanya mengiyakan kata² Mrs Oh. Sememangnya Hayoung sangat cantik di mata semua lelaki. Tetiba mereka semua dikejutkan dengan satu suara.
"Mommy." hanya itu yang keluar daripada mulut lelaki yang terbaring lemah itu.
Dengan cepat Mrs Oh melangkah ke katil anak lelakinya itu. Dia menggenggam tangan Sehun dan mengucupnya.
"Yes sayang. Kenapa panggil mommy?" dia menatap anaknya yang tidak bermaya itu dengan wajah sedih dan risau. Dia berfikir, mungkin dia terlalu sibuk bekerja dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
"Hun nak minta maaf sebab dah menyusahkan mommy." kata katanya pantas dipotong oleh mommy nya. Dia dihalang oleh mommy nya untuk bercakap mahupun minta maaf kerana dia tahu ini semua salahnya bukan salah anaknya.
"Mr Sehun. Are you ok?" Sehun mengarahkan pandangannya tepat ke arah Dr. Xi dengan tatapan yang dingin.
"Yes. I'm ok. Thanks." Dia memandang ibunya kembali yang terlihat senyum kepadanya. Hayoung hanya mengendahkan sahaja sikap Sehun yang dingin itu. Baginya, ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan pesakit seperti Sehun sekarang ini.
"Baiklah kalau begitu, saya keluar dulu. Kalau ada apa apa, boleh jumpa saya di bilik saya." Dia membongkokkan badannya dan berlalu pergi dari bilik itu. Tidak lama kemudian, Mr Oh muncul bersama pembantunya.
...
Hayoung menuju ke biliknya dengan niat untuk merehatkan diri tetapi apabila sampai di biliknya seorang lelaki sedang menunggunya di sofa sambil tersenyum ke arahnya. Hampir setiap hari lelaki itu akan datang ke hospital untuk berjumpa dengannya. Dia sudah letih diganggu oleh kekasih lamanya semasa bekerja. Doktor atasannya ada menegurnya tentang kehadiran kekasih lamanya itu dan dia sudah memberitahu lelaki itu tetapi lelaki itu masih berdegil. Dia juga sudah mati akal.
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Teen FictionHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...