Chapter 3

1.7K 114 9
                                    

Happy reading✌

Dia membersihkan dirinya selama 20 minit dan turun ke ruang makan kerana ketua maid memberitahunya bahawa Mr Sehun sudah menunggunya di bawah. Sampai di ruang makan, dia duduk berhadapan dengan Sehun. Mereka mula menjamah makanan dengan senyap sehingga Hayoung memulakan perbicaraan mereka.

"Awak saya nak ucap terima kasih kerana sudi tolong saya masa di Paris" Sehun hanya memakan makanannya tanpa menghiraukan percakapan Hayoung. Dia mengambil tisu lalu mengelap mulutnya dan berlalu pergi dari situ.

Hayoung juga pelik dengan perangainya. Sekejap baik, sekejap dingin dengannya. Hayoung tidak mahu berfikir panjang dan dia kembali menjamah makanan dihadapannya dengan gembira. Selesai mengisi perutnya, dia bercadang untuk tenangkan dirinya. Dia menuju ke mini garden yang terletak di belakang rumah itu. Belum sempat dia duduk di bangku yang disediakan di situ, seorang lelaki yang tak lain ialah tuan rumah ini sendiri sudah melabuhkan punggungnya di situ dan dia juga melabuhkan punggungnya di situ.

"Awak. Saya nak tanya something" Hayoung melihat Sehun yang sedang bermain game di dalam telefon pintarnya.
"Awak nak tanya ape?" dia masih setia dengan telefonnya. Hayoung menarik nafas dalam² sebelum memulakan perbicaraannya.

"A-awak nak tak kahwin dengan saya. Saya tahu ini soalan yang paling bodoh di dunia. Tapi saya harap awak akan jawab soalan saya and saya akan terima apa pun jawapan awak." Sehun masih diam dan bermain game nya dengan wajah dinginnya tanpa senyuman sedikit pun.

10 minit, Hayoung menunggunya dan perempuan itu memutuskan untuk masuk ke dalam rumah. Dia sedikit sedih kerana pertanyaannya tidak dijawab tetapi dia juga tahu dia tak sepatutnya tanya soalan seperti itu.
Dia mengatur langkahnya ke dalam rumah semula tetapi langkahnya terhenti apabila satu suara kedengaran.

"Fine. Saya terima. Disebabkan ibu saya suka awak, saya akan terima. Saya buat semua ni sebab saya tak nak kecewakan ibu saya dan satu lagi sebab awak dah tolong rawat saya semasa saya sakit. Just that." Sehun memandang tepat ke arahnya. Dia memusingkan badannya menghadap Sehun.

"Thank you so much sebab terima saya. Dan pasal rawat tu, itu kan tanggungjawab saya sebagai doktor. Thanks again" dia membongkokkan badannya dan kembali masuk ke dalam rumah dengan gembira.

...

Hari ini Hayoung tidak pergi hospital dan dia memberitahu ketuanya yang dia akan cuti selama seminggu. Lelaki yang sedang menikmati sarapannya sekarang ini ialah bakal suaminya. Walaupun dia tidak mencintai lelaki itu, dia akan cuba sedaya upaya untuk mencintai lelaki itu. Sekurang kurangnya, dia akan selamat apabila bersama lelaki itu. Selepas sarapan, mereka menuju ke kedai cincin untuk membeli cincin perkahwinan mereka. Sampai di sana, pekerja perempuan yang bekerja di kedai itu mengeluarkan dua bentuk cincin perkahwinan yang hanya lima pasangan di dunia ini boleh memilikinya. Tanpa membuang masa, Sehun membelinya dan Hayoung hanya membesarkan matanya.

Mereka beralih ke boutique yang terkenal di Korea. Hayoung melihat lihat dress perkahwinan di dalam boutique itu. Sehun hanya mengikutnya dari belakang sehingga Hayoung menghentikan langkahnya di depan white dress yang berlengan panjang.

"Awak nak dress tu?" pertanyaan Sehun membuatkan dia melepaskan dress yang dipegangnya dan tersenyum ke arahnya.

"Tak nak lah. Mahal sangat-" belum sempat Hayoung menghabiskan percakapannya, Sehun sudah memberitahu pekerja di situ dan menyuruh Hayoung mencuba dress putih itu. Sebenarnya, Hayoung lebih daripada mampu untuk membeli dress itu tapi dia tak suka membuang buang duitnya. Tidak lama kemudian, Hayoung keluar daripada bilik persalinan.

Dress putih yang dipakainya terlihat padan dengan badan cantiknya. Sehun hanya melihat seperti lelaki tidak mempunyai perasaan. Hayoung kembali ke bilik itu dan menukarkan pakaiannya. Mereka berjalan ke bahagian pakaian lelaki. Seorang pekerja perempuan mengeluarkan tuxedo dan memberi kepada Sehun. Sehun tidak memakainya kerana baju itu telah ditempah mengikut saiz badannya. Setelah menyelesaikan semua pembayaran, mereka terus pulang ke rumah kerana ibu bapa mereka sudah menunggu di rumah Sehun dan menguruskan perkahwinan mereka yang akan berlangsung esok pagi.

[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편  (EXO Sehun) [MALAY] Where stories live. Discover now