Happy reading✌
"Hi babe!" Seorang perempuan berlari kecil ke arah mereka lalu memeluk dan mencium bibir Sehun. Hayoung yang berada di sebelah Sehun juga membeku di tempatnya. Sehun juga terkejut dan memandang perempuan itu.
"Kenapa diam je ni?" Tanya perempuan itu.
"Park Eunbin?" Kata Sehun.
"Yes. It's me Park Eunbin. Kenapa?" Tanya perempuan yang bernama Eunbin itu.
"Nothing. Bila balik sini?" Tanya Sehun lagi.
"Dah seminggu. Tak sempat nak call oppa. Sorry. Tapi pertunangan kita masih wujud lagi kan" pertanyaan yang membuatkan jantung Hayoung berhenti untuk seketika.
"Sebenarnya..-"
"Eunbin tahu oppa akan tunggu Eunbin balik dan kita akan kahwin. Betul tak?" Kata Eunbin.
"Iee! Macam aku nak potong je lidah perempuan ni. Ada ke patut dia kiss laki aku. Sexy pula tu. Kecik besar kecik besar je aku tengok. Jangan sampai aku bertukar jadi ibu harimau. Habis perempuan ni aku kerjakan nanti. Sehun pun bukan main lagi melayan perempuan ni. Tahu la cantik and sexy pun. Urgghh!" Hayoung berkata di dalam hatinya. Mukanya juga sudah memanas menahan marahnya.
"Ekhmm!!" Hayoung sengaja berdehem dengan kuat. Dia tak sanggup nak tengok moment antara Sehun dengan Eunbin lebih lama.
"Ouh! Kenalkan. She's my wife, Oh Hayoung" mata Eunbin membulat.
"What?!! Your wife?! Ape ni oppa. You cakap, you nak tunggu I balik and then kita kahwin. Tapi sekarang, you dah kahwin dengan ni. You kutip kat mana. Tah² GRO" Hayoung menarik nafas lalu menghembuskannya perlahan.
"Woi makcik!! Mulut tu jaga sikit. Cakap aku GRO. Kau tu yang sebenarnya GRO. Kau ingat aku tak tahu, kau datang hospital setiap bulan untuk gugurkan kandungan kau. Rekod hospital kau, semua aku dah tengok. So, better jaga diri kau baik². Cermin diri kau sikit" marah Hayoung. Sehun yang mendengarnya juga terkejut.
"Babe look. Dia fitnah I. I tak buat semua tu. Betul" Eunbin memeluk lengan Sehun.
"Emm awak. Saya pergi ambil minuman jap. Dahaga" Hayoung melepaskan tangannya dari tangan Sehun dan berlalu pergi ke meja yang disediakan minuman.
"Betul ke apa yang wife I cakap tadi?" Tanya Sehun dengan marah.
"Tak. Semua tu tak betul. You tak percaya I ke?" Kata Eunbin manja.
"Tak sebab I just percayakan wife I je. Dah la Eunbin. Sejak you tinggalkan I, I dah tak ada ape² perasaan kat you. So, please jangan ganggu I dan family I"
"Tak! U tipu. U cintakan I lagi kan?" Jantung Sehun berdegup laju kerana Eunbin memeluknya. Hayoung hanya memerhati dari jauh dan melangkah ke tempat kereta Sehun.
Hatinya sakit melihat Sehun berpelukan dengan perempuan lain. Kenapa di saat dia terlalu mencintai Sehun, orang lain akan menganggunya. Air matanya mula mengalir. Dia membuka pintu kereta lalu menjatuhkan badannya di atas kerusi di sebelah pemandu.
Eunbin ialah bekas kekasih Sehun. Mereka sempat bertunang dan merancang untuk berkahwin. Tetapi niat Sehun terbatal kerana dia mendapat maklumat bahawa Eunbin sudah pun berkahwin dengan orang lain dan mengikut suaminya ke New York. Hati Sehun hancur apabila mendapat tahu berita itu daripada Mingyu. Dia dan Eunbin sudah menjalinkan hubungan mereka sejak mereka di sekolah menengah. Selepas kejadian itu, dia berubah menjadi seorang yang dingin. Sehingga sekarang, Hayoung orang pertama yang mencairkan kedinginan yang terdapat di dalam diri Sehun.
Mereka berbual mesra. Sehun juga melupakan Hayoung apabila bersama Eunbin. Sebenarnya, Sehun masih mencintai Eunbin tetapi, dalam pada masa yang sama, dia juga sudah terlanjur mencintai Hayoung. Perempuan itu dapat membuat dirinya tenang dan nyaman bersamanya. Di sisi lain, dia juga rindu kekasih lamanya itu. Dia menjadi buntu.
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Teen FictionHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...