Happy reading✌
"Baby. Sini jap" Hansol memanggil Seyoung. Seyoung berlari kecil ke arahnya.
"Yes uncle. Why?" Tanya Seyoung.
"Uncle ada hadiah. Nak tak?" Kata Hansol dengan wajah riang.
"Nak!" Seyoung memeluk Hansol. Hansol menghulurkan patung Boboiboy dan terus disambut Seyoung. Hayoung pula masih memikirkan kata² abangnya tadi.
....🌸....
Sehun melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan berhati hati. Dia tahu Hayoung pasti akan memarahinya kerana tidak pulang ke rumah dan meraikan birthday Seyoung yang keempat tahun. Hayoung ada call beberapa kali tapi dia tidak jawab kerana Eunbin tidak membenarkannya. Sangkaan Hayoung betul. Sehun pergi bersama Eunbin.
Sampai di dalam bilik, dia mendapati Hayoung tiada di dalam bilik mereka. Dia memilih untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu. Setelah selesai, dia menuju ke mini garden tingkat paling atas. Sampai di atas, dia melihat Hayoung sedang termenung sambil melihat bulan yang cerah pada malam ini. Dia melangkah perlahan ke arah Hayoung dan berniat untuk memeluk perempuan itu dalam diam.
"Awak pergi mana tadi?" Satu pertanyaan yang membuat Sehun membatalkan niatnya.
"Pergi-"
"Pergi dengan tunang lama awak kan"
"Mana a-"
"Awak saya tak kisah awak nak keluar dengan perempuan mana sekalipun tapi awak jangan abaikan tanggungjawab awak terhadap saya dan Seyoung. Awak tahu tak, Seyoung tunggu awak balik. Dia selalu tanya mana appa dia. Appa dia dah tak sayangkan dia ke. Banyak sangat soalan dia tanya. Saya pun tak tahu nak jawab apa. Kalau awak nak kahwin dengan perempuan tu, saya izinkan tapi saya nak awak ceraikan saya. Ape nak jadi lepas ni, jadilah. Saya dah tak kisah. Saya lebih rela hadap muka Min Jun tiap² hari daripada muka perempuan tu. Saya tahu saya tak sepatutnya cakap macam ni. Awak dah banyak tolong saya tapi saya terpaksa cakap. Sorry-" belum sempat Hayoung habis cakap, Sehun terlebih dahulu mencium bibir Hayoung.
"Please jangan suruh saya ceraikan awak. Saya tahu saya salah. Saya janji saya tak kan jumpa lagi dengan Eunbin" Hayoung memandang ke arah lain.
Dia tak kan percaya cakap Sehun sebab dia tahu Sehun masih cintakan perempuan tu.
"Jangan minta maaf kat saya. Awak minta maaf kat Seyoung. Dia sedih sangat awak tak ada masa dia potong kek" Hayoung berlalu pergi.
Sehun memegang mukanya. Dia tertanya tanya, macam mana Hayoung boleh tahu dia pergi dengan Eunbin. Dia juga menyesal kerana telah menerima ajakan Eunbin.
....🌸....
Tidur Seyoung terganggu kerana satu bau yang berjaya masuk ke dalam rongga hidungnya. Dia terus bangun dan mencari dimana datangnya bau itu. Kakinya terhenti di belakang rumahnya. Dia melihat seorang lelaki sedang meng-gril daging di tepi kolam. Lelaki ini yang ditunggunya semalam. Wajahnya berubah sedih.
"Hi baby! Dah bangun" tanya Sehun dengan wajah ceria.
"Hmm" Seyoung menunjukkan wajah dinginnya. Dia masih kecewa dengan Sehun kerana tak ada semasa dia potong kek.
"Alo. My baby merajuk eh. Appa minta maaf sebab appa tak ada semalam. Appa bukan sengaja tak nak balik. Appa minta maaf eh?" Seyoung masih dengan wajah dinginnya. Sehun yang melihat itu hanya ketawa kecil. Tanpa membuang masa, dia terus mengangkat Seyoung. Seyoung pula meronta ronta minta diturunkan. Sampai di meja makan, dia meletakkan Seyoung di atas kerusi.
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Novela JuvenilHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...