Happy reading✌
Sorry kalau typo banyak.
2 hari selepas kejadian itu, Hayoung memutuskan untuk pergi ke China. Dia mahu menenangkan fikirannya dan berjumpa dengan seseorang.
Sampai di sana, dia dan Taeyong menuju ke apartment mewah. Bell ditekan dan pintu dibuka oleh seorang lelaki yang dirinduinya. 15 tahun mereka tidak bersua muka. Dan hari ini, Hayoung memutuskan untuk berjumpa dengan lelaki itu."Youngie? Youngie buat apa datang sini?" Tanya lelaki itu dengan lembut. Manakala Hayoung sudah menitiskan air matanya. Dia terus memeluk tubuh lelaki itu.
"Hansol oppa. Youngie minta maaf sangat sebab dah bencikan oppa selama ni tapi oppa tak pernah benci Youngie. Youngie dah banyak buat salah dengan oppa. Youngie minta maaf oppa" air matanya semakin laju. Taeyong hanya tersenyum melihat dua orang manusia itu.
"Oppa dah lama maafkan Youngie. Dah jangan nangis. Tak comel lah Youngie Oppa yang sorang ni bila nangis. Jom masuk. Bro jom masuk" dia juga mengajak sahabat lamanya itu masuk ke dalam apartment nya yang cantik itu.
Mereka berbual di ruang tamu sambil meminum teh hijau yang dibuat Hayoung. Hansol tidak menyangka bahawa adiknya akan datang dan meminta maaf kepadanya. Sesungguhnya, saat ini yang ditunggu tunggu olehnya selama ini.
"Terima kasih bro sebab sudi jaga adik perempuan aku yang nakal ni. Bukan senang nak jaga dia" Hayoung mencubit lengan abangnya apabila mendengar kata kata yang keluar daripada mulut abangnya itu.
"Itukan memang kerja aku. So aku kena buat lah. Lagipun tak susah pun jaga adik kau ni" jawab Taeyong sambil meminum teh hijau yang disediakan oleh Hayoung.
"See oppa. Taeyong oppa cakap tak susah pun jaga Youngie. Oppa yang lebih²" Hayoung menjelir lidah kepada abangnya.
"Oppa. Bila oppa balik Korea. Mommy dah rindu dengan oppa. Kesian mommy" Hansol berfikir sekejap.
"Oppa ada kerja lah" Hansol menunjukkan wajah kecewanya.
"Oppa ambil cuti seminggu. Boleh la boleh la oppa. Oppa tak sayangkan family kita ke?" Hayoung merengek kepada Hansol.
"Ok lah. Apa² je untuk Youngie" Hansol memeluk adik perempuannya itu.
"Yeay!! Esok kita balik eh. Kita surprise mommy" Hayoung bersorak seperti budak kecil.
"Boleh juga" kata Hansol.
🌸🌸🌸
Hari ini Mr & Mrs Xi mengambil cuti kerana ingin meluangkan masa bersama anak anak mereka. Wajah Puan Yuri semakin berseri seri apabila mendapat tahu bahawa Hayoung dan Hansol sudah berbaik.
"Mommy!!!! Tolong Youngie!!!" Hayoung berlari ke arah ibunya.
"Yah!!! Xi Hayoung!! Bagi balik fon oppa!! Hansol mengejar adik perempuannya.
Beginilah mereka apabila tinggal sebumbung. Hayoung selalu mengganggu abangnya.
"Kenapa dengan korang berdua ni? Macam budak²" Puan Yuri menegur kedua anaknya itu. Hayoung bersembunyi di belakang ibunya.
"Mommy. Youngie ambil fon Han. Han perlu buat panggilan penting" Hansol memberitahu ibunya.
"Elehh! Panggilan penting. Bagitahu jelah oppa nak call girlfriend oppa kan. I'm not a kid anymore Xi Hansol" Hayoung menjelir lidahnya kepada abangnya.
"Xi Hayoung! Bagi balik fon oppa kamu" kata Puan Yuri sambil membuat teh hijau.
"Ok lah :-(..... Ambil lah balik fon oppa. Tak kuasa Hayoung nak ambil. Kalau IPhone tak pe jugak. Ni samsung je pun. Cih!" Hayoung menghulurkan telefon yang berjenama Samsung itu kepada abangnya. Tangan kecilnya pantas menarik rambut abangnya dan dia terus berlari ke ruang tamu dimana daddy nya sedang membaca surat khabar. Hansol juga turut mengejar adiknya.
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Teen FictionHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...