Happy reading✌
"Apa yang saya boleh bantu awak?" Tanya Doha.
"Tolong bawa saya pergi China, rumah abang saya" Doha terkejut dengan permintaan Hayoung.
"Kalau yang tu saya tak boleh tolong. Awak nak saya mati cepat ke?"
"Bukan macam tu maksud saya. Saya boleh jamin awak tak kan mati. Please tolong saya. Saya tak nak tinggal dengan Sehun lagi"
"Tapi awak. Macam mana kalau bos tahu?"
"Saya percaya awak sorang je Doha. Awak lah harapan saya. Please" Doha paling tidak suka kalau perempuan menangis. Lagi² menangis kerananya. Dia terpaksa akur dengan keputusan Hayoung. Mungkin ini yang terbaik untuk Hayoung buat masa ini. Dia percaya Sehun dan Hayoung ditakdirkan bersama.
...
Seorang perempuan terlihat duduk di atas kerusi roda yang ditolak oleh seorang lelaki. Dia juga tidak lupa untuk memakai penutup muka. Mereka sudah sampai di lapangan terbang China.
Seorang lelaki lagi sudah menunggu kedatangan mereka berdua. Ya, mereka ialah Oh Hayoung dan Park Doha. Manakala Hansol dari tadi menunggu kedatangan mereka berdua. Hansol terpaksa bangun awal walaupun tidak bekerja kerana Hayoung memberitahunya bahawa dia akan sampai pada pukul 5 pagi.
Hansol terus memeluk adiknya untuk melepaskan kerinduannya terhadap Hayoung. Sejak Seyoung tiada, Hayoung tidak pernah melawatnya di China.
"Youngie apa khabar? Taeyong mana dan lelaki ni siapa pula?" Bertubi tubi soalan yang ditanya oleh Hansol.
"Youngie ok je. Taeyong oppa tak ikut sebab Youngie tak beritahunya kalau Youngie datang sini. Youngie tak nak menyusahkan dia. Nanti tak pasal² dia kena bunuh dengan Sehun" Hansol hanya mampu mendengar kata adiknya.
...
Hampir 4 hari Suho di hospital dan 4 hari juga dia tidak bercakap dengan Chorong. Chorong melangkah masuk ke dalam bilik suaminya untuk membuat rawatan harian. Dia melihat Suho sedang termenung di atas katil. Setelah menyedari kehadiran Chorong, Suho membaringkan dirinya dan memejamkan matanya.
"Awak. Saya nak buat last check up sebelum doktor lain menggantikan tempat saya untuk merawat awak" Suho membuka matanya dan mengubah posisinya. Chorong mula merawat Suho.
"Dah siap. Saya keluar dulu" Chorong memberanikan dirinya mencium pipi Suho. Suho sedikit terkejut tapi dia hanya membiarkan Chorong melangkah pergi.
...
Setelah menghantar Hayoung ke China, Doha kembali ke Korea dan menjalankan tugasnya seperti semula. Sejujurnya dia merasa bersalah kerana menolong Hayoung. Tapi dia tak boleh buat apa² kerana ini juga satu perintah. Hayoung ialah isteri bosnya.
"Weh! Bos nak jumpa kau" kata salah seorang anak buah Sehun. Dengan cepat dia bangun dan pergi ke tempat dimana Sehun menunggunya bersama Mingyu dan Taeyong. Dia tahu ini pasti akan terjadi. Dia akan terima dengan hati yang terbuka walaupun Sehun akan membunuhnya sekalipun.
"Kau tahu kan kenapa aku panggil kau datang sini?" Sehun melangkah perlahan ke arah Doha.
"Ya bos. Saya tahu bos" tanpa membuang masa, Sehun memukul Doha dengan kuat sehingga darah segar mengalir di sudut bibir Doha. Mingyu dan Taeyong hanya melihat moment itu. Mereka tahu Sehun dalam keadaan sangat marah.
"Kalau kau tahu kenapa kau buat juga. Aku paling tak suka orang buat sesuatu di belakang aku. Yang paling aku tak suka, orang bocor rahsia aku. Yang paling aku tak suka lagi, orang langgar peraturan yang aku buat" Sehun memukul Doha berkali kali sehingga Doha terjatuh dan mungkin dia tidak boleh bangun kalau orang lain tak bantu.
"Tapi bos, pasal pekerjaan bos, isteri bos yang tahu sendiri. Saya tak beritahunya" Doha cuba untuk bercakap biarpun bibirnya susah untuk bergerak kerana sakit.
"Kau ingat aku nak percaya cakap kau. Kalau kau tak bagitahu hal sebenarnya, macam mana dia boleh tahu? Kau tahu kan dia sedang pregnant. Dia tak boleh stress!" Tengking Sehun. Dia tidak boleh mengawal kemarahannya. Dia terus memukul Doha.
"Bos cukup. Kalau bos pukul dia sampai mati sekalipun, ia tak kan ubah apa²" Mingyu cuba menghentikan Sehun dari memukul Doha yang sudah tidak berdaya. Tidak lupa juga, semua anak buahnya yang lain yang berada di situ sedang menyaksikan aksi bos mereka yang mereka sanjung itu.
"Korang jangan pernah tolong dia ni. Kalau aku dapat tahu sesiapa tolong dia ni, aku akan pastikan korang semua mati!" Tegas Sehun. Mereka yang mendengarnya berlalu dari situ setelah Sehun pergi. Tiada seorang pun yang berniat untuk bantu Doha.
...
Hansol melabuhkan punggungnya lalu memeluk adik kesayangannya itu yang sedang melihat bintang² pada waktu malam.
"Youngie buat apa sorang² di sini. Tak sejuk ke?" Air mata Hayoung mengalir. Sepatutnya, soalan itu akan ditanya oleh Sehun apabila dia bersendirian macam ni.
"Youngie bosan duduk dalam rumah je. Emm? Oppa. Betul tak apa yang Youngie buat sekarang ni?" tanya Hayoung. Hansol melepaskan pelukannya.
"Kalau pendapat oppa, Youngie tak patut buat semua ni. Youngie tak boleh salahkan Sehun. Mungkin dia buat semua untuk kebaikan Youngie. Youngie tak boleh pentingkan diri sendiri"
"Youngie atau dia yang pentingkan diri sendiri. Dia pun patut fikirkan perasaan Youngie. Kenapa dia tak bagitahu Youngie awal². Kenapa dia mesti rahsia semua ni pada Youngie?!"
"Sabar Youngie. Ingat anak dalam perut tu. Youngie nak dia mati ke?! Youngie ni memang tak pandai jaga anak kan. Asyik fikirkan diri sendiri je! Oppa pun tak faham lah dengan Youngie!" Hansol bangun dan berlalu pergi dari situ. Hayoung juga bangun dan memeluk Hansol. Hanya Hansol tempat untuk dia mengadu dan berharap.
"Oppa Youngie minta maaf. Yes, Youngie mengaku Youngie pentingkan diri sendiri. Youngie mengaku juga yang Youngie memang tak pandai jaga anak. Youngie tak layak jadi seorang ibu. Sepatutnya Youngie tak kahwin dengan Sehun. Youngie bukan isteri yang baik untuk Sehun. Youngie degil. Youngie bukan seorang perempuan yang baik" Hansol mengusap belakang Hayoung untuk menenangkan adiknya itu.
"Tak Youngie bukan seorang perempuan macam tu. Adik Oppa sorang ni seorang yang baik tapi....degil tu....ada la sikit..Hehe"
"Oppa!" Hayoung memukul dada Hansol. Dia melangkah pergi meninggalkan Hansol yang sedang ketawa.
...
Doha berusaha berjalan pulang ke rumahnya. Kakinya ditendang beberapa kali oleh Sehun. Bajunya separuh diwarna dengan darahnya sendiri. Begitu juga mukanya. Mungkin wajah tampan nya sudah tidak terlihat kerana kesan lebam yang menutupi.
Chae Young sedang berjalan sambil menghirup udara segar pada waktu malam. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tiba² seorang lelaki jatuh tepat di hadapannya.
"Awak ok? Kenapa dengan awak?" Tanya Chae Young dengan panik.
"Tolong saya..." kata² terakhir Doha sebelum dia pengsan. Chae Young terus mencapai telefonnya dan terus menelefon ambulan.
Last konflik. Pas tu tamat. Yeay! Boleh buat cite baru. Over pulak. Anyway, saya dah update. Hope tak bosan walaupun bagi saya chapter ni membosankan. Hampeh!!
#MASHIE에이핑크
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Teen FictionHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...