Chapter 29

992 69 7
                                    

Happy reading✌

15 minit bersembunyi di sebalik dinding, akhirnya Sehun keluar dari bilik dengan berpakaian seperti seorang PILOT. Dia menutup mulutnya dan menahan dirinya agar tidak menangis. Itulah pekerjaan Sehun yang sebenarnya. Seorang kapten kapal terbang yang dikagumi para junior dan pramugari yang berkerja di situ kerana dia mempunyai wajah yang tampan dan berkulit putih.

Hayoung terduduk dan menangis bukan kerana dia gembira kerana mempunyai suami seorang kapten kapal terbang tetapi dia teramat sedih. Abang sulungnya seorang kapten pilot telah mati kerana kapal terbang yang dibawanya hilang kawalan lalu terhempas. Apabila dia mendengar berita itu dia terus pengsan kerana dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa abang kesayangannya sudah mati. Sejak kejadian itu, dia sudah trauma.

Dia juga membenci abangnya Hansol kerana Hansol lebih memilih untuk menjadi seorang pilot. Kenyataan itu juga tidak dapat diterimanya. Dia takut perkara yang sama akan berlaku kepada Hansol. 15 tahun mereka tidak bersua muka dan setelah itu Hayoung baru memaafkan abangnya. Tapi hari ini, satu lagi kenyataan yang dia terpaksa terima, iaitu suaminya juga seorang pilot yang lebih tepatnya Kapten Oh Sehun.

Dia bangun dan berlalu dari lapangan terbang antarabangsa Korea itu. Dia tidak tahu untuk kemana. Dia buntu. Dia memandu kereta dalam keadaan menangis.

Sampai di satu tempat, dia memberhentikan keretanya dan menangis sepuasnya. Dia tidak ada niat untuk keluar daripada keretanya. Tiba² lima lelaki mengelilingi keretanya. Belum sempat dia mengunci pintu keretanya, salah seorang daripada mereka sudah menariknya keluar.

"Eii..lepas lah! Kau nak apa?!" Tengking Hayoung. Emosinya sedang tidak stabil sekarang.

"Kitaorang nak kau! Guys malam ni kita ada makanan baru" kata salah seorang daripada mereka kepada rakannya.

"Lepas lah!!!" Hayoung meronta ronta minta dilepaskan. Dia melihat sekelilingnya, tiada seorang manusia pun di tempat itu. Dia sudah ketakutan. Lima orang lelaki itu terus memandang badannya. Dia tidak tahu untuk meminta tolong kepada siapa.

...

"Weh! Tadi aku tengok perempuan di kedai makan tadi cantik bro. Sangat sesuai dijadikan girlfriend tapi aku tak tahu no fon dia. Korang boleh tolong aku dapatkan no fon dia tak?" Kata salah seorang anak buah Sehun. Mereka baru selesai mengisi perut mereka. Seramai 10 orang  ditugaskan untuk menjaga kawasan itu.

"Weh jap! Itu bukan isteri bos ke?" Tanya salah seorang daripada mereka.

"Yelah! Jom kita pergi tengok" mereka semua terus berlari ke arah Hayoung dan lima orang lelaki itu.

"Lepaskan dia!" Tengking Doha selaku ketua daripada anak buah Sehun yang ditugaskan di situ.

"Aduh! Siapa pula mamat ni. Hero baru ke?" Ujar ketua daripada lima orang lelaki itu.

"Kau nak ape dengan dia!"

"Suka hati aku lah! Yang kau menyibuk pehal!" Lelaki itu menolak kuat bahu Doha. Doha terus memberi isyarat kepada member nya yang lain. Mereka semua yang diberi lampu hijau daripada ketua mereka terus memukul lima orang lelaki tadi.

Doha memimpin Hayoung ke tepi kereta. Hayoung masih menangis kerana ketakutan. Dia tidak tahu apa akan terjadi kepadanya jika Doha tidak datang menolongnya.

"Puan ok?" Tanya Doha. Dia risau kalau terjadi sesuatu kepada Hayoung. Kalau berita ini diketahui Sehun, mati dia dikerjakan.

"Saya ok. Terima kasih sebab selamatkan saya"

"Itu kan tanggungjawab saya. Kitaorang dah janji dengan bos, kitaorang akan jaga puan dengan baik. Kalau boleh tahu, puan buat apa datang kawasan ni? Kawasan ni jarang ada orang. Untung saya ditugaskan di sini. Kalau tak saya tak tahu apa akan jadi kepada puan"

"Selama ni korang semua tahu bahawa bos korang seorang kapten pilot?" Doha tersentak dengan pertanyaan Hayoung. Tidak lama kemudian, dia mengangguk.

"Yes puan. Kitaorang tahu bos seorang kapten pilot" Hayoung menghapuskan air matanya.

"So, selama ini saya sorang jelah yang tak tahu perkara ni?" Doha mengangguk lagi.

"Maaf puan. Kami semua tidak dibenarkan untuk memberitahu tentang bos. Kalau kami bagitahu juga, puan tahu sendiri kan akibatnya. Kitaorang boleh mati kalau berita ini diketahui puan"

"Selama ni bos kau anggap aku ni apa?! Perempuan simpanan, orang gaji? Kenapa aku tak boleh tahu tentang dia? Dia tu suami aku!" Emosi Hayoung semakin menaik. Doha semakin risau.

"Saya minta maaf puan. Tapi please puan jangan marah macam ni. Puan tak boleh stress. Puan tengah pregnant sekarang ni" Doha cuba menenangkan Hayoung. Tidak lama kemudian, Hayoung pengsan dan sempat disambut oleh Doha. Doha terus mengangkat Hayoung masuk ke dalam kereta. Dia terus memandu ke hospital.

...

Doha menunggu dengan risau di luar bilik kecemasan. Hayoung dimasukkan ke dalam bilik kecemasan kerana dia mengalami pendarahan. Doha tidak berhenti henti berdoa agar Hayoung dan baby nya selamat. Kalau sampai terjadi sesuatu, dia boleh mati di tangan Sehun.

Tidak lama kemudian, doktor cantik yang tak lain dan tak bukan ialah Doktor Chae Young keluar dari bilik kecemasan. Dia terus berlari kecil ke arah Chae Young.

"Doktor. Macam mana dengan isteri bos saya? Dia ok tak?" Tanya Doha dengan cemas.

"Dia...."

"Dia apa doktor?" Doha sedikit meninggikan suaranya.

"Dia ok tapi...."

"Doktor boleh tak jangan main² dengan saya"

"Siapa main². Awak yang selalu potong percakapan saya"

"Ouh. Sorry. Macam mana keadaan isteri bos saya?" Tanya Doha dengan tenang.

"Dia ok tapi kandungan dia tidak terlalu kuat. Dia tak boleh stress. Dia juga tak boleh banyak berjalan. So, lepas ni, saya harap awak boleh jaga dia dengan baik lagi. Saya risau sesuatu yang tak diingini akan berlaku" Chae Young tersenyum dan berlalu dari situ. Hayoung dipindahkan ke bilik VIP.

Doha melangkah masuk ke dalam bilik Hayoung. Dia melihat Hayoung sudah sedar. Dengan perlahan dia mendekati katil VIP Hayoung. Dia merasa takut plus bersalah kerana berterus terang dengan Hayoung.

"Puan ok?"

"Saya ok and please jangan panggil saya puan. Saya lebih suka awak panggil saya Hayoung"

"Ouh! Tapi puan kan isteri bos saya. So, saya kena hormat"

"Saya tahu. Tapi saya lebih suka panggil Hayoung. Jangan panggil saya puan. Itu terlalu formal"

"Baiklah kalau puan cakap macam tu. Saya akan panggil puan Hayoung"

"Ha macam tulah. Saya ok je. Jangan risau lah"

"Macam mana saya tak risau awak, awak tu isteri bos saya. Kalau bos saya tahu awak dalam keadaan macam ni, mati saya"

"Tak pe. Saya tak kan bagitahu Sehun. Jangan risau lah"

"Saya tahu awak tak kan bagitahu bos saya tapi saya rasa berita ni dah sampai ke telinga bos"

"Macam mana awak tahu?"

"Saya dah bekerja dengan bos selama 6 tahun. So, saya tahulah"

"Kesian awak kan. Awak memang selalu kena pukul dengan Sehun ke?"

"Tak lah. Selama 6 tahun ni, sekali je saya kena pukul dengan bos. Itupun sebab saya langgar peraturan. Saya minum pada waktu yang salah. Masa tu saya kena pukul habis habisan dengan bos. Tapi saya tak pernah benci dia sebab apa yang dia buat semua betul. Dia nak anak² buahnya disiplin"

"Kenapa awak tak berhenti je kerja macam ni?"

"Saya tak nak sebab ini cita² saya daripada kecil iaitu memukul atau membunuh orang yang bersalah"

"Kalau awak cakap macam tu, saya tak boleh nak buat apa². Teruskan kerja awak. Emm? Saya nak minta tolong awak boleh?"

Itulah kerja Sehun yang sebenar. Saya pun pelik kenapa readers semua tak boleh teka pekerjaan Sehun. Hmm. Nevermind lah. Sekarang readers semua dah tahu. Cepat tak saya updated? HEHE✌. Tiba² idea datang. So saya continue jelah. Ok lah. Itu je nak cakap. Bye . Assalamualaikum.

#MASHIE에이핑크

[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편  (EXO Sehun) [MALAY] Where stories live. Discover now