Happy reading✌
Bughh!! Bughh!!
Sehun memukul seorang lelaki. Anak buahnya yang lain juga turut berlawan.
"Lain kali kalau nak fight, tengok orang dulu. Ni tak, main redah je. Better kau bagitahu bos kau, jangan pernah cari pasal aku. Faham!!" Lelaki itu mengangguk. Tetiba telefonnya berbunyi. Dia melepaskan lelaki itu dan menjawab panggilan telefon dari Taeyong.
"Kau nak apa?"
"...."
"What?!! Hayoung hilang?"
"...."
"Tak kan sorang perempuan pun kau tak boleh jaga. Kau ni kan memang tak pandai langsung jaga Hayoung. Aku nak kau cari dia sampai jumpa. Kalau tak jumpa, kau tahu sendiri akibatnya!"
"....."
Sehun menutup telefonnya dan berlalu ke keretanya. Dia perlu mencari Hayoung. Urusan di sini, Mingyu akan selesaikan.
...
1 jam berlalu, Hayoung masih tidak dijumpai. Semua tempat sudah dicari tapi hasilnya tetap sama. Setelah lama berfikir, akhirnya dia teringatkan satu tempat yang belum dia pergi. Dia memandu kereta sepantas mungkin. Sampai di situ, dia mula mencari Hayoung. Sangkaannya tepat, Hayoung berada di kubur anaknya.
Dia menghampiri Hayoung yang sedang nyenyak tidur di tepi kubur Seyoung. Dia mencium pipi Hayoung dan meletakkan Hayoung di dalam keretanya. Dia meninggalkan Hayoung di dalam kereta lalu dia melangkah ke kubur seseorang.
"Hyung. Saya minta maaf kerana baru sekarang saya dapat datang sini. Hyung. Apa patut saya buat? Saya dah gagal jadi appa yang baik untuk anak saya hyung. Saya tak layak jadi seorang bapa. Anak saya mati kerana saya hyung. Anak saya dah mati hyung!!" Sehun terduduk dan menangis di tepi kubur lelaki itu. Dia betul² menyesal dengan perbuatannya.
Lama juga dia menangis sehingga dia baru sedar siang dah bertukar malam. Dia mengesat air matanya dan bangun menuju ke keretanya. Sampai di kereta, dia melihat Hayoung masih tidur nyenyak. Dia menghidupkan enjin dan berlalu dari kawasan perkuburan itu.
....🌸....
02.05 pagi, Sehun terjaga dari tidurnya. Dia melihat di sebelahnya. Hayoung tidak ada di sebelahnya. Tingkap koridor terbuka dan angin yang dingin mula masuk ke dalam bilik mereka. Sehun bernafas lega apabila mendapat tahu bahawa perempuan yang berdiri di koridor bilik mereka ialah Hayoung.
"Kenapa tak tidur?"
"...."
"Tak sejuk ke berdiri di sini?"
"...." seperti biasa. Hayoung tidak akan menjawab pertanyaan Sehun termasuk sesiapapun yang bercakap dengannya. Sehun tak kan mengalah. Dia akan terus bercakap dengan isterinya walaupun Hayoung masih enggan mengeluarkan suaranya.
"Jom tidur. Sejuk di sini" Hayoung hanya menurut. Sehun memimpin Hayoung kembali ke tempat tidur mereka. Dia membaringkan dirinya di sebelah Hayoung dan memeluk wanita itu. Tidak lama kemudian, Sehun merasa seperti sesuatu melingkari pinggangnya. Yup! Hayoung membalas pelukannya. Hayoung membenamkan wajahnya di dada Sehun. Dia memperatkan pelukannya.
Sehun tersenyum gembira. Hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia Hayoung membalas pelukannya. Dia sangat merindui pelukan isterinya itu.
...
Sehun sibuk menyediakan sarapan untuknya dan Hayoung. Sejak Hayoung begitu, semua kerja rumah dibuat olehnya. Selesai menghidangkan sarapan, dia menuju ke atas untuk memanggil Hayoung. Sampai di bilik, dia tidak melihat kelibat Hayoung. Dia mencari seluruh rumah tapi tidak ada juga. Dia melangkah ke taman belakang rumahnya.
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Teen FictionHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...