Chapter 4

1.6K 100 3
                                    

Happy reading✌

Hayoung menuju ke dapur semula. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat badan lelaki dan hari ini pertama kali dia melihat badan lelaki yang bergelar suaminya yang mempunyai six pack di perutnya. Sampai di dapur, dia mengetuk kepalanya sendiri beberapa kali. Dia menyesal kerana pergi ke biliknya sebentar tadi.

"Kenapa sayang pukul kepala sayang yang tak bersalah tu?" Hayoung terkejut dengan suara itu. Dia hanya tersenyum malu ke arah suaminya.

"Eh! Biy. Bila datang?" dia cuba mengubah topik dan mengambil sayur lalu dipotong.

"Kita tanya dia, dia tanya kita balik?" Hayoung memotong sayur tanpa melihat suaminya. Sehun mengambil tempat di hadapannya.

"Kenapa sayang naik atas tadi?" tanya Sehun kerana dia ingin tahu kenapa isterinya naik atas sebentar tadi.

"Sayang just nak tanya biy nak makan apa?" Hayoung kembali menatap Sehun.

"Ouh. Biy tak kisah pun. Masak je apa sayang suka. Biy akan makan" Hayoung mengambil sayur yang dipotongnya lalu dibawa ke sinki untuk dibasuh.

"Baiklah, kalau macam tu. Biy pergi lah tengok tv sementara sayang nak masak" kuali diambil dari dalam almari dan dia mula memasak.

"Tak nak lah. Biy nak duduk sini. Sayang masak and biy akan tolong sayang buat air" Hayoung menganggukkan kepalanya. Sehun bangun dari tempat duduknya. Gelas yang berada di atas dicapainya. Buah oren dipotongnya dan dimasukkan ke dalam mesin pengisar buah. Sesekali Hayoung melihat kepantasan suaminya membuat air melalui ekor matanya.

Setelah 30 minit memasak, makanan dihidangkan di atas meja. Mereka duduk berhadapan satu sama lain dan mula menjamah makanan dengan senyap.

Tetiba bunyi bell rumah kedengaran. "Tak pe. Sayang pergi buka pintu" Hayoung mengangkat punggungnya dan menuju ke pintu. Pintu dikuak dan menampakkan seorang budak bersama seorang bodyguard sedang tersenyum ke arahnya.

"Siapa ni Mingyu?" belum sempat Mingyu menjawab pertanyaannya, budak yang dipegang Mingyu sudah memotong kata katanya.

"Papa Sehun ada?" Hayoung terkejut kerana setahu dia, Sehun tidak mempunyai anak atau Sehun sudah kahwin. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya.

"Ada. Masuklah" Hayoung membawa budak perempuan itu masuk ke dalam rumah dan berjumpa Sehun. Mingyu kembali melakukan kerjanya. Sehun sedikit terkejut kerana budak perempuan yang paling manja dengannya datang rumahnya.

"Papa!" budak itu berlari ke arahnya dan memeluk Sehun. Hayoung kembali ke tempat duduknya.

"Kim Hana?" budak itu hanya tersenyum dan sesekali melihat ke arah Hayoung yang diam dan makan makanannya.

"Papa. Siapa perempuan tu? Perempuan simpanan papa ke?" Hayoung yang mendengarnya berhenti makan dan menoleh ke arah Sehun dan Hana.

"Tak lah. Dia wife papa" jawab Sehun dan budak itu hanya mengangguk faham.

"Papa. Nak makan juga. Hana lapar" Hana sedikit merengek dengan Sehun. Sehun pula melihat ke arah Hayoung. Hayoung hanya masak untuk mereka berdua.

"Tak pe. Ambil makanan sayang. Lagipun sayang dah full" tipunya. Dia sangat lapar tetapi dia terpaksa menipunya kerana dia tidak sampai hati melihat Hana kelaparan. Dia mengangkat Hana ke tempat duduknya dan dia berlalu ke biliknya.

Setelah puas Hana bermain dengan Sehun, dia meminta Sehun menghantarnya pulang. Sehun melangkah ke biliknya manakala Hana menunggunya di ruang tamu sambil menonton televisyen. Sampai di biliknya, dia melihat Hayoung sibuk melakukan kerjanya kerana sudah 2 hari dia tidak pergi hospital.

[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편  (EXO Sehun) [MALAY] Where stories live. Discover now