Happy reading✌
20 minit di dalam kereta, akhirnya Hayoung sampai di satu tempat. Setelah meninggalkan Hayoung, lelaki² yang menculiknya tadi masuk semula ke kereta mereka dan pergi dari tempat itu.
Dengan tangan tanpa ikatan, Hayoung membuka kain hitam yang menutup matanya. Terkejut. Itulah perasaan dia sekarang berada di tengah² taman yang dihiasi lampu berwarna warni. Ditambah dengan pokok² yang mempunyai lampu. Cantik. Itu yang dapat dia gambarkan untuk taman ini.
Tetiba satu lengan telah memeluk pinggangnya. Dia sangat tahu lengan itu milik siapa. Air matanya mula mengalir.
"Hai sayang" satu bisikan yang membuat hatinya bersorak gembira. Ditambah dengan degupan jantungnya yang berdegup laju. Dia memusingkan badannya.
"Awak" Hayoung bernafas lega. Dia fikir dia diculik orang lain tapi suaminya sendiri yang menculiknya. Dia mula menangis.
"Awak saya minta-" Sehun meletakkan jari telunjuknya di mulut Hayoung. Dia mengesat air mata Hayoung dan menariknya ke dalam pelukannya.
"Saya yang sepatutnya minta maaf. Saya dah salah faham-"
"Tak. Saya yang sepatutnya minta maaf. Saya tak sepatutnya peluk lelaki lain selain suami saya" Sehun hanya tersenyum.
"You're so beautiful tonight babe" akhirnya Sehun memuji kecantikannya.
"Thanks biy" Hayoung mengeratkan pelukannya.
"Kenapa biy buat sayang takut?" Hayoung masih mengeratkan pelukannya. Sehun tertawa kecil.
"Sorry. Saje nak surprise sayang" Sehun melepaskan pelukannya dan mencium pipi isterinya. Hayoung tersenyum dan memeluk semula suaminya. Dia sangat rindu lelaki itu.
15 minit berlalu, Hayoung masih tidak melepaskan pelukannya."Ekhmm! Tak nak lepas ke?"
Sehun berdehem. Hayoung menggeleng kepalanya."Biy lapar lah. Jom makan" pujuk Sehun kerana Hayoung masih tak nak lepaskan pelukannya.
"Tak nak! Sayang nak peluk biy je malam ni" Hayoung masih dengan keputusannya.
"Ala. Balik nanti pun boleh peluk lagi. Lebih dari ni pun boleh" Sehun tersenyum jahat. Hayoung terus melepaskan pelukannya.
"Eii. Byuntae! Tak nak kawan dengan biy" Hayoung melangkah ke meja makan yang disediakan. Dia melihat Sehun berdiri membelakanginya. Dengan perlahan dia melangkah semula ke Sehun.
"Biy. Biy merajuk eh?" Hayoung berpura pura tanya. Sehun hanya diam dan melihat ke arah lain.
"Biy. Jangan merajuk" Hayoung memeluk Sehun. Sehun tidak membalas pelukannya. Dia membisikkan sesuatu kepada Sehun. Secara automatik, Sehun tersenyum dan memeluknya.
"Betul ke?" Tanya Sehun untuk mendapat kepastian. Hayoung mengangguk kepalanya.
"Dah jom makan" Hayoung menarik lengan suaminya menuju ke meja dan menikmati makanan.
🌸🌸🌸
Hujan lebat sedang melanda di Kota Seoul. Hayoung melirik jam tangannya. Sudah hampir 15 minit dia menunggu suaminya datang mengambilnya di hospital. Taeyong tidak boleh datang kerana demam panas. Hari semakin gelap. Ditambah dengan kilat yang sambung menyambung membuatkan dia menjadi takut. Dia merapatkan baju tebalnya kerana cuaca semakin sejuk. Tetiba seseorang menutup mulutnya dan menariknya.
"Yakk! Oh Sehun!" Hayoung memukul tangan Sehun. Sehun pula hanya ketawa.
"Hehe. Saje nak gurau dengan isteri sendiri" Sehun mengangkat peace. Hayoung mula menangis.
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Novela JuvenilHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...