Happy reading✌
Hayoung memakai dress paras lutut yang berwarna merah. Dia hanya memakai make up yang natural kerana dia tidak suka menggunakan make up yang berlebihan. Dia menaikkan rambutnya dan itu menampakkan lehernya. Beg kecil yang berbentuk segi empat berwarna kelabu dicapainya. Dia menyarungkan black heels di kaki putihnya. Setelah berpuas hati, dia keluar daripada biliknya dan mencari kelibat bodyguard nya yang handsome itu.
"Oppa. Jom temankan Hayoung" Taeyong tidak menjawab. Malah dia sedang melihat Hayoung dari atas sampai bawah.
"Oppa" Hayoung melambaikan tangannya di hadapan muka Taeyong.
"Y-ye. Sorry. Hayoung cakap ape tadi" Taeyong sudah sedar semula.
"Ish! Oppa ni kan. Hayoung cakap, jom temankan Hayoung pergi wedding Chorong unnie" Hayoung terpaksa repeat sekali lagi kepada bodyguard peribadinya itu.
"Tak boleh sebab husband Youngie dah tunggu dalam kereta" Taeyong menunjukkan ke arah kereta Sehun.
"What?!!" Hayoung tidak percaya dengan apa yang dia dengar sekarang ini. Sehun sudi pergi dengannya. Impossible. Tapi itulah hakikatnya, Sehun sudah menunggunya di dalam kereta. Dia melangkah ke kereta Sehun.
Di dalam kereta, mereka hanya diam dan memikirkan hal masing² sampai ke tempat majlis Chorong dilangsungkan. Apabila Hayoung melangkah keluar dari kereta, semua mata tertumpu kepadanya. Sehun menarik tangan Hayoung dan meletakkan di lengannya. Dengan rasa sedikit takut, Hayoung memaut lengan suaminya itu. Mereka berjalan masuk ke dalam sebuah dewan tertutup yang besar. Ramai orang memandang mereka.
"Wow! Perfect couple"
"Handsome nya suami dia"
"Tapi perempuan tu tak cantik"
"Cantik lah. Kau ni buta ke ape. Kau tengok betul²"
"Whatever"
Hayoung mendengar semua yang mereka cakapkan tapi dia tidak ambil kisah semua tu. Matanya meliar mencari seseorang.
"Hai Youngie. Datang pun. Ingat tak datang" ujar pengantin perempuan itu.
"Mana boleh tak datang. Nanti pengantin perempuan ni nangis pula" gurau Hayoung. Chorong memukul perlahan bahu Hayoung.
"Mana suami unnie" tanya Hayoung. Sehun hanya diam.
"Ouh! Lupa pula. Tunggu. Unnie panggilkan" Chorong berlalu pergi dari situ.
"Awak. Thanks sebab sudi teman saya datang sini" Hayoung masih memaut lengan Sehun.
"Hmm. Saya kan suami awak. So harus jalankan tanggungjawab saya untuk menjaga awak. Nanti kalau jadi ape² susah" Hayoung terharu mendengar kata² Sehun. Dia tak sangka suaminya akan bercakap dengannya. Walaupun dia belum berbaik dengan Sehun, tapi dia merasa lega setelah mendengar suara lelaki itu. Tidak lama kemudian, Chorong membawa suaminya untuk berjumpa dengan Sehun dan Hayoung.
"Suho hyung?!" Chorong dan Hayoung pelik kerana Sehun kenal Suho.
"Oh Sehun. Hyung minta maaf sebab tak bagitahu Hun. Semalam hyung ingat nak bagitahu Hun tapi tak sempat Hun dah balik. Hyung call Hun pun tak dapat" jelas Suho. Suho ialah senior Sehun di tempat kerja mereka. Sehun pula junior Suho. Mereka berdua boleh dikatakan rapat.
"Kali ni Hun maafkan hyung. Tapi lain kali, tiada kata maaf untuk Kim Suho. Nasib baik isteri Hun ajak Hun datang sini. Kalau tak sampai bila² Hun tak tahu Hyung dah kahwin" Chorong ketawa kecil melihat pergaduhan kecil di antara Sehun dan suaminya.
"Ok. Sekali lagi hyung minta maaf. Dah jom makan"
Mereka duduk di salah satu meja yang disediakan. Malam ini, Hayoung mendapat pujian daripada ramai tetamu di sini. Tetapi dia kecewa kerana suaminya sendiri tidak memuji kecantikannya malam ini. Tetamu² perempuan yang lain juga cemburu dengan kecantikan Hayoung.
...
Setelah satu jam di majlis itu, Sehun dan Hayoung meminta diri untuk pulang. Sehun terlebih dahulu meminta diri dan menunggu di dalam kereta. Manakala, Hayoung masih berbual dengan Chorong.
"Unnie. Hayoung balik dulu. Maaf sebab tak boleh lama² di sini. Congratulations Chorong unnie and you too Suho oppa. Please take care of my love unnie or else you will dead" gurau Hayoung. Suho hanya ketawa mendengar kata² Hayoung.
"Baiklah Mrs Oh" Suho menunjukkan thumbs up.
Hayoung berlalu pergi menuju ke kereta Sehun. Tetiba seseorang menutup mulutnya dan memasukkannya ke dalam kereta hitam. Hayoung meronta ronta minta dilepaskan tapi lelaki yang bertopeng itu mengarahkan pistol ke arahnya. Dia hanya diam di tempatnya dan berharap Sehun akan datang meyelamatkannya. Kenapa dia selalu diculik? Apa salah dia? Dia sudah letih dengan semua ini. Mereka menutup matanya dan membawa Hayoung ke suatu tempat.
Surong house
Chorong sedang membersihkan dirinya dan memakai baju tidurnya. Suho pula sedang bermain telefon di atas katil. Setelah selesai, Chorong melangkah ke atas katil dan menarik selimut ke atas badannya. Suho berhenti bermain telefon dan menghadap isterinya.
"Sayang. Thanks sebab sudi jadi isteri oppa" Suho mencium pipi Chorong.
"Oppa pun sama. Thanks sebab sudi jadi suami sayang. Sudi tunggu sayang sampai sayang bersedia untuk kahwin dengan oppa" Chorong menangis.
"Kenapa nangis. Tak cute la sayang oppa ni" Suho menarik Chorong ke dalam pelukannya.
"Dah jom tidur. Oppa peluk nak?" Suho melepaskan pelukannya.
"Nak!" Chorong membuka lengannya seperti budak kecil meminta pelukan ibunya.
"Comel nye sayang oppa ni. Meh sini" Suho mencubit pipi isterinya dan memeluk Chorong dengan erat.
Short updated✌ sorry. Tak boleh nak fikir. Idea kering. HEHE✌ hope enjoy. Ada part surong. Special for surong shippers. Saya tak pasti boleh updated or tak boleh sebab esok busy dengan kenduri. Tengoklah cam ne. Assalamualaikum.
#MASHIE에이핑크
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Ficção AdolescenteHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...