Happy reading✌
"Awak!!!" Hayoung terjaga dari tidurnya. Dia melihat seorang lelaki yang terbaring lemah di hadapannya sekarang ini. Tidak lupa juga tangan lelaki itu digenggam seerat mungkin seperti tidak mahu dilepaskan untuk selamanya. Dia takut apa yang dia mimpi akan menjadi kenyataan. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dia melangkah ke tandas untuk mencuci muka.
Dia sampai di Korea pada 7 jam yang lalu dan terus ke hospital untuk bertemu dengan Chorong. Chorong telah memberitahunya segalanya.
Dia keluar daripada tandas setelah mencuci muka. Dia menuju ke sofa untuk melihat anaknya yang sedang tidur nyenyak tanpa sebarang gangguan. Dia mencium pipi Sejun dan mengusap kepala anaknya itu.
"Sa-yang" dengan susah payah lelaki itu memanggil isteri yang dirinduinya selama ini. Hayoung menoleh ke arah sumber suara itu. Air matanya mengalir lagi apabila melihat wajah suaminya bersama alat yang membantunya untuk bernafas. Sayu hatinya.
"Akhirnya awak sedar juga. Awak buat saya takut. Saya minta-" Sehun meletakkan jari telunjuknya di bibir Hayoung.
"Saya tak suka awak ucapkan kata maaf kepada saya"
"Berapa banyak rahsia awak yang saya tak tahu? Saya ni siapa dalam hidup awak. Kenapa semua benda awak harus rahsiakan daripada saya?" Hayoung sedikit marah dan kecewa.
"Saya minta maaf kalau saya merahsiakan banyak benda daripada awak. Saya just tak nak awak risaukan saya"
"Kalau awak tak bagitahu saya, lagilah saya risau. Tengok sekarang apa dah jadi" Sehun berusaha tersenyum.
"Aww...so sweet. Sini jap" Hayoung mendekatkan muka ke arah Sehun.
Chu~
"Kenapa awak suka kenakan saya? Bencilah macam ni" Hayoung berpura pura merajuk.
"Ala..nak kiss wife sendiri pun tak boleh. Saya rindu sangat dengan sayang" Sehun menarik Hayoung dan memeluk isterinya itu.
"Awak. Saya-"
Chu~ Chu~
"Saya tak nak dengar sayang minta maaf. Ini bukan salah sayang"
"Sayang tahu tapi sayang betul²-"
Chu~ Chu~ Chu~
"Saya cakap, saya tak nak dengar sayang minta maaf"
"Saya tak cakap pun saya nak minta maaf. Saya nak cakap saya betul² menyesal sebab dah tinggalkan awak" Sehun ketawa kecil.
"Saya tahu"
"Awak sengaja kan nak kenakan saya" Hayoung mencubit lengan Sehun.
"Ouch! Sayang saya sakit"
"Awak sakit?! Tunggu. Saya panggil doktor" belum sempat Hayoung bangun, Sehun menahan tangan Hayoung dan tertawa.
"Kenapa awak ketawa. Saya nak panggil doktor. Kan awak sakit"
"Tak payah panggil doktor. Kalau sayang nak tahu, sayanglah ubat yang saya perlukan selama ni" kata Sehun manakala Hayoung sudah menitiskan air matanya.
"Kenapa awak buat saya macam ni. Saya risau tahu tak. Awak jangan main² boleh. Saya takut awak akan pergi tinggalkan saya macam dalam mimpi saya tadi"
"Alo kesiannya. Jangan percaya mimpi tu. Saya janji saya tak kan tinggalkan awak" Hayoung memeluk Sehun erat. Dia sungguh takut Sehun akan mati.
"Ibu" satu suara yang memberhentikan kegiatan mereka berdua. Sehun dan Hayoung melihat sesama sendiri lalu tersenyum. Hayoung bangun dan mengambil Sejun.
"Hi Sejun. Rindu appa tak?" Tanya Sehun.
"Sejun rindu sangat dengan appa" Hayoung menjawabkan untuk Sejun.
Dia meletakkan Sejun di sebelah Sehun."Kenapa Sejun bangun pada waktu macam ni?" Tanya Sehun sambil mencium pipi Sejun.
"Dia selalu bangun pada waktu macam ni sebab tulah pada siang hari dia akan tidur awal"
"Ouh ye ke. Kesian sayang terpaksa bangun pada waktu macam ni"
"Sayang dah biasa pun" Sehun tersenyum.
"Sayang memang ibu yang terbaik lah. Untung Sejun dapat ibu macam awak. Saya pun untung dapat isteri macam awak" Sejun bermain dengan jari Sehun.
...
Boleh dikatakan separuh daripada anak buah Sehun datang melawat bos mereka. Sesetengah daripada mereka sedang bermain dengan Sejun. Mereka merebut untuk bermain dengan Sejun sehingga Sejun menangis. Hayoung menggeleng kepalanya melihat sikap anak buah Sehun yang seperti budak kecil.
"Bos ok?" Tanya Mingyu.
"Saya ok. Jangan risau lah. Anyway, thanks sebab tolong saya"
"Eh! Bos dah salah faham, bukan saya yang tolong bos. Doha yang tolong bos" jelas Mingyu.
"Doha?"
"Yup! Dia yang tolong bos. Saya pun tak sangka dia yang tolong bos. Tapi itulah hakikatnya" Sehun mula rasa bersalah. Dia tak sangka Doha yang menyelamatkannya.
"Mana dia? Kenapa saya tak nampak pun?"
"Dia ada kat luar. Dia tak masuk. Kalau bos nak jumpa dia, saya boleh panggilkan"
"Tak payah. Saya nak kamu bagitahu dia yang saya nak jumpa dia pukul 8 malam di taman"
"Ok bos"
"Taeyong mana? Batang hidung dia pun saya tak nampak juga?"
"Dia datang tadi. Dia cakap dia lewat sikit. Dia cakap ada hal"
"Ada hal ke...pergi ambil hati adik Chorong noona?" Sehun ketawa kecil.
"Betullah tu. Pandai bos"
"Saya memang pandai. Handsome pulak tu" Sehun memuji dirinya sendiri.
"Ekhmm!!" Hayoung berdehem.
...
Setelah anak buah Sehun pulang, Sehun kembali rehat. Sejun juga sudah tertidur di sebelah Sehun. Mungkin penat bermain dengan anak buah Sehun.
"Awak nak apa² tak? Saya boleh belikan" tanya Hayoung.
"Biy nak sayang" Sehun melihat muka Hayoung yang sudah merah.
Hayoung mencubit lengan Sehun."Cakaplah betul²"
"Ok². Biy minta maaf. Hmm. Sayang beli je apa pun. Biy tak kisah asalkan sayang ada dengan biy"
"Aww...so sweet my baby. Ok lah. Saya pergi dulu. Tolong tengokkan Sejun"
"Baiklah Mrs Oh" Sehun mencubit pipi Hayoung.
...
Hayoung bermain telefon sambil menunggu makanan yang dipesannya. Sedang asyik bermain telefon, tiba², telefonnya diambil oleh seseorang. Dia agak terkejut melihat orang itu. Sekian lama orang itu menghilang, tiba² muncul di hadapannya.
"Min Jun. Awak buat apa di sini?"
"Saya nak jumpa awak lah"
"Ouh! Bagi balik fon saya. Saya harus pergi sekarang"
"Tak boleh. Awak tak boleh pergi selagi saya tidak selesai cakap dengan awak. Saya tak kan cederakan awak. So jangan risau. Saya just ada benda penting nak bagitahu awak"
"Cakaplah"
Updated✌. Semakin panjang pula cite ni. Hmm. Nevermind lah.
#MASHIE에이핑크
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Teen FictionHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...