Happy reading✌
Han River
Mereka bertiga duduk di sebuah bangku dan melihat pemandangan Sungai Han yang cantik pada waktu malam. Hayoung duduk di antara Taeyong dan Mingyu. Dia meletakkan kepalanya di atas bahu Taeyong dan melihat bintang².
"Oppa. Oppa ada girlfriend tak?" Tanya Hayoung kepada Taeyong.
"Tak de tapi oppa ada suka seorang perempuan ni. Dia kerja di salah satu syarikat yang terkenal sebagai secretary CEO" jelas Taeyong.
"Mesti CEO tu handsome kan?" Kata Mingyu pula.
"Itulah. Aku takut dia sukakan CEO tu" kata Taeyong lagi.
"Oppa harus berani luahkan perasaan kepada dia. Kalau tak, sampai bila pun oppa tak kan dapat dia" kata Hayoung.
"Ok. Oppa akan cuba ikut cakap Youngie" Taeyong mencubit pipi Hayoung. Tetiba seorang lelaki menarik lengan Hayoung dengan kasar dan beberapa orang lelaki juga berdiri di hadapan mereka.
"Korang nak buat ape dengan dia?!" tanya Taeyong dengan tegas
"Lepaskan aku lah!!" Hayoung meronta ronta minta dilepaskan oleh kedua orang lelaki yang sedang memegang lengannya.
"Kau pun tak kurang seperti bos kau. Selalu tanya soalan bodoh. Korang dah tahu aku nak isteri bos korang yang cantik ni tapi korang masih lagi tanya" ucap lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Kai.
"Kalau kau tak nak mati, lebih baik kau lepaskan dia" ujar Mingyu pula dengan tegas. Dia melihat semua anak buah Sehun yang lain sudah terbaring lemah selepas dipukul anak buah Kai.
"Kalau aku tak nak" Kai masih tak mahu lepaskan Hayoung.
"Kalau kau tak nak, isteri² kesayangan kau ni akan mati di depan mata kau sendiri and malam ni juga dorang akan mati" seorang lelaki datang bersama anak buahnya yang lain.
"Yuta Jackson. Bawa dorang datang sini" arah lelaki itu.
"Oppa!" Kedua orang perempuan itu memanggil suami mereka. Mereka dipegang oleh Yuta dan Jackson.
"Yah! Oh Sehun! Lepaskan isteri² aku lah" Kai mula panik kerana Yuta mengarahkan pistol ke arah Krystal.
"Kau lepaskan isteri aku dulu" arah Sehun. Dia melihat Hayoung mula menangis.
"Ok². Kali ni aku lepaskan isteri kau" Hayoung berlari ke arah Taeyong dan Mingyu. Manakala Krystal dan Naeun berlari ke arah suami mereka.
Setelah Kai berlalu pergi, Sehun melangkah ke arah Mingyu, Taeyong dan Hayoung. Mingyu dan Taeyong sedikit terkejut plus takut melihat bos mereka yang datang secara tiba². Sehun mengarahkan dua orang lelaki membawa Hayoung ke kereta. Kini, hanya Mingyu Taeyong dan dia di depan sungai Han.
"Kenapa boleh jadi macam ni?" Tanya Sehun. Mingyu memberi isyarat kepada Taeyong. Taeyong hanya menundukkan kepalanya.
"Tak pe kalau korang tak nak cakap. Tapi gaji korang berdua saya akan stop 3 bulan" Sehun berlalu pergi ke keretanya.
"Ish! Kenapa kau tak beritahu bos tadi? Tak pasal² kita tak dapat gaji 3 bulan" marah Mingyu.
"Eleh! 3 bulan je pun bukan 1 tahun. Lagipun kau tak de isteri dan anak kan. So, tak payah risau lah" Taeyong menepuk bahu Mingyu. Mereka berdua berlalu dari situ.
Dalam perjalanan pulang ke rumah.
Hayoung sedang gelisah kerana semua ini berlaku kerana dia. Dia melihat Sehun memandu kereta dengan wajah dingin.
"Awak. Saya minta maaf. Semua ni berlaku kerana saya. Sebenarnya, saya yang tak izinkan dorang follow mana² saya pergi. Saya dah bosan. Kemana saya pergi mesti anak buah awak follow saya" jelas Hayoung. Sehun memberhentikan keretanya di tepi jalan.
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Teen FictionHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...