Chapter 28

984 68 2
                                    

Happy reading✌

Sehun melangkah masuk dengan perlahan untuk mencari suis lampu. Belum sempat dia mencapai suis lampu, lampu telah terbuka dengan sendirinya dan menampakkan kelibat seseorang. Jam tangannya menunjukkan 10 saat sebelum pukul 12 tengah malam. Tiba² lampu terbuka dan

"SURPRISE!!!"

Hayoung berjalan ke arahnya sambil membawa kek. Sampai di hadapannya, Hayoung menyuruhnya meniup lilin. Anak buahnya yang lain bertepuk tangan.

"Pandai kan sayang kenakan biy" Sehun mencubit pipi Hayoung.

"Awak pun apa kurangnya. Suka kenakan sayang. So, sayang balas balik lah" Hayoung ketawa.

"And korang semua!!" Sehun melihat satu persatu anak buahnya dengan tatapan marah.

"Awak janganlah marah dorang. Ini semua sayang yang rancang and sayang juga paksa dorang buat semua ni"

"Kami minta maaf bos. Kami tak sepatutnya buat semua ni. Kami tahu isteri bos mengandung and tak boleh buat kerja banyak. Tapi percayalah, ni semua kami yang buat. Isteri bos hanya duduk dan makan. Kami tak benarkan dia buat kerja" jelas Jungkook selaku ketua anak buah Sehun.

"Yes betul apa yang Kookie cakap" Hayoung memandang Sehun.

"Kookie? Sejak bila sayang panggil dia macam tu"

"Sejak tadi. Saya dah anggap dia macam adik saya sendiri" Jungkook tersenyum ke arah Hayoung.

"Baiklah. Saya maafkan korang semua. And saya harap korang akan turut jaga isteri saya dengan baik" mereka semua bernafas lega setelah mendengar kata kata Sehun.

"Ok bos, kami akan pastikan isteri bos dalam keadaan baik dan selamat" ujar salah seorang daripada anak buahnya.

...

@ hospital

Suho dimasukkan ke hospital akibat demam panas. Doktor yang merawatnya sudah semestinya isterinya sendiri. Chorong sangat marah dengan suaminya kerana dia sudah melarang suaminya untuk bekerja tetapi Suho tetap hendak bekerja. And last, dia pengsan di tempat kerjanya. Sehun dan Hayoung yang mendapat berita itu daripada Chorong, mereka terus ke hospital.

"Suho hyung ok?" Tanya Sehun kepada Chorong.

"Tak! Dia kena stay sini 3 hari lagi sampai dia betul² baik. Itulah, orang cakap tak nak dengar. Degil!" Marah Chorong. Sehun hanya menggeleng kepalanya.

"Kenapa hyung tak nak dengar cakap noona? Tengok sekarang apa dah jadi. Hyung demam panas" Sehun pula membebel.

"..." Suho hanya diam. Dia tahu dia salah. Dia dah buat Chorong marah padanya. Muka Chorong tidak dipandangnya. Dia hanya melihat di luar tingkap.

"Tak pe. Hyung jangan risau. Kerja hyung, biar Hun pula uruskan. Lagipun Hayoung dah baik sekarang ni. So, Hun dah boleh start kerja" Suho masih melihat di luar tingkap.

"Elok sangatlah tu. Orang dah tolong, bukannya nak cakap terima kasih. Ni tak, senyap je. Bisu ke apa" kata Chorong.

"Hun faham noona. Biarlah. Hun tahu hyung dengar apa Hun cakap. Kalau macam tu, Hun balik dulu"

"Unnie jangan marahkan sangat oppa. Kesian dia" kata Hayoung.

"Biarlah. Malas nak ambil kisah orang macam tu. Degil. Tak nak dengar cakap orang langsung" Suho hanya mampu mendengar. Dia sedih apabila Chorong berkata seperti itu. Chorong cakap macam dia tak ada perasaan. Dia juga manusia.

                       ....🌸....

Sehun bersiap siap untuk pergi kerja semula. Dia hanya memakai pakaian biasa dan itu membuatkan Hayoung curiga. Sehun tidak membawa sebarang beg ataupun alatan lain. Dia hanya membawa dirinya sendiri.

"Hi biy. Dah nak pergi kerja?"

"Yup! Kenapa?"

"Tak ada apa. Saja tanya"

"Tak payah nak tipu. Sayang bagitahu jelah yang sayang takut rindu biy kan? Betul tak?"

"Mana ada"

"Tipu. Tak kan sayang tak rindu. Biy nak tinggal sayang 3 hari bukan 3 jam"

"Sayang tahu lah. Yang penting biy tak pergi selamanya. Anyway, i will miss you babe" Hayoung memeluk Sehun.

"Aww..you're so cute babe. I'll miss you too. Love you babe" Sehun mencium bibir Hayoung.

"Love you too babe" Sehun menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi dari rumah mereka manakala Hayoung juga menghidupkan keretanya dan mengikut di belakang Sehun.

Hari ini juga, dia akan cari tahu pekerjaan Sehun yang sebenar. Sudah lama soalannya tidak terjawab. Baginya, Sehun seperti sorang misteri. Banyak tentang Sehun yang belum diketahuinya selama dia hidup bersama Sehun. Dia terus mengikut rapat di belakang kereta Sehun tanpa membuat lelaki itu menyedarinya.

...

@ hospital

Chorong membawa makanan khas dan ubat untuk Suho. Dia mahu Suho cepat sembuh. Chorong tersenyum melihat Suho yang memandang ke luar tingkap. Dia meletakkan makanan di atas meja dan melangkah ke arah Suho.

"Hi oppa" Chorong mencium pipi Suho.

"..." Suho hanya diam. Dia tiada mood untuk bercakap dengan isterinya itu.

"Oppa. Oppa marah sayang ke?" Tanya Chorong. Sebenarnya, dia sudah tahu kenapa Suho tidak bercakap dengannya.

"Awak pergi lah buat kerja awak. Nanti saya makan. Saya tak nak menyusahkan awak" kata Suho. Chorong terkejut dengan kata² Suho. Suho seolah olah tidak mahu menganggapnya sebagai seorang isteri lagi.

"Awak saya minta maaf kalau kata² saya tadi membuatkan awak marah sampai macam ni. Saya tak ada niat nak marah awak tapi saya just risau. Saya tak nak kehilangan awak. Saya sayang sangat dengan awak. Saya tak pernah menyesal jadikan awak sebagai suami saya. Awak cukup sempurna di mata saya. Tiada lelaki lain boleh ganti tempat awak. I'm sorry Mr Kim" air mata yang ditahan sudah mengalir di pipi putihnya. Dia sangat menyesal dengan katanya.

"...." sedikit pun Suho tidak pandang wajah isterinya. Dia tidak sanggup melihat isterinya menangis terisak isak di hadapannya.

"Saya keluar dulu" kata² terakhir sebelum Chorong menghilang dari pandangannya.

...

Namjoo dan keluarga kecilnya sedang meluangkan masa bersama sama di ruang tamu. Hera dan Hana sudah menerima Namjoo dan DO sepenuhnya sebagai ibu bapa kandung mereka. Namjoo melayan mereka seperti anak kandungnya sendiri. Begitu juga DO. Mereka berdua sangat sayang kepada anak angkat mereka itu.

"Eomma. Bila kita boleh jumpa papa Sehun dan mama Hayoung? Hana rindu lah dengan dorang" kata Hana.

"Nanti kita pergi. Buat masa sekarang, kita tak boleh pergi lagi sebab eomma takut kalau mama Hayoung tengok korang, dia akan teringatkan anaknya"

"Ok lah kalau macam tu. Hana faham. Appa. Nanti kita pergi bercuti nak?" DO dan Namjoo saling berpandangan dan tertawa kecil.

"Esok kita pergi. Appa free esok. Nak?"

"Nak!" Hana dan Hera memeluk ibu mereka.

"Eomma je. Appa?" Hana dan Hera tersenyum. Mereka terus memeluk DO.

...

Setelah 20 minit mengikut Sehun, akhirnya Hayoung sampai di suatu tempat. Dia terus mengikut Sehun sampai ke sebuah bilik. Dia masih mencari jawapan, mengapa Sehun datang ke tempat ini. 15 minit bersembunyi di sebalik dinding, akhirnya Sehun keluar dari bilik dengan......

Next chap korang akan tahu pekerjaan Sehun yang sebenarnya. So, better comment banyak². Insyaallah, saya akan update secepat mungkin. Thank you. Bye. Assalamualaikum.

#MASHIE에이핑크

[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편  (EXO Sehun) [MALAY] Where stories live. Discover now