Happy reading✌
"Nak kasi ke tak eh?" Sehun berpura pura fikir. Rasa takut Hayoung menghilang apabila melihat wajah Sehun yang tersenyum.
"Boleh ke tidak?" Hayoung bertanya lagi.
Lama betul fikir. Entah² fikir perempuan lain kut. Aip! Asal aku boleh fikir macam tu eh. Whatever.
"Kiss biy dulu" Hayoung mendengarnya sedikit terkejut. Sikap suaminya berubah 100%.
"Termenung lagi. Tak nak kerja ke sayang. Kalau tak nak tak pe. Biy ok je" Sehun kembali menonton televisyen.
Cup!
"So. Biy izinkan sayang pergi kerja kan?" muka Hayoung menahan malu dan berubah warna.
"Tak" satu perkataan yang membuat Hayoung kecewa.
Amboi! Selamba badak cakap. Orang dah kiss kut. Haishh! Ape la nasib dapat suami macam ni. Sabar je.
"Tak nak kawan dengan biy la macam ni. Benci betul. Sayang dah kiss biy tapi biy masih tak izinkan sayang kerja" Hayoung sedikit duduk berjauhan dengan Sehun.
"Alolo. Comel nye sayang biy ni. Biy memain jelah. Ok² biy izinkan. Tapi ada satu syarat" Hayoung kembali duduk di sebelah Sehun.
"Ape syaratnya?" Sehun tertawa melihat kerenah isterinya. Dia mendekatkan mulutnya di telinga Hayoung.
"Biy nak sayang berikan Sehun junior malam ni. Boleh? Hayoung yang mendengarnya terus duduk berjauhan dengan Sehun.
"B-biy"
"Tak lah. Biy memain jelah. Syaratnya, pastikan bodyguards ada bila sayang pergi kerja. Biy tak nak apa² terjadi pada sayang"
"........" Hayoung masih diam. Dia masih berfikir kata kata Sehun.
"Meh sini. Tak payah nak fikirkan apa biy cakap tadi. Biy bukan macam tu. Biy boleh tahan nafsu lagi. So jangan takut" dengan perlahan Hayoung bangun dan membalas pelukan Sehun.
Kereta Sehun berhenti tepat di hadapan hospital Seoul. Hayoung masih diam di tempatnya. Sehun juga pelik. Semalam Hayoung sangat gembira kerana Sehun izinkan dia bekerja tetapi hari ini pelik. Tiada senyuman manis yang terukir di wajah cantiknya.
"Sayang" Sehun sedikit melambaikan tangan di hadapan wajah Hayoung.
"Y-ye"
"Kenapa tak turun lagi. Nanti lambat pula masuk kerja" Sehun tersenyum.
"Emm.....sayang tak nak masuk kerja boleh? Sayang takut......" kata katanya tergantung.
"Sayang takut ape? Takut Min Jun datang? Tak payah nak takut sangat la. Kan bodyguards sayang banyak. Nak takut ape" Hayoung menggelengkan kepalanya.
"Tak. Sayang tak takut Min Jun. Tapi sayang takut ri-rindukan biy"
Ape aku cakap ni. Malu nye. Macam mana boleh terkeluar pula. Haishh! Boleh jadi gila macam ni. Tapi memang aku takut rindukan dia pun.
"Lah itu je. Sian nye dia. Takut rindukan biy rupanya. Ingatkan ape la tadi. So sweet. Meh sini biy peluk"
Sehun menarik Hayoung ke dalam pelukannya. Dia tak sangka isterinya akan bercakap seperti itu. Muka Hayoung sedikit memerah kerana menahan malu.
"Biy nak tak temankan sayang kerja hari ini. Sayang just kerja half day je hari ini. Boleh eh?" Hayoung tersenyum manakala Sehun kelihatan seperti berfikir sejenak.
"Boleh la. Boleh la. Boleh eh?" Hayoung merengek sambil menggoncang tubuh Sehun.
"Kiss first" Sehun menunjukkan pipi putihnya.
"Biy! Kenapa mesti kiss?" Hayoung sedikit marah dengan suaminya yang seorang itu.
"Betul tak nak? Biy ok je. Balik rumah and tido lagi seronok" Hayoung mencebik.
"Ok². Biy tunggu sayang sampai habis kerja. Lagipun biy tak kerja hari ni. Dah jom nanti lambat pula" Sehun memegang lengan isterinya.
Muka Hayoung kembali bersinar selepas mendengar kata kata yang keluar daripada mulut Sehun. Dengan cepat dia memeluk dan mencium kedua pipi suaminya. Sehun hanya tersenyum melihat isterinya.
"Thanks biy. Jom. Nanti sayang lambat" kata Hayoung dengan semangat.
Hayoung memaut lengan Sehun dan berjalan masuk ke dalam hospital dengan gembira. Jururawat lain hanya memandangnya dengan cemburu. Ada juga yang tersenyum melihat Sehun.
"Biy nak tunggu sini ke atau biy nak ikut sayang pergi check up pesakit² sayang?" Tanya Hayoung apabila mereka sampai di bilik Hayoung.
"Emm. Biy tunggu sini lah. Sayang pergi buat kerja sayang. Habis nanti kita pergi lunch sama sama. Boleh?" Sehun mencuit hidung mancung isterinya.
"Ok je. Asalkan jangan menggedik dengan perempuan lain sudah!" Hayoung berlalu pergi.
"Aip! Jealous eh? Biy bukan macam tu lah. So jangan risau. Kalau nak menggedik sekalipun, dengan isteri sendiri je" Sehun menarik Hayoung dan memeluknya erat.
Semakin hari, Sehun mula sayang dengan Hayoung. Perempuan itu selalu membuat hatinya tenang. Dia suka dengan sikap isterinya yang selalu bermanja manja dengannya.
Dia melepaskan pelukannya dan Hayoung berlalu pergi melakukan kerjanya seperti selalu. Setelah isterinya pergi, dia melihat lihat benda yang berada di dalam bilik besar itu. Dia membuka almari kecil dan matanya tertangkap satu kertas putih.
Saya suka awak Sehun. Hari ini genap tiga tahun saya menyimpan perasaan saya terhadap awak dalam diam. Hanya dengan melihat awak setiap hari, itu sudah cukup membuat saya gembira~
OHY
30.11.2005
Sehun hanya tersenyum membaca surat yang ditulis Hayoung 9 tahun lepas. Dia mengambil surat itu lalu menyimpan di dalam pocket seluarnya dan menutup semula almari itu. Tetiba pintu dikuak dan menampakkan seorang lelaki yang berpakaian kemas melangkah masuk ke dalam bilik Hayoung.Update💕🙆. Suspen tak siapa lelaki itu?😏 Hehe. Nak tahu, tunggu lah di chapter yang seterusnya. Tapi saya rasa korang tahu kut siapa lelaki itu😊. Hmm. Hope enjoy✌💙💕. Assalamualaikum.
#MASHIE에이핑크
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Teen FictionHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...