Chapter 7

1.3K 86 1
                                    


Happy reading✌

Pintu dikuak dan menampakkan seorang lelaki yang memakai pakaian kemas berjalan masuk ke dalam bilik Hayoung. Sehun hanya melipatkan tangannya di dadanya dan bersandar di meja Hayoung.

"Kau lagi. Kau tak de kerja lain eh?" tanya Sehun dengan wajah tanpa senyuman.

"Of course aku ada kerja. Tapi untuk Hayoung aku sanggup buat apa saje untuk dapatkan dia" ujar Min Jun menampakkan smirk nya.

"Buang tenaga kau je datang sini setiap hari. Hayoung tak kan sukakan kau. Aku pun tak kan lepaskan dia dengan mudah sebab aku dah mula sayangkan dia even baru sikit. Lagipun kau seorang gangster, so dia tak kan cintakan seorang gangster macam kau ni" Min Jun terus melangkah ke arah Sehun dan menaikkan tangannya tepat di hadapan muka Sehun. Tetapi dia membatalkan niatnya.

"Jangan mimpi nak sentuh kulit putih aku ni. Sedikit kau sentuh, kau akan menyesal seumur hidup kau. And better suruh budak kau prepared kubur kau cantik²" kata Sehun dengan wajah yang serius.

"Kau tahu aku gangster no.3 terbesar di negara kita. So, aku boleh buat apa² je aku mahu termasuk hapuskan kau. Kau yang sepatutnya prepared kubur kau cantik². Kau tu ibaratkan semut je bagi aku. Pijak sekali, dah mampos! Kau rerenungkan apa yang aku cakap tadi k. Jangan lupa sampaikan salam sayang aku untuk my babe Hayoung k" Min Jun menepuk perlahan bahu Sehun.

"Baiklah. Kalau itu yang kau nak. Mana tahu salam tu merupakan salam terakhir kau. Akan aku sampaikan bro. Jangan risau" Sehun tersenyum manis. Min Jun berlalu keluar.

Tiba tiba Hayoung masuk dengan tergesa gesa seperti orang dikejar anjing. Dia mengunci pintu biliknya dan berlari ke arah suaminya.

"Kenapa ni sayang?" Tanya Sehun. Dia sedikit pelik melihat isterinya.

"Min Jun. Saya terserempak dengan dia tadi" ujar Hayoung dengan nafas turun naik.

"Lah ye ke. Tak payah takut. Biy akan jaga sayang" Sehun mengeluarkan senyuman manisnya dan menarik Hayoung ke dalam pelukannya.

"Jom balik. Sayang minta Chorong unnie gantikan tempat sayang. Tetiba pula rasa malas. Hehe" Hayoung menampakkan barisan gigi putihnya.

"Ye lah tu. Malas ke....rindukan suami?" Sehun memandang ke arah lain.

"Mana ada. Perasan" Hayoung mencubit lengan suaminya. Sehun hanya mengerang kesakitan.

"Jom pergi shopping barang dapur jap. Kita makan di rumah. Saya masak" Hayoung mengambil beg tangannya dan merangkul lengan suaminya.

🌼🌼🌼

Sehun menolak troli yang penuh dengan bahan dapur dan mengikut ke mana sahaja isterinya pergi.

"Sayang. Nak ni boleh?" Sehun memegang ramen dan menunjukkan kepada Hayoung.

"Tak boleh! Biy dah selalu makan ramen. Nanti sakit sape susah? Sayang juga yang susah" Hayoung meletak kembali ramen itu ke tempat asalnya.

"Boleh la. Boleh la. Boleh eh?" Sehun masih merengek seperti budak kecil.

"No means NO!" Hayoung menuju ke kaunter pembayaran. Sehun hanya mencebik.

Lagi lama di sini, Sehun akan minta bermacam macam lagi. Tak ubah seperti budak kecil. Hayoung juga sudah penat melayan kerenah suaminya yang sorang ni.

"Sayang. Biy nak pergi toilet jap. Sayang tunggu sini" Hayoung hanya mengangguk kepalanya.

Setelah Sehun berlalu, matanya tertangkap satu susuk tubuh yang dikenalinya dan dirinduinya.

"Mommy!" Dia menyergah ibunya. Dia tidak perasan seorang lelaki sedang melihatnya dan tersenyum.

"Ape kamu ni. Terkejut mommy" Puan Yuri memegang dadanya.

"Hehe. Sorry. Lama sangat Youngie tak kejutkan mommy macam tadi. Haha" Hayoung memeluk ibunya.

"Hmm. Tengoklah. Ini lah perangai sebenar anak aunty. Tak berubah kan?" Hayoung sedikit pelik dan menoleh ke sebelah kanan ibunya.

"Siapa ni mommy?" Hayoung bertanya kepada mommy nya. Puan Yuri hanya tersenyum.

"Youngie tengok betul²" Hayoung perhatikan lagi lelaki itu dan tetiba dia menutup mulutnya.

"Johnny oppa?!!" Dia terus memeluk Johnny.

Johnny ialah anak sahabat baik Puan Yuri. Johnny hanya tua setahun dari Hayoung. Mereka bersahabat dari kecil sehingga Johnny memberitahu Hayoung bahawa dia akan melanjutkan pelajarannya ke America.

"Hai sayang" suara yang membuat Hayoung melepaskan pelukannya bersama Johnny.

"Siapa ni Youngie? Kawan kau eh?" Pertanyaan yang membuat Puan Yuri ketawa kecil.

"Tak lah. Dia suami Youngie. Biy, kenalkan sahabat Youngie masa kecil" Hayoung tidak berhenti senyum.

"Ouh! Sorry. My name is Johnny" dia menghulurkan tangannya dan Sehun meyambutnya.

"Oh Sehun. Nice to meet you" dia memaut pinggang isterinya.

"Ape ni Youngie. Youngie cakap, Youngie nak kahwin dengan oppa dulu" Johnny berpura pura merajuk.

"Ala... oppa merajuk ke?" Johnny tersenyum kembali.

"Mommy. Hun pergi ke kereta dulu. Awak..saya tunggu awak dalam kereta" ujar Sehun dengan dingin. Hayoung masih tak perasan dengan perubahan sikap suaminya kerana terlalu gembira berjumpa dengan sahabat kecilnya.

Suami mana tak cemburu oi bila tengok isteri sendiri berpelukan dengan lelaki lain di depan mata sendiri.

Hishhh! Sabar je la. Boleh pula dia peluk isteri aku. Cakap nak kahwin bagai. Dia fikir dia siapa. Aku ni suaminya. Sampai aku mati pun, aku tak kan lepaskan dia kepada orang lain.

Dia menutup pintu keretanya dengan kasar. Hatinya masih panas mengingatkan kejadian tadi. Tidak lama kemudian, Hayoung masuk ke dalam keretanya dengan senyuman manisnya. Sehun menghidupkan keretanya dan menuju ke rumah mereka.

"Biy nak makan ape? Sayang masakan" dia melihat suaminya yang hanya memandang ke arah jalan raya sahaja.

"......" Sehun memilih untuk berdiam diri dan tidak menghiraukan pertanyaan isterinya.

"Biy" Sehun masih diam dan akhirnya Hayoung berputus asa. Dia melihat pemandangan di luar.

Setelah beberapa minit, mereka sampai di rumah. Sehun meletakkan keretanya di garaj dan membiarkan Hayoung mengangkat barang yang dibeli mereka seorang diri. Hayoung menjadi pelik dengan perangai suaminya.

Setelah membawa masuk semua barang², dia berlalu ke biliknya dan membersihkan diri. Dia tidak melihat kelibat Sehun. Mungkin di taman belakang kut. Dia membuat andaian. Dia melangkah ke dapur dan mula memasak makanan kesukaan Sehun.

Dia mengambil sayur dan memotongnya sambil berfikir tentang Sehun. Kenapa suaminya dingin dengannya hari ini? Tetiba dia terpotong sedikit jarinya. Darah mengalir keluar. Dengan cepat dia menuju ke singki dan mencucinya. Kotak yang mengandungi ubat ubatan dicapainya. Dia membalut lukanya dan kembali membuat kerja.

Hampir 30 minit dia mengambil masa untuk masak dan akhirnya semua siap dihidangkan di atas meja makan. Dia melangkah dengan gembira ke taman belakang untuk memanggil suaminya.

Tekaan dia tepat. Suaminya sedang bermain game di dalam IPad mini miliknya di atas bangku taman. Dia mengambil tempat di sebelah Sehun.

"Biy. Jom makan. Sayang dah masak makanan kesukaan biy" Hayoung memandang game yang dimain Sehun.

"........." Sehun masih dengan game nya. Mukanya juga serius. Tiada senyuman manis yang terukir di bibir lelaki itu.

"Awak. Saya ada buat salah kat awak ke?" Sebutir air mata turun dari kelopak matanya. Dengan cepat dia mengesat air mata itu.

"........"

"Awak kalau saya ada buat salah, cakap. Jangan diam macam ni" Sehun meletakkan IPad nya dan melihat Hayoung di sebelahnya.

Sorry sebab lama tak updated.  Hmm. Kesian korang😞 Yang mana saya dah siapkan, saya updated. Saya harap korang still tunggu. 😘✌

Boleh saya tahu korang guna app ape untuk buat wallpaper fanfic?

[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편  (EXO Sehun) [MALAY] Where stories live. Discover now