Happy reading✌
Hayoung termenung di dalam biliknya. Dia masih memikirkan cara agar Sehun memaafkan kesalahannya. Tetiba pintu dibuka.
"Hi Youngie" sapa seorang lelaki yang agak tinggi dan handsome. Dia tersenyum ke arah Hayoung.
"Hi oppa" Hayoung juga turut tersenyum.
"Kenapa sedih je ni?" Johnny duduk berhadapan dengan Hayoung.
"Tak de ape lah. Oppa jangan risau" dia tersenyum lagi untuk meyakinkan Johnny.
"Betul ni?" Tanya Johnny lagi.
"Betul lah. Kenapa oppa datang sini?" Tanya Hayoung pelik.
"Oppa rindu Youngie. Sejak oppa balik sini, kita tak pernah spend time sama². So oppa ingat nak ajak Youngie jalan². Youngie ade kerja tak? Kalau-" katanya terpotong kerana seseorang masuk ke dalam bilik Hayoung.
"Dia ada kerja. So, better kau balik. Dia juga kena balik sebab perlu masak untuk aku" kata seorang lelaki yang tak lain adalah Sehun.
"Awak? Buat ape kat sini?" Hayoung terkejut kerana suaminya yang datang dengan tiba².
Sehun tak jawab pertanyaan Hayoung. Dia mengambil beg tangan Hayoung dan berlalu pergi. Johnny hanya mampu memandang kedua manusia itu yang semakin lama tidak terlihat lagi.
Sebenarnya dia pulang dari America adalah untuk memberitahu perasaannya yang sebenar kepada Hayoung. Tapi hati dia hancur setelah Hayoung memperkenalkan Sehun sebagai suami sahnya. Dia sedikit kecewa tetapi dia akan berusaha untuk tidak bersedih dan akan mengambil Hayoung daripada Sehun.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, kedua manusia ini hanya diam dan memikirkan hal masing². Sejujurnya, Hayoung juga pelik dengan sikap Sehun. Dengan tetiba je datang hospital. Sebenarnya, Hayoung sudah bercadang untuk pulang ke rumah kerana dia merasa tidak sihat. Tetapi Johnny datang, dia terpaksa berbual dengan Johnny sekejap dan tetiba Sehun datang. Dia terpaksa ikut Sehun dan meninggalkan Johnny. Dia merasa bersalah kerana meninggalkan Johnny begitu sahaja.
Setelah 20 minit, mereka sampai di rumah. Masing² membawa haluan sendiri. Hayoung melangkah ke biliknya dan membersihkan diri manakala Sehun menuju ke ruang tamu dan menonton televisyen. Selesai membersih diri, Hayoung mula masak makanan kesukaan Sehun.
Mr Xi's house...
Luhan dan Yuri sedang merehatkan diri mereka di ruang tamu. Yuri membaringkan dirinya di atas Luhan sambil menonton televisyen.
"Sayang. Saya rindu Hayoung lah. Lama dia tak datang sini" ujar Yuri.
"Lama ape nye. 3 hari yang lepas dia ada datang sini kan. Nak rindu ape nye. Kalau awak cakap awak rindu anak lelaki sulung kita tak pe juga" tetiba air mata Yuri mengalir. Dia sangat rindu dengan anak sulungnya itu. Satu kejadian yang telah meragut nyawa anaknya dan kejadian itu juga tak pernah dilupakannya.
Luhan memeluknya erat. Dia juga sedih atas kejadian yang menimpa anak sulungnya itu. Mereka takut kejadian itu akan berulang kepada anak kedua mereka, Hansol.
Tetiba bell rumah kedengaran. Yuri bergegas ke pintu utama dan membuka pintu itu. Dia terkejut kerana dia tak sangka Mr Oh akan datang ke rumah mereka bersama isterinya. Yuri menjemput mereka berdua masuk.
"Kenapa tak cakap nak datang. Kalau tak saya boleh masak untuk unnie" ujar Yuri dengan gembira.
"Tak payah nak susah². Unnie datang sini just nak tanyakan sesuatu" Jihyo bersuara. Dahi Yuri berkerut.
"Nak tanya apa?" Ujar Luhan pula. Yuri hanya mengangguk.
"Unnie just nak tanya, anak² kita dah berbaik ke belum?" Yuri bernafas lega. Ingatkan ape la tadi.
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Ficção AdolescenteHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...