Happy reading✌
Sehun sedang memandang lelaki di hadapannya yang tak lain adalah musuh dia sendiri. Dia juga tak faham, kenapa dorang semua benci dia sangat. Mungkin kerana kedudukannya, mungkin kerana kekayaannya ataupun kerana isterinya. Dia juga tidak tahu.
"Kau nak apa?" Tanya Sehun malas.
"Aku nak kau mati!" Kata lelaki itu. Tanpa membuang masa, Sehun terus melayangkan pukulannya di muka lelaki itu. Anak buah mereka yang lain terus memukul sesama sendiri.
Sehun juga memukul lelaki itu tanpa henti. Kemarahannya sudah memuncak. Dia dah penat dengan semua ni. Hidupnya selalu dikelilingi dengan musuh. Dia terus melayangkan pukulannya sehingga lelaki itu memukul tepat di jantungnya. Dia jatuh ke tanah dan lelaki itu pula memukulnya tanpa henti. Anak buah Sehun yang lain sudah jatuh tersungkur termasuk Taeyong dan Mingyu.
Sehun memegang dadanya. Separuh nyawa dia menahan sakit dan mencuba untuk bangkit semula. Tetapi lelaki itu terlalu kuat.
"Kau ni ada kelemahan rupanya. Kalau aku tahu dari awal, mungkin kau dah di dalam tanah sekarang ni" kata lelaki itu. Sehun sudah tidak mampu lagi sehinggalah semua menjadi gelap.
Doha yang bersembunyi di sebalik pokok, terus berlari ke arah Sehun. Sehun seperti orang yang tidak bernyawa. Lelaki tadi tertawa puas kerana dapat menghapuskan Sehun.
"Bos bangun. Bos tak boleh mati. Saya akan pastikan bos hidup" dia melihat lelaki tadi sedang ketawa seperti orang tidak punya perasaan. Dia bangun dan memukul lelaki tadi sekuat mungkin sehingga lelaki tadi tak mampu untuk berlawan. Tahap kemarahan juga sudah mencapai tahap akhir. Dia tidak boleh bersabar lagi. Lelaki ini yang menyebabkan bos kesayangannya seperti orang tidak bernyawa. Dia selalu ingat pesan bosnya, 'kita hanya akan memukul atau membunuh orang yang bersalah'. Kata² itu selalu diingatinya.
Setelah lelaki itu tak mampu berlawan lagi, dia mengangkat Sehun ke keretanya. Dia menuju ke hospital. Dia juga tahu kenapa Sehun tidak mampu berlawan lagi tadi.
Dia sudah melihat mereka dari awal lagi.
Apabila sampai di hospital, dia terus memanggil doktor dan membawa Sehun ke bilik kecemasan. Chorong dan Chae Young juga berlari tergesa gesa ke bilik kecemasan. Doha tidak berhenti henti berdoa di luar agar Sehun selamat. Walaupun dia tidak menjadi anak buah Sehun, dia tetap anggap Sehun sebagai bosnya.
...
Hayoung membawa Sejun ke taman. Dia tahu budak kecil itu bosan di rumah. Dia mendukung anaknya dan berjalan di sekeliling taman. Apabila merasa penat, dia duduk di atas bangku untuk merehatkan tangannya yang sakit kerana mendukung Sejun dari tadi. Dia meletakkan Sejun di atasnya.
"Appa" Sejun sudah dapat menyebut perkataan itu dengan baik. Hayoung tersenyum. Tapi yang dia pelik ialah dari rumah hingga ke taman, Sejun tidak henti² menyebut 'appa'. Dia cuba membuang jauh² perasaan buruk yang ada dalam diri dia sejak Sejun tidak henti² menyebut perkataan 'appa'.
...
Chae Young keluar dari bilik kecemasan. Doha yang melihat itu terus berlari kecil menghampiri Chae Young. Dari wajah Chae Young, Doha sudah dapat mengagak bahawa keadaan bos dia tidak baik.
"Macam mana keadaan bos saya?" Tanya Doha lemah.
"Buat masa sekarang dia stabil tetapi dia perlukan seorang penderma jantung secepat mungkin. Kalau tak.."
"Doktor tak payah cakap. Saya tak nak dengar"
"Baiklah. Awak tahu tak bos awak sakit apa?"
"Saya tahu dan hanya saya sorang yang tahu. Saya tidak sengaja melihat dia makan ubat tahan sakit....jantung" Doha menunduk. Dia merasa bersalah kerana tidak memberitahu Hayoung. Kalau dia bagitahu Hayoung, kemungkinan bos dia sudah sihat.
"Saya harap awak dapat sabar" Chae Young menepuk bahu Doha.
...
Chorong melabuhkan punggungnya di atas kerusi kerjanya. Telefonnya dicapai. Dia mencari nama Hayoung dan menekan butang memanggil. Tidak lama kemudian, Hayoung menjawabnya.
"Youngie...."
"...."
"Unnie nak Youngie balik sekarang atau Youngie akan menyesal seumur hidup" Chorong meletakkan telefonnya di atas meja.
Dia tidak sanggup bercakap dengan Hayoung lebih lama. Dia baru melihat laporan kesihatan Sehun yang baginya kurang memuaskan.
Hayoung cuba menelefon Chorong berkali kali tetapi perempuan itu tidak menjawab. Dia tidak faham apa yang Chorong cakapkan. Kenapa tiba² suruh di pulang ke Korea.
Lama juga dia berfikir, akhirnya dia memutuskan untuk pulang ke Korea. Dia menyuruh Hansol membeli tiket penerbangan.
Dia memasukkan bajunya dan Sejun ke dalam bagasinya. Dia sudah tidak sedap hati. Setelah selesai, dia mendukung Sejun dan sebelah lagi tangannya digunakan untuk menarik bagasinya.
Sampai di airport, dia mencari kelibat Hansol. Matanya meliar sekeliling sehinggalah seorang lelaki yang memakai seragam juruterbang melambaikan tangannya sambil menuju ke arahnya.
"Kenapa tiba² je nak balik Korea?" Tanya Hansol.
"Youngie tak sedap hatilah"
"Kenapa?"
"Youngie rasa macam ada perkara buruk berlaku"
"Perasaan Youngie je tu. Dah jangan fikir bukan². Flight Youngie dah panggil tu. Pergi. Malam ni oppa cuba untuk balik. Itupun kalau oppa tak da kerja lah. Bye. Jaga diri baik²" Hansol mencium pipi Sejun.
Short updated✌ Saje nak kasi suspen. Hehe. Bye assalamualaikum.
#MASHIE에이핑크
![](https://img.wattpad.com/cover/66040739-288-k450123.jpg)
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Roman pour AdolescentsHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...