Chapter 31

997 68 18
                                    

Happy reading✌

2 hari selepas kejadian itu, Sehun tidak pernah berjumpa dengan Hayoung. Dia hanya menunggu Hansol atau anak buahnya yang ditugaskan di sana untuk memberitahunya tentang perkembangan Hayoung. Dia tahu perempuan itu mesti membencinya dan tidak bersedia untuk berjumpa dengannya.

"Eomma. Hun rindu Hayoung" Sehun memeluk ibunya dan menangis seperti budak kecil.

"Kan eomma dah bagitahu dulu, jangan sampai dia tahu yang kamu tu seorang kapten pilot. Dia tak suka" marah Puan Jihyo.

"Kalau Hun tak bagitahu pun, lambat laun dia akan tahu juga" jawab Sehun.

"Betul juga. Tapi eomma tahu Hayoung sayangkan Hun. Lagipun anak yang dia kandung juga perlukan seorang bapa. Tak kan dia nak lahirkan anak tanpa seorang bapa"

"Macam mana kalau dia cari bapa lain untuk anaknya?" Jihyo menampar bahu Sehun.

"Anak yang dia kandung tu kan anak Hun juga. Lagipun, eomma kenal sangat dengan menantu eomma. Dia tak kan cari lelaki lain"

"Mana eomma tahu?"

"Eomma tahu lah. Jangan risau lah. Dah jangan nangis" Jihyo mengesat air mata Sehun.

"Kesian baby eomma" Jihyo semakin mengeratkan pelukannya.

"Apa baby² ni eomma. Hun dah besar lah. Kenapa panggil baby lagi" Sehun tidak puas hati. Jihyo hanya ketawa melihat tingkah laku anaknya.

"Hun yang menangis tadi. So, eomma panggil baby lah. Lagipun Hun sorang je anak eomma. So, Hun selamanya akan jadi baby eomma" Jihyo mencium kepala anaknya.

"Suka hati eomma lah"

...

Sejak Hayoung mengandung, Doha lah yang menjadi mangsa Hayoung. Setiap hari, Hayoung akan menyuruh Doha membeli makanan pelik² yang susah dapat di China. Tapi Doha tidak pernah putus asa. Dia akan mencari makanan itu sampai dapat.

"Sejak awak mengandung, banyak yang awak makan. Makan ini lah, itu lah. Nanti gemuk baru tahu" kata Doha sambil melihat Hayoung memakan semua makanan yang berada di atas meja.

"Biarlah. Tak kisah pun"

...

Chae Young melangkah masuk ke dalam bilik kakaknya. Manakala Chorong, sedang bersandar pada kerusi kerjanya. Mungkin dia terlalu letih kerana pesakitnya semakin bertambah.

"Unnie. Ada surat" Chae Young menghulurkan surat itu kepada Chorong dan berlalu pergi dari situ.
Chorong membuka surat itu.

"Saya nak ajak awak dinner malam ni. Pukul 11 malam. Saya tidak terima penolakan"
-Your secret admirer


...

Chorong memakai dress paras lutut yang berwarna hitam. Yang lebih peliknya tempat dinner yang dimaksudkan oleh secret admirer dia  ialah di tepi kolam rumah dia dan Suho. Yang lebih membuatnya terkejut, tempat itu dihias dengan cantik termasuk di dalam kolam yang dipenuhi dengan bunga ros pelbagai warna.

Dia melihat lelaki yang sedang duduk membelakanginya. Dari belakang dia sudah dapat mengagak siapa yang sedang menunggunya di situ. Kakinya seperti dibekukan, dia tidak boleh berjalan dan hanya menangis di tempat dia berdiri sekarang ini. Tidak lama kemudian lelaki itu datang menghampirinya.

"Kenapa mematung di sini je. Jom lah dinner dengan saya" kata lelaki itu yang tak lain ialah suami dia sendiri, Suho.

"Kenapa awak buat semua ni?" Suho memeluk Chorong untuk menenangkan isterinya yang tidak henti² menangis.

[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편  (EXO Sehun) [MALAY] Where stories live. Discover now