Happy reading✌
"Yes babe. I'm pregnant" Hayoung membuka matanya dan duduk berhadapan dengan Sehun.
"Sampai hati rahsiakan benda ni pada biy"
"Sayang baru tahu tadi je. Itu pun Chae paksa sayang buat check up. Sayang tak de maksud nak rahsiakan pada biy. Sayang fikir nak buat surprise tapi sayang dah tahu. Hmm. So, tak jadilah surprise" Hayoung merebahkan badannya kembali di atas sofa yang boleh dikatakan besar itu.
"..." Sehun hanya diam. Maybe merajuk kot.
"Alo biy. Jangan merajuk macam ni. Sayang tak larat lah nak pujuk biy. Meh sini" Hayoung merentangkan tangannya. Sehun yang melihat itu terus memeluk Hayoung seperti budak kecil yang ingin mendapatkan pelukan ibunya.
"Biy tak merajuk pun. Saje nak dapatkan perhatian dari sayang. Ye la semenjak dua menjak ni, sayang selalu abaikan biy. Sebab tu biy terpaksa berlakon macam tadi. HEHE✌" Hayoung masih memeluk Sehun.
"Nakal kan awak. Baby, kalau nanti baby keluar perut dari ibu, baby jangan jadi macam appa. Appa selalu nakal" Hayoung bercakap dengan perutnya yang masih rata itu. Sehun tersenyum dan mencium pipi Hayoung.
....🌸....
Chae Young baru selesai merawat pesakitnya yang semakin lama semakin bertambah. Dia meregangkan badannya dan berlalu ke biliknya. Baru melabuhkan punggungnya di kerusi kerjanya, seseorang telah muncul di muka pintu. Seseorang yang membuatkan dia menutup pintu hatinya untuk lelaki. Siapa lagi kalau bukan Taeyong. Setelah kejadian itu, ini kali pertama Taeyong datang berjumpanya. Dia hanya memasang wajah dinginnya.
"Hi doktor Chae" sapa Taeyong.
"Kalau awak datang sini untuk tujuan berbual kosong dengan saya, baik awak pergi" kata Chae Young.
"Tak. Bukan macam tu. Saya datang sini, nak minta awak check up saya"
"Awak sakit ape?"
"Sakit hati sebab ada seorang perempuan ni cuba untuk jauhi diri dia daripada saya" jawab Taeyong.
"Saya tak de masa la nak bergurau dengan awak. Banyak lagi kerja yang perlu saya buat. Anyway, padan dengan muka awak"
"Kenapa pula?"
"Sebab perempuan tu dah tinggalkan awak? Awak ingat semua perempuan boleh jatuh hati dengan awak" kelopak mata Chae Young dipenuhi dengan air yang akan jatuh pada bila² masa sahaja. Taeyong pula masih tidak faham dengan sikap Chae Young yang tiba² berubah.
"Baik awak pulang jelah. Menyemak je kat sini"
"Fine. Kalau itu yang awak nak. Tapi itu tak bermaksud yang saya akan lepaskan awak macam tu je. Saya akan pastikan yang awak akan jadi milik saya Park Chae Young!" Taeyong melangkah pergi dari bilik Chae Young. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga. Dia menangis terisak.
...
Seperti selalu Hayoung akan memasak makan tengahari untuk dia dan Sehun. Sejak dia mendapat tahu bahawa dia mengandung, hidup dia menjadi bahagia seperti dahulu. Anaknya Seyoung, tidak pernah dilupakan. Dia akan ke kubur Seyoung pada setiap hujung minggu.
"Sayang! Sayang buat apa ni?" Tanya Sehun. Sudu yang dipegang Hayoung juga diambilnya.
"Kenapa? Apa yang salah?"
"Sayang tu tengah pregnant sekarang. Jangan buat kerja macam ni lagi"
"Mulalah tu nak membebel"
"Bila orang nasihat, dia cakap kita membebel" Sehun menarik telinga Hayoung.
"Sakitlah. Awak sekarang lain sangat. Saya nak buat itu tak boleh, ini tak boleh. Awak tahu tak saya boring"
"Boring tu boring juga. Anak dalam perut tu jangan dilupakan. Kalau effect dekat anak? Siapa yang susah?"
"Saya lah susah"
"Tahu pun. Bukan awak je yang susah, saya pun susah juga. Lain kali kalau nak buat apa², bagitahu saya. Saya boleh buat"
"Ok lah. Mulai sekarang, saya akan ikut cakap awak" Hayoung menundukkan kepalanya.
"Alo comel sangat. Sorry kalau biy lebih² sangat. Biy buat semua ni sebab biy takut kita akan kehilangan anak buat kali-3. Biy tak nak kejadian lama berlaku lagi" Sehun menarik Hayoung ke dalam pelukannya dan mencium dahi isterinya itu.
...
Jam menunjukkan pukul 11 malam. Mata Hayoung masih terbuka luas. Manakala Sehun sudah masuk ke alam mimpi. Dia nakkan sesuatu tapi dia tak nak ganggu suaminya tidur. Perutnya sudah meminta minta. Mahu tak mahu, dia terpaksa kejutkan Sehun.
"Biy" dia menampar perlahan pipi Sehun.
"Emmm" Sehun masih separuh sedar.
"Bangun kejap" Sehun membuka matanya.
"Sayang nak apa?" Tanya Sehun dengan malas.
"Saya nak daging bakar yang awak masak" Hayoung merengek.
"Apa?! Sayang nak makan daging bakar. Sayang tahu tak sekarang pukul 11 malam. Semua kedai dah tutup. Kalau awak nak suruh saya masak sekalipun, esok jelah. Lagipun, kedai yang jual daging pun dah tutup. Macam mana saya nak masak. Esok jelah sayang. Biy akan masak daging bakar yang special punya untuk sayang" Sehun cuba memujuk Hayoung. Dia tak sangka Hayoung mengidam sampai macam ni sekali.
"Ala awak ni. Tak boleh minta tolong sikit. Saya tahu sekarang ni saya tak cantik. Berat badan pun dah naik. So, awak dah tak nak layan saya macam dulu" Hayoung memusingkan badannya membelakangi Sehun.
"Bukan macam tu sayang. Biy just tak nak....Ok lah. Biy akan pergi sekarang. Tapi biy tak nak sayang ikut. Sayang tunggu je kat rumah" Hayoung terus bangun dan memeluk Sehun.
"Thanks sayang. Love you" Hayoung mencium bibir Sehun.
"Love you too" Sehun mencapai kunci keretanya dan berlalu keluar dari bilik mereka.
...
Boleh dikatakan satu bandar dia pusing tapi tiada satu pun kedai yang masih buka. Dia risau kalau dia pulang dengan tangan kosong, Hayoung akan merajuk. Tetiba telefon bimbit yang berjenama apple itu bunyi. Nama Mingyu tertera di skrin itu.
"Kau nak apa?"
"..."
"Tak kan masalah kecil tu pun kau tak boleh handle" marah Sehun.
"..."
"Dalam masa 15 minit, saya sampai. Kau tunggu tempat biasa"
"..."
Dia menelefon Hayoung. Dia tak nak Hayoung menunggunya. Dia tahu Hayoung akan marah besar kepadanya. Tapi dia tolak ke tepi dulu masalah tu. Ada masalah yang lebih penting perlu dia selesaikan. Dia menekan butang call berkali kali. Hayoung masih tidak jawab. Tak kan ada sesuatu terjadi lagi pada Hayoung. Dia membuang perasaan itu jauh². Dia percayakan Taeyong.
Sehun keluar dari perut kereta dengan tergesa gesa. Dia melangkah ke tempat biasa anak buahnya berkumpul. Pintu dibuka. Keadaan di situ gelap gelita. Tiada tanda² bahawa anak² buahnya bergaduh. Tak kan Mingyu tipu kut.
Dia melangkah masuk dengan perlahan untuk mencari suis lampu. Belum sempat dia mencapai suis lampu, lampu telah terbuka dengan sendirinya dan menampakkan....
Suspen tak? HEHE✌. Actually, saya malas sangat nak sambung cerita ni. Sebab tu saya jarang updated. Sorry. Kalau boleh nak habiskan cerita ni dengan cepat. Tapi saya akan berusaha fight dengan 'malas' saya sekarang for readers. Bye. Assalamualaikum.
#MASHIE에이핑크
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Ficção AdolescenteHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...