Happy reading✌
5 tahun kemudian
"Baby! Come here!" Hayoung memanggil anak perempuannya yang berusia 4 tahun itu. Mereka sudah mempunyai anak perempuan yang bernama Oh Seyoung.
"Baby where are you? Kita perlu mandi" Hayoung mencari anaknya. Seyoung kalau nak mandi, suka main² dengan ibunya dulu. Hayoung terpaksa ikut kerenah anaknya.
"Biy. Ada nampak Seyoung tak?" Hayoung bertanya kepada Sehun yang sedang menonton televisyen. Sehun menahan tawanya melihat isterinya sedang mencari anaknya untuk mandi.
"Tak nampak pun. Kenapa?" Hayoung melabuhkan punggungnya di sofa sebelah. Dia letih harus melayan sikap Seyoung yang semakin hari, semakin menjadi jadi.
"Tak de la. Sayang nak mandi Seyoung tapi boleh pula dia lari" Hayoung meletakkan kepalanya di sofa.
"Ouh!" Sehun kembali menonton televisyen.
"Ok lah. Saya pergi cari dia di atas. Mana tahu dia ada di atas" Hayoung bangun dan menuju ke atas.
Seyoung keluar dari belakang Sehun. Sebenarnya, Sehun yang menolong Seyoung bersembunyi dari Hayoung. Seyoung mempunyai tubuh yang kecil. Sebab itulah kalau Seyoung bersembunyi di belakang Sehun, Hayoung tidak akan tahu.
"Thanks appa. Love you" Seyoung mencium pipi Sehun.
Di sisi lain, Hayoung melihat semua yang Sehun lakukan kepada anak mereka. Kemarahannya semakin bertambah. Dia melangkah ke arah Sehun dan Seyoung.
"Oh Sehun! Oh Seyoung! So, biy. Dah lama buat kerja ni?" Sehun terkejut melihat Hayoung datang dengan tiba². Seyoung sudah memeluk appa nya. Dia sangat takut melihat ibunya sedang marah.
"Sayang. Bukan tadi sayang pergi atas ke?" Tanya Sehun.
"Yup! Sayang naik atas tadi. Tapi saya tak rasa Seyoung ada di atas. Sebab tu saya turun balik" jawab Hayoung. Seyoung sudah ketakutan.
"And you baby! Kenapa tak nak tengok muka eomma? Tahu pun takut" Seyoung melepaskan pelukannya.
"Seyoung minta maaf eomma. Seyoung nak gurau dengan eomma je" Seyoung menundukkan kepalanya. Sehun tersenyum.
"Alolo. Kesian dia. Meh sini" Hayoung mengambil Seyoung dan meletakkan di atasnya.
"Eomma tak marah?" Tanya Seyoung dengan wajah ketakutan.
"Tak lah. Eomma pun bergurau je" Hayoung mencium pipi Seyoung. Seyoung tersenyum gembira dan memeluk ibunya.
"Appa pun nak juga kiss dari eomma" Sehun menunjukkan bibirnya. Seyoung ketawa melihat perangai daddy nya seperti budak kecil.
"Eomma tak nak. Wek!" Hayoung menjelir lidahnya dan berlalu pergi bersama Seyoung. Sehun hanya mampu melihat. Sejak Seyoung wujud, Hayoung selalu lebihkan Seyoung daripadanya.
🌸🌸🌸
Hayoung menghidangkan sarapan di atas meja makan. Sandwich menjadi pilihannya untuk bersarapan pagi. Seorang budak berjalan ke arahnya sambil memeluk patung angry bird. Hayoung yang melihat itu hanya tersenyum.
"Awal baby bangun hari ni" tegur Hayoung apabila melihat anaknya duduk di atas kerusi dan meletakkan kepalanya di atas meja makan.
"Seyoung bangun awal sebab nak kiss eomma. Selalunya, eomma kiss Seyoung tapi hari ni Seyoung pula kiss eomma" Seyoung tersenyum.
"So sweet my baby" Hayoung mencium pipi anaknya.
"Baby boleh tak tolong eomma kejutkan appa?" Seyoung mengangkat kepalanya.
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Ficção AdolescenteHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...