Chapter 8

1.4K 88 2
                                    

Happy reading✌

"Awak kalau saya ada buat salah, cakap. Jangan diam macam ni" Sehun meletakkan IPad nya dan melihat Hayoung di sebelahnya.

"Yes! Awak memang ada buat salah. Awak cuba fikir. Suami mana tak cemburu tengok isteri sendiri berpelukan dengan lelaki lain" air mata yang ditahan akhirnya mengalir dengan laju di pipi putihnya.

"Awak ingat saya tak de perasaan ke. Saya juga manusia Hayoung. Sama seperti awak. Awak tu isteri sah saya. Hak milik saya!" Sehun sedikit meninggikan suaranya. Dia tidak boleh menahan marahnya.

Dia bangun dan berlalu ke biliknya. Hayoung hanya mampu menangis. Dia telah membuat Sehun marah kepadanya.

🌸🌸🌸

Kelihatan seorang perempuan sedang membuat sarapan dengan harapan agar suaminya memaafkannya. Dia sedikit meregangkan badannya kerana semalam dia tidur di sofa ruang tamu.

Setelah siap, dia menunggu Sehun untuk sarapan bersama sebelum pergi kerja. Sehun keluar dari biliknya dengan baju kemeja dimana lengannya dilipat paras siku ditambah dengan bau wangian yang boleh membuat semua wanita cair.
Hayoung terus mendapatkan suaminya itu.

"Awak. Saya dah buatkan sarapan. Jom makan sesama" Sehun hanya diam dan berlalu ke pintu utama. Air mata Hayoung mengalir lagi.

Makanan yang aku buat pun tak disentuhnya. Maybe dia sangat marah. Ape aku nak buat ni untuk hilangkan kemarahan yang ada dalam diri dia sekarang ni. Hmm.

🌸🌸🌸

Hayoung pergi kerja bersama Taeyong. Bodyguard yang dianggap sebagai kawan baiknya dan abangnya sendiri. Taeyong juga temannya semasa Sehun tiada.

Hayoung memulakan kerjanya seperti biasa. Membuat pemeriksaan pesakitnya. Hayoung seorang wanita periang apabila bersama pesakitnya.

Jam menunjukkan pukul 6. Hayoung bersiap siap untuk pulang. Dia mencapai beg tangannya dan melangkah keluar bersama Taeyong yang sedang menunggunya. Hari ini hari yang pelik bagi Hayoung kerana dia tidak nampak kelibat seseorang yang selalu menganggunya semasa kerja. Dalam masa yang sama dia juga gembira. Akhirnya Min Jun tidak mengganggunya lagi.

...

"Oppa. Kita pergi rumah mommy Sehun jap. Saya tak nak balik. Lagipun Sehun tak de selama dua hari kan?" Taeyong hanya mengangguk faham.

Sampai di rumah Mr Oh, dia disambut baik oleh ibu mertuanya itu. Dia memeluk dan mencium pipi Puan Jihyo.

"Rindunya mommy dengan kamu. Kenapa lama kamu tak datang sini? Sehun mana? Sorang je ke?" Bertubi tubi soalan yang dilontarkan dari ibu mertuanya itu.

"Entahlah. Youngie pun tak tahu. Biarlah. Youngie rindu masakan mommy. Boleh tak kalau Youngie tidur sini malam ni. Sehun tak de. So, Youngie tak nak tidur sorang². Youngie nak tidur dengan mommy boleh?" Hayoung merengek manja seperti budak kecil. Mr Gary berdehem sambil membaca surat khabar.

"Habis tu. Daddy nak letak mana?" Hayoung melangkah ke arah Mr Gary.

"Ala daddy ni. Dua hari je. Lagipun daddy bukan selalu ada di rumah. Out station memanjang. Betul tak mommy?" Hayoung menoleh ke arah Puan Jihyo.

"Betul tu. Out station je memanjang. Ke ada perempuan lain. Mana tahu kan" Puan Jihyo sengaja mengenakan suaminya. Hayoung hanya tersenyum melihat ke dua ibu bapa mertuanya bergaduh manja.

"Hmm yelah. Lagipun malam ni saya harus ke Busan. Ada meeting esok" Hayoung menunjukkan thumbs up kepada bapa mertuanya.

🌸🌸🌸

[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편  (EXO Sehun) [MALAY] Where stories live. Discover now