Happy reading✌
Sehun bersiap siap untuk ke airport. Hari ini dia ada jadual penerbangan awal. Sejun pula dari semalam tidak pulang. Entah kemana dia pergi. Hayoung menolong Sehun meletakkan baju² di dalam bagasi. Sehun akan ke Dubai selama 3 hari.
"Biy. Tiga hari tu lama sangatlah" Hayoung merengek.
"Tiga hari je pun. Sayang macam tak biasa pula" Sehun mengambil bagasinya dari Hayoung.
"Dulu Sejun temankan sayang tapi sekarang muka handsome dia pun susah nak tengok" Sehun meletakkan bagasinya di dalam kereta. Kedua tangan Hayoung dipegang.
"Kejap lagi dia baliklah tu. Mana tahu dia tengah dating dengan Yeri" Sehun mencium dahi Hayoung.
"Tak kanlah dating 24 jam" Hayoung membetulkan tali leher Sehun.
"Nanti dia baliklah tu. Ok lah kalau macam tu, saya pergi dulu. Lewat pula sampai di airport nanti" Sehun mencium bibir Hayoung dan melangkah masuk ke dalam kereta.
Setelah Sehun pergi, Hayoung menutup semula pagar tetapi belum sempat dia menekan butang, kereta Sejun kelihatan. Sejun keluar dari kereta Audi miliknya. Terkejut Hayoung dibuatnya melihat muka Sejun yang lebam sana sini. Darah juga masih segar di muka Sejun. Hayoung terus berlari mendapatkan anaknya itu.
"Kenapa dengan muka kamu Sejun? Jangan cakap dengan ibu Sejun bergaduh dengan orang. Ataupun Sejun macam appa"
"Appa yang bagi Sejun jawatan ketua gangster tu. Sejun ambil jelah. Seronok ape pukul orang" Hayoung menumbuk perut Sejun.
"Aduh! Sakitlah bu" Sejun memegang perutnya.
"Biar sakit. Itulah, lain kali jangan ikut cakap appa tu. Jun tahu tak, ibu hampir kehilangan appa dulu sebab appa ketua gangster. Appa hampir mati" Hayoung menangis. Dia menutup pagar dan masuk ke dalam rumahnya. Sejun mengikut dari belakang.
"Ibu. Jun minta maaf. Jun janji, Jun akan jaga diri dengan baik. Dah lama Jun impikan untuk jadi seorang ketua gangster. Ibu janganlah risau"
"Baiklah. Ibu izinkan. Tapi kalau jadi apa² pada Jun, appa Jun yang bersalah"
"Terima kasih bu. Saaa.....yaang ibu!" Sejun memeluk ibunya.
"Ibu. Kalau Jun minta something boleh?" tanya Sejun.
"Kalau untuk anak ibu ni, apa apa pun boleh. Cakap je apa Sejun nak" Hayoung suka manjakan Sejun sejak Sejun kecil.
"Tolong letakkan ubat pada muka Sejun boleh? Ibu kan doktor"
"Itu dulu. Sekarang ibu bukan doktor. Ibu cuma suri rumah. Kenapa tak suruh Yeri ubatkan" muka Sejun berubah secara tiba tiba.
"Kalau ibu nak tahu, disebabkan perempuan tulah, Jun kena pukul macam ni. Kalau ikutkan hati tadi, Jun nak je bunuh lelaki tu tapi Jun taklah sekejam tu"
"Ibu tak fahamlah Jun"
"Sebenarnya, masa Jun temankan Yeri shopping, ada seorang lelaki datang dan mengaku dia teman lelaki Yeri. Dia siap cium Yeri lagi depan Jun. Jadi, Jun pukul lah dia. Dari situ, terjadilah pergaduhan antara kami berdua. Yang paling Jun sakit hati, Yeri boleh pula sebelahkan lelaki tu. Habis selama ni dia anggap Jun ni apa. Patung? Lelaki simpanannya? Ibu tahu tak, masa Jun overseas dulu. Jun nak sangat balik cepat sebab nak jumpa Yeri tapi bila Jun balik sini, ini yang Jun yang dapat. Jun tak layak ke bu untuk perempuan secantik Yeri tu" Hayoung memeluk anak lelakinya. Tak sangka anak lelakinya dipermainkan.
"Its ok baby. Bunga bukan sekuntum. Ramai lagi perempuan di luar sana yang lebih cantik dari Yeri. Ibu percaya Jun akan dapat perempuan yang lagi cantik dan jauh lebih baik dari Yeri. Jun boleh anggap semua ni sebagai latihan untuk mengenali perempuan" Hayoung memberi nasihat kepada Sejun. Dia tahu bukan senang nak ubatkan hati lelaki yang sedang terluka.
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Teen FictionHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...