Happy reading✌
MA Orphans House
Sehun sedikit kecewa setelah mendengar berita dari salah seorang pekerja di situ. Pekerja itu memberitahu bahawa Hera dan Hana sudah diambil oleh pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak menjadi anak angkat mereka. Sehun mengambil alamat rumah pasangan suami isteri itu dan berlalu pergi bersama Hayoung dan Seyoung ke rumah pasangan itu.
"Betul tak sayang rumah ni" tanya Sehun sambil melihat rumah mewah yang berada di hadapannya sekarang ini.
"Kalau ikut alamat, ni lah rumah mereka" jawab Hayoung.
"Kalau macam tu, jom kita pergi tengok" cadang Sehun. Hayoung hanya mengangguk.
Sehun menekan bell. Tidak lama kemudian, keluar seorang perempuan cantik yang tersenyum ke arah mereka.
"Saya nak tanya, betul ke ni rumah ibu bapa Hera dan Hana?" Tanya Sehun.
"Yes betul. Saya ibu dorang. Kenapa eh?" Tanya perempuan yang bergelar ibu angkat Hera dan Hana itu.
"Ouh! Jadi saya tak salah. Anyway. Saya Oh Sehun pemilik MA Orphans House and ni pula isteri saya Oh Hayoung. Kami datang nak melawat Hera dan Hana. Dorang ada tak?" Ujar Sehun dengan panjang lebar.
"Dorang ada. Masuklah" perempuan yang bernama Namjoo itu tersenyum. Sehun dan Hayoung melangkah masuk rumah mewah itu.
Pasangan yang mengambil Hera dan Hana menjadi anak angkat ialah Do Kyungsoo dan isterinya Kim Namjoo. Mereka berkahwin selama 3 tahun tetapi masih tidak mempunyai anak. Kyungsoo memberi cadangan kepada isterinya supaya mengambil anak angkat.
"Papa!!" Kembar itu berlari ke arah Sehun dan terus memeluk Sehun. Mereka tersenyum gembira.
"Rindunya dengan korang. Korang suka tak tinggal dengan eomma Namjoo?" Tanya Sehun. Kembar itu hanya mengangguk.
"Terima kasih Mrs Do kerana sudi mengambil dorang sebagai anak angkat dan jaga dorang dengan baik"
"Dorang dah jadi anak saya. So, saya mesti jaga dorang dengan baik. Jangan risau lah""Papa siapa perempuan ni?" Tanya Hera. Hera tidak pernah berjumpa dengan Hayoung kerana Hayoung tidak pernah datang ke rumah anak yatim.
"Inilah isteri papa. Cantik kan?" Belum sempat Sehun menjawab, Hana terlebih dahulu menjawab.
"Wah! Memang betullah cakap Hana. Isteri papa memang cantik" Hayoung tersenyum. Namjoo hanya melihat kedua anaknya itu.
"Hera dan Hana pun cantik juga" Hayoung memuji kembar itu.
"Thanks mama" ucap mereka berdua sama².
"Jom lah makan. Saya dah sediakan" pelawa Namjoo.
"Eh! Tak pe. Kitaorang nak pergi tempat lain pula lepas ni" kata Sehun.
"Ok lah kalau macam tu. Kami balik dulu" mereka menunduk hormat kepada Namjoo begitu juga Namjoo. Kedua kembar itu melambaikan tangan kepada Sehun dan Hayoung.
Di dalam kereta...
"Kita nak pergi mana lepas ni?" tanya Hayoung.
"Kebetulan Seyoung ada di rumah mommy awak, inilah peluang saya untuk dating dengan awak. So, saya nak bawa awak pergi satu tempat" Sehun tersenyum nakal.
"Ye lah tu" kereta Sehun meluncur laju di atas jalan raya Kota Seoul.
15 minit di dalam kereta, akhirnya mereka sampai di satu tempat dimana mereka boleh melihat seluruh bandar² di Seoul. Hayoung melangkah keluar daripada perut kereta. Dia sangat kagum dengan keindahan Kota Seoul pada waktu malam yang sangat cantik.
YOU ARE READING
[C] Unexpected Husband 예상치 못한 남편 (EXO Sehun) [MALAY]
Roman pour AdolescentsHayoung berkahwin dengan Sehun hanya untuk mengelakkan diri daripada Min Jun, kekasih lamanya manakala Sehun tidak mahu mengecewakan ibu kesayangannya. Kedua mereka tidak mempunyai rasa cinta antara satu sama lain. Semakin lama rasa cinta itu mula t...