BAB 1 - Kantoi

677 29 2
                                    

"Woi Aqhar, hang mai sini sat"

"Awat?"

"Mai je la, toksoh banyak tanya"
Aqhar bangkit dari tempat duduknya menghampiri Aiman yang berada di sebalik sebatang pokok durian.

"Hah, awat?" Soal Aqhar tidak berpuas hati.

"Nah!".
Aiman menghulurkan secawan maggi cup kepada Aqhar. Berubah riak wajah Aqhar. Tidak jadi dia untuk marah. Muncul pula segarit senyuman di wajahnya yang berkulit cerah itu.

"Caik, tak puasa! Apa nak jadi la hang ni Aiman" Bebel Aqhar kepada Aiman sambil menggelengkan kepalanya.

Maggi cup berpindah tangan. Tanpa berlengah Aqhar menyuap maggi kari ke mulutnya. Hampir lima suap sebelum cawan maggi berpindah tangan semula kepada Aiman. Keadaan tersebut berlarutan beberapa ketika sebelum mereka berdua dikejutkan dengan satu suara.

"Assalamualaikum". Ucap satu suara milik seorang lelaki.

Aqhar dan Aiman yang terkejut segera berpaling ke arah suara tersebut. Mata mereka terbuka luas. Mulut hampir ternganga.

Pergerakan mereka terbejat. Tangan Aiman masih memegang maggi cup. Lekas-lekas dia melempar maggi cup itu ke dalam semak berhampiran.

"Waalaikummussalam". Jawab mereka berdua dengan suara yang sedikit bergetar.

"Ustaz buat apa kat sini?" Aiman memberanikan diri bertanya. Matanya dilarikan dari bertentangan dengan pandangan ustaz Armin. Renungan tajam ustaz Armin, membuatkan lututnya terasa gegar.

"Saya buat apa kat sini hangpa tanya? Hah, yang kamu berdua tu buat apa pula kat semak belakang pokok durian nih? Datang sekolah duduk dalam kelas, bukan dalam semak."

" Ka...kaa...kami tak buat apa pun". Balas Aqhar tergagap. Dia mula dapat kekuatan untuk menjawab. Namun untuk bertentang mata dengan ustaz ustaz Armin dia belum berani. Aiman mengangguk tanda sokongan.

"Tak buat apa kata kamu, tu ha minyak dekat dekat bibir, plastik perencah maggi dalam semak tu, apa benda semua tu? Dengan mulut pula tu berbau kari, tak buat apa lagi kata kamu?!"

"Errr...err...." Aiman hilang kata-kata. Menggaru-garu kepala akibat kecuaiannya sendiri. Dia kehilangan akal. Begitu juga Aqhar yang kelihatan seperti hilang arah. Dalam hatinya tertanya-tanya, bagaimana ustaz Armin boleh tahu dia dan Aqhar ada situ. Padahal, port tersebut sangat "strategik". Selama ni tak pernah lagi kantoi. Pasti ada yang gatal mulut pergi report ni. Dasar mulut kepoh betoi. Gumam Aiman di dalam hati. Tapi siapa yang report?

"Sudah-sudah hangpa dua jangan nak berdalih lagi. Ikut saya masuk ke kelas sekarang juga. Cepat !". Ustaz Armin meninggikan suara apabila dilihatnya Aiman dan Aqhar tidak pedulikan arahannya.

Sewaktu melangkah ke dalam kelas, pandangan Aiman terarah kepada Zakkir. Secara tidak sengaja pandangan mereka tertaut. Zakkir tidak melarikan pandangannya, sebaliknya mengukir senyuman sinis penuh ejekan kepada dia dan Aqhar.

Zakkir??. Aku yakin ni semua mesti kerja dia ! Anak ayam betoi. Hang tunggu nanti aku balas. Hang tunggu. Ada lori ada bas, aku langgar hang dengan lori nanti. Gumam Aiman di dalam hati. Darahnya menyirap tiba-tiba. Geram hatinya. Penumbuknya di kepal-kepal sambil menjeling ke arah Zakkir.

"Berdiri kat depan kelas!" Arah ustaz Armin tegas.

Loceng waktu rehat berdering kuat. Tidak seperti selalu, pelajar- pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri tidak pula berpusu-pusu keluar menuju ke arah kantin. Kantin telah ditutup selama sebulan sepanjang bulan puasa. Para pelajar kebanyakkan berada di dalam kelas sahaja. Ada yang ke pusat sumber sekolah mahupun koperasi untuk mendapatkan barang keperluan seperti alat tulis.

Zakkir dan Zikri berjalan menuju ke tandas. Langkah mereka terbejat apabila terdengar satu sergahan kasar di belakangnya.

"Hoi, Zakkir!" Teriak Aiman yang melangkah laju ke arah Zakkir dan Zikri. Seperti kereta memecut mengejar lampu isyarat kuning. Air mukanya keruh. Tiada segarit senyuman di wajahnya seperti selalu. Yang kelihatan cuma satu riak serius dan penuh kemarahan.

Kolar baju Zakkir di cekak Aiman tiba-tiba. Zakkir terpinga-pingga cuba melepaskan cekakan tersebut yang semakin kuat. Pernafasannya tersekat-sekat akibat tindakan Aiman yang mendadak itu.

"Kenapa hang report kat ustaz Armin?" Tuduh Aiman melulu. Zikri cuba membantu Zakkir namun diberi amaran oleh Aiman. Kejadian tersebut disaksikan oleh beberapa orang pelajar lain yang kebetulan lalu disitu. Namun mereka hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja tanpa ikut campur urusan tersebut. Zakkir tidak menjawab. Dia berusaha melepaskan cengkaman Aiman pada kolar bajunya yang menyebabkan dia sukar untuk berkata-kata.

Seketika kemudian Zakkir berjaya melepaskan cengkaman Aiman pada kolar bajunya. Dia membetul-betulkan kolar bajunya.

" Hang jangan nak tuduh aku, Aiman. Hang ada bukti ke?" Ujar Zakkir mempertahankan dirinya.

"Bukti apa lagi? Aku tengok senyum hang dalam kelas tadi pun aku dah tau ni semua mesti kerja hang. Aku tau la hang tak puas hati dengan aku kan!?" Terlonjak nyaring suara Aiman.

"Hahaha." Zakkir tergelak kecil mendengar tuduhan Aiman terhadap dirinya. Ketawa Zakkir nyata mengundang kemarahan Aiman. Namun dia masih mampu bersabar untuk mendengar pengakuan daripada Zakkir sendiri. Namun telahan awalnya Zakkir lah yang melaporkan perihal dia dan Aqhar tidak berpuasa makan di semak berhampiran padang sekolah kepada ustaz Armin.

"Man, tak payah nak tuduh-tuduh aku. Hang dan Aqhar kawan aku. Aku bukan jenis tikam belakang, Man". Sesekali Zakkir hanya memanggil Aiman dengan panggilan Man sahaja.

"Kalau bukan hang, siapa lagi?" Aiman masih tidak berpuas hati.

"Mana la aku tahu. Hang kan ramai 'musuh'." Ternyata jawapan Zakkir mula membuatkan Aiman berfikir. Benaknya mula bekerja menyaring nama-nama yang mungkin "bermusuh" dengan dirinya seperti dikatakan Zakkir. Namun dia hampa. Tiada satu nama pun yang dirasakan berpotensi menjadi 'musuhnya'.

"Sudahlah Aiman. Tak baik main tuduh-tuduh nih. Tambah pula dalam bulan puasa". Zikri yang sedari tadi berdiam diri cuba mendamaikan keadaan. Kelihatan dia mulai rimas dengan tuduhan melulu Aiman. Dan yang paling utama, hasratnya ke tandas sudah tergendala. Hajat yang satu ini jangan dibuat main. Terlambat sedikit boleh bawa bencana besar.

"Jom la Zakkir". Zikri mengajak Zakkir meninggalkan tempat tersebut. Zikri dan Zakkir terus melangkah pergi meninggalkan Aiman termangu sendirian disitu. Aiman kemudiannya turut meninggalkan tempat tersebut apabila dirasakan semakin banyak mata yang sedang memerhatinya ketika ini.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Pembelajaran dan pengajaran akan diteruskan seperti biasa.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now