Asap berkepul-kepul naik ke udara ditinggalkan di hadapan stesen bas Kamunting oleh sebuah motosikal Yamaha 125z berwarna biru. Beberapa orang remaja yang duduk di sebuah bangku di melihat penuh berminat ke arah motosikal tersebut yang semakin hilang daripada pandangan itu.
Aiman meronda- ronda disekitar kawasan bandar Taiping keseorangan. Sebentar tadi dia ke stesen bas Kamunting untuk menghantar barang kepada jirannya. Jirannya yang hendak ke Kuala Lumpur itu telah tertinggal beberapa barangan penting di rumah. Oleh itu,emaknya meminta tolong kepada Aiman untuk menghantarnya. Memandangkan Aiman tidak melakukan apa-apa selepas balik sekolah tadi, dengan rela hati Aiman sedia membantu.
Sekarang dia kebosanan seorang diri. Bandaraya Taiping yang dikenali sebagai Bandar Warisan itu tidak lagi membuatkan ditinya teruja untuk meneroka persekitarannya. Sesuai dengan gelarannya, bandar itu dipenuhi dengan pelbagai bangunan lama tinggalan sejarah sejak zaman kolonial lagi. Rekaan bangunannya yang berusia ratusan tahun itu sedikitpun tidak menarik minat Aiman.
Muzium Taiping dan Zoo Taiping antara ikon perlancongan paling popular juga di pandangnya sebelah mata sahaja. Selain dikenakan bayaran, dia sememangnya tidak berminat dengan perkara sebegitu. Lainlah kalau sesiapa yang minat sejarah atau barangan lama, bolehlah melawat Muzium Taiping. Pelbagai artifak menarik di pamerkan disitu.
Aiman membelok motosikal Yamaha 125z miliknya di satu simpang menuju ke satu lagi tempat yang popular di Taiping iaitu Taman Tasik Taiping yang asalnya adalah bekas tapak lombong bijih timah. Sengaja dia memperlahankan motosikalnya untuk melihat suasana sekeliling. Mana la tahu kalau ada rezeki dia terjumpa la awek sedang berjoging.
Tapi, awek mana pula yang gila sangat pukul 3 petang nak berjoging. Sudah lah panas terik. Lain la kalau di London. Sejuk. Jogging aje la waktu bila pun tak apa. Ini Malaysia, okey.
Aiman mahu mengelilingi satu pusingan Taman Tasik dahulu sebelum pulang ke rumah. Alang-alang sudah berada disini, lebih baik dia cuci mata dahulu. Aiman tersenyum nakal.
Namun, setibanya di satu jalan yang agak sunyi, mata Aiman menjadi pedih. Pandangannya tertumpu pada suatu arah. Dari jauh jelas kelihatan dua makhluk bernama manusia berlainan jantina sedang duduk berkepit di bawah pokok di pinggir tasik. Aiman cepat-cepat memberhentikan motosikalnya di bahu jalan. Hatinya mula mendidih. Ditinggalkan motosikalnya di bahu jalan dengan harapan tak ada penguatkuasa MBT atau polis yang saman nanti. Kalau tak,melayang la duit gaji dia kerja part time.
Langkahnya diatur laju menuju je arah pasangan tadi yang tidak sedar dengan kehadiran Aiman disebabkan hanyut dalam lautan asrama mereka. Kalau setakat berbual sahaja Aiman tidak kisah. Tetapi kalau sampai tangan dah tak duduk diam, itu sudah melebih. Mencemarkan keindahan tasik sahaja.
Dalam fikirannya tatkala ini hanya ada satu ayat sahaja timbul; amar makruf nahi mungkar. Dia perlu mencegah kemungkaran yang sedang dilihat dengan mata kepalanya sendiri.
Tanpa berlengah, dengan penuh keyakinan dan kesungguhan beserta nekad yang muktamad, Aiman melepaskan satu tendangan tepat pada belakang badan pasangan tersebut. Mula-mula si lelaki lepas itu si perempuan pula. Akibatnya, dua-dua terhumbam ke dalam tasik dan habis basah lenjun. Mujurlah air di situ cetek saja. Kalau dalam tadi, habislah Aiman. Nak kena selamat mereka, satu hal pulak. Pasangan tersebut nampak terkejut dan sungguh marah kepada Aiman. Pelbagai adik beradik maki hamun dan sumpah seranah dilemparkan. Rasanya jika ditangkap, maunya lunyai Aiman di ganyang mereka.
"Hahaha. Padan muka. Merendet je tahu." Ujar Aiman yang terus melarikan diri.
Pinnnnnn!!!
Aiman tersentak. Rupanya dia sedang berangan di atas motosikalnya. Bunyi hon kereta di belakangnya nampak tidak puas hati kerana dia menunggang perlahan di lorong kanan.
YOU ARE READING
PAT KAY TU
Teen FictionPat Kay Tu - Mengisahkan Aiman dan rakan-rakannya. Seorang pelajar yang nakal dan juga baik hati. Namun, segalanya berubah dengan kedatangan orang baru di sekolah mereka. Siapakah orang tersebut? Apakah kesudahan pergaduhan antara Aiman dan Faizal?