BAB 36 - Tepung, Telur & Kenangan

189 16 14
                                    

"Suprise!" Jerit mereka serentak.

Belum sempat cikgu Nazir berpaling ke belakang, bercucuran serbuk putih menyimbah di atas kepalanya.

Alamak, dia dah kena prank rupanya.

Cikgu Nazir terkaku tidak bergerak. Sekelip mata rambut hitam dan  baju kemeja biru yang  dipakainya bertukar warna putih.

Mana tidaknya, sebungkus tepung gandum dicurah ke atas kepalanya.

Kelu tidak berkata. Tidak tahu bagaimana untuk bereaksi. Perlukah dia mengamuk dan bertukar menjadi Hulk? Atau biarkan saja keadaan itu.

Ya, biarkan saja. Mahu tidak mahu sebungkus tepung sudah selamat mendarat  ke atas kepalanya dan menyelimuti hampir seluruh tubuh badannya. Bagaikan epingan salji, tetapi ini Malaysia dan hakikatnya serbuk putih itu adalah tepung, bukannya salji.

Kejutan masih belum berakhir. Sedang cikgu Nazir masih terkaku cuba mengukir yang terasa agak sukar ditafsir, Elly pula muncul sambil memegang kek coklat yang terpacak lilin bernyala di atasnya.

Muncul satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Yang dikatakan speechless, itu lah yang dialami cikgu Nazir pada waktu ini. Mujur saja dia tidak terus rebah pengsan disitu hingga berbuih mulut. Atau menggelupur bagai terkena sakit misteri.

Hahaha! Penulis sudah berlebih-lebih nih.

Mereka lakukan semua ini untuk aku? Tiba-tiba cikgu Nazir menjadi sebak. Kelu lidahnya berterusan lagi. Tiada aksara yang mampu terbentuk tatkala ini. Mujur saja tidak menitis air mata terharu.

"Cikgu, tiup lilin." Ujar mereka lagi apabila kek coklat tadi sudah berada di depan mukanya.

Bersusah payah cikgu Nazir meniup lilin. Dia sebenarnya masih canggung. Terkejut. Dan kejutan mereka baginya memang menjadi.

Kemudian sebilah pisau pemotong kek dihulur.

"Potong kek tu, cikgu"

"Ambik gambar dulu"

"Cikgu, nak kamera."

Cikgu Nazir menghulurkan telefon bimbit miliknya.

Setelah beberapa keping gambar di ambil, Elly membawa kek tersebut  dan diletakkan berhampiran banir pokok rendang di tepi padang tempat mereka berada sekarang.

"Jom, makan kek." Ajak Elly. Ketika ini dia dan Atikah sedang sibuk memotong kek dan meletakkan di dalam pinggan polestrin.

Cikgu Nazir masih lagi  mengibas-ngibas tepung dibajunya.

"Argghhh...." Jerit Atikah secara tiba-tiba.  Semua pandangan terus saja berkalih ke arahnya. Zakkir pula sedang ketawa sambil melarikan diri. Rupanya sebiji telur ayam telah dipecahkan di kepala Atikah.

Mereka yang lain juga turut  ketawa sambil menjauhi antara satu sama lain. Mana tidaknya, di tangan masing-masing ada tepung dan telur. Waktu ini tiada kawan, semuanya lawan. Siapa saja boleh jadi mangsa tepung dan telur pada waktu ini.

Maka, tercetuslah perang tepung dan telur. Berlari berkejaran mereka di padang dengan gelak tawa. Seperti sukaneka kanak-kanak sekolah rendah pula gelagat mereka.

Sekejap sahaja masing-masing sudah bertelur dan bertepung. Cikgu Nazir juga tidak terlepas. Beberapa kali juga dia menjadi mangsa serangan telur.

Malang sungguh nasib dia. Maklumlah, pertama kali menyertai perang telur dan tepung. Belum berpengalaman kononnya.

"Hai, Man. Jauh nampak lari. Mai la sini mai." Panggil cikgu Nazir apabila dilihatnya Aiman sudah melarikan diri jauh dari mereka.

Takut sungguh dia. Dan sememangnya dia agak bertuah kerana tidak banyak terkena tepung dan telur. Mana tidaknya, dia awal-awal lagi sudah lari.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 09, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now