BAB 29 - Pondok Tepi Sungai

132 13 0
                                    

Blurp !

Aiman tunduk mengutip batu beberapa ketul batu kerikil lagi di atas tanah. Seperti tadi, sasarannya adalah anak-anak ikan yang sedang berenang-renang di dalam air berhampiran tebing sungai.

Namun, tiada seketul pun batu yang dibaling mengena pada anak-anak ikan tersebut. Sama ada Aiman tidak pandai membaling atau dia sememangnya tidak benar-benar mahu merejam ikan tersebut.

Puas membaling batu, Aiman kembali melabuhkan duduknya di pondok berhampiran sungai tersebut. Pondok tersebut adalah milik orang kampung yang dijadikan bangsal untuk berehat setelah penat berkebun.

Lokasinya yang terletak di pinggir kampung dan berhampirannya sungai menjadikannya sebagai tempat melepak yang strategik. Maka, apabila petang sahaja, ramailah anak muda dan remaja yang melepak di situ.

Ada yang bermain gitar kapok, daun terup, hisap rokok dan juga berbual kosong. Namun tidak pula sampai berjudi walaupun bermain daun teruo. Sekadar main untuk suka- suka saja.

Di situ, Aiman selalu meluangkan masa lapangnya. Ada kalanya dia akan menjala ikan di sungai berhampiran. Semuanya dilakukan sekadar mengisi masa terluang yang ada. Fikirnya itu lebih baik daripada melepak tidak tentu hala di pusat membeli belah di bandar.

Pondok ini juga menjadi saksi di mana Aiman dan Zakkir berbincang mengenai rancangan jahat mereka untuk mengenakan Faizal dan rakan-rakannya.

Aiman mendengus halus. Rasa bersalah tiba-tiba menerjah ke dalam hatinya. Pertemuan di rumahnya ketika raya hanyalah sebuah kebetulan yang tidak dirancang. Dia cangung dengan keadaan tersebut yang berlaku begitu pantas.

Sejujurnya, rasa amarah dan dendamnya  kepada Faizal sudah surut. Cuma belum hilang sepenuhnya saja lagi. Namun, mungkin juga kerana ego yang menunjang diri, lidahnya menjadi berat untuk memohon maaf. Hatinya menjadi gelap untuk mengikhlaskan kata-katanya.

Pandangannya dilemparkan ke kawasan sekitar pondok. Banyak sungguh pokok buah-buahan. Hidup dikampung mudah kalau nak.makan buah. Walaupun bukan pokok sendiri, tapi boleh minta pada tuannya. Kalau beli pun, harga tidaklah begitu mahal.

Kalau hendak percuma, panjat waktu malam. Tapi, pakej bersama dosa la sebab mencuri. Haram. Jadi darah daging. Kalau belajar, susah ilmu nak masuk.

Kelibat Zakkir masih belum kelihatan lagi.  Memang selalu lambat agaknya budak ni. Jam di tangannya dikerling. Jika dalam masa 10 minit  Zakkir tidak muncul juga, Aiman sendiri  akan ke rumah Zakkir.

Sembilan minit sudah berlalu dan Zakkir masih juga belum muncul. Aiman turun dari pangkin pondok, berkira-kira mahu ke rumah Zakkir sebelum Zakkir tiba-tiba saja muncul.

Zakkir memberhentikan motosikalnya  betul-betul di sebelah motosikal milik Aiman.

‘’Aiman, hang nak pergi mana. Rilek la dulu. Aku baru je sampai.’’ Ujar Zakkir sebaik memakirkan motosikal di sebelah Aiman.

‘’Tolong mak lagi ke lambat ni?’’ tanya Aiman dingin.

‘’Huish, marah nampak. Sorry la. Aku terlupa tadi.’’

‘’Banyak la hang punya sorry. Aku tercangok sorang-sorang kat sini dari tadi lagi. Kalau ada gitar ke, rokok ke tak apa la juga.’’bebel Aiman. Ada masanya dia seperti mak nenek. Segalanya hendak dibebelkan.

‘’Sejak bila pulak hang hisap rokok ni?’’ Tanya Zakkir hairan. Setahu dia, Aiman tidak merokok. Begitu juga dengan dirinya.

‘’Ada aku kata nak hisap rokok ker?’’

‘’Tadi tu.’’

‘’Tu aku saja je cakap. Nak bagi panjang sikit bebel dekat hang.’’
Aiman kembali duduk di atas pangkin diikuti dengan Zakkir.

‘’Hah, ada apa ajak lepak kat sini? Kerja sekolah dah siap ke?’’ tanya Zakkir sebaik melabuhkan duduknya di sebelah Aiman di pangkin.

Dah kenapa Zakkir ni tiba-tiba tanya pasal kerja sekolah? Tak ada benda lain agaknya dia nak tanya. Melepak pun tanya pasal kerja sekolah lagi.

‘’Aku sebenarnya nak minta tolong hang. Tu pun kalau hang nak tolong la. Kalau tak nak takpa.’’

‘’Tolong apa? macam penting je ni. Buat suspen betul la hang Aiman."

"Boleh ke tak ni?" Aiman mahukan kepastian.

"Cakap la dulu tolong apa, kalau boleh tolong aku tolong, kalau tak, aku senyap je la. Ke pasal tadi?" Zakkir tergelak kecil.

"Itu pun satu masalah juga tu. Apa ke benda la cikgu Khairi pilih kita jadi pengawas. Kalau Hafiz tu tak pa la jugak. Ada ciri-ciri sikit."

" Itu la, aku pun hairan tak habis lagi. Fikir pasal tu la menyebabkan aku lambat tadi."

"Hang tak payah nak buat alasan."

"Hahaha. Tau tau je hang. Nak minta tolong apa tadi?"

"Macam ni..........."

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now