Kringgggggggg.....
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Lekas – lekas pelajar 4k1 menutup buku dan bersedeia untuk keluar rehat. Sebaik mengucapkan terima kasih kepada cikgu Bazli, mereka terus berjalan keluar kelas.
Aiman berada paling hadapan mendahului mereka yang lain. Mungkin lapar benar agaknya. Padahal bukan main melantak lagi dia sewaktu hari raya yang lepas. Semua jenis makanan dia sebat.
Tapi itulah, nafsu makan tidak mengenal orang mahupun saiz badan. Jangan di sangka yang berbadan besar sahaja kuat makan, sebaliknya pula yang berbadan kurus itu kurang makan. Silaplah jika itu yang difikirkan.
Buktinya, lihat saja pada Aiman. Sekejap sahaja dia sudah berada di kantin. Meninggalkan Aqhar, Hafiz dan Zakkir di belakang. Padahal dia lah berbadan paling kecil di antara mereka.
Tidak pula mereka mahu mengejar, sebaliknya membiarkan sahaja Aiman yang berjalan laju ke arah kantin.
Apabila Aqhar, Hafiz dan Zakkir sampai di kantin, Aiman kelihatan sedang membawa sepinggan nasi lemak dan secawan air anggur menuju ke sebuah meja kosong berhampiran tiang. Mereka bertiga lekas-lekas beratur untuk membeli makanan. Biarkan Aiman makan dahulu bersendirian.
Aqhar dan Zakkir membeli nasi lemak, manakala Aqhar pula membeli semangkuk laksa. Mereka duduk semeja dengan Aiman yang sedang tekun menikmati nasi lemak bersambal ikan bilis beserta sepotong telur dadar.
‘’Hang kalau bab makan, memang tak pernah kalah.’’ Ujar Hafiz yang duduk berhadapan dengan Aiman.
‘’Gila hang nak lambat-lambat, perut aku ni bukan main berkeroncong lagi tadi tau tak. Dah macam band muzik pulak tadi.’’ Balas Aiman seraya menyuapkan nasi lemak kedalam mulut
Dikunyah perlahan-lahan tanpa sebarang bunyi. Mungkin mengikut sunah dengan mengunyah makanan sebanyak 44 kali.
‘’Iye la tu. Bukan tak tahu hang tuh, sentiasanya kebulur. Entah bila masa hang kenyang pun tahu la.’’ sampuk Zakkir pula.
‘’Tu la, badan nak kata besar tak besar pun. Nak kata sado memang jauh sekali la. Sekeping tu ada la sikit. Tapi bila makan, mengalahkan Jaki.’’ Aqhar pula bersuara. Sedari tadi dia diam sahaja bagi menikmati kelazatan laksa buatan mak cik kantin.
Jaki merupakan seorang pelajar tingkatan lima yang bertubuh besar. Rasanya yang paling dikalangan pelahar di sekolah mereka.
‘’Ah, lantak hangpa la nak cakap apa. Aku lapar ni tau tak. Aqhar...laksa tu sedap tak tak?’’
‘’Tengok la sapa yang buat.’’
‘’Aku tanya sedap ke tidak, bukan sapa yang buat. Understood?’’ tiba-tiba pula ter speaking. Akibat pengaruh movie Hollywood barangkali. Tapi bagus juga sebenarnya.
‘’Ye la, dah mak cik kantin buat, mesti la sedap. Hang ni makin banyak makan makin krik krik pulak.’’
‘’Apa yang krik krik?’’ tanya Aiman tak luas hati.
‘’Tak da apa la. Sedap laksa ni.’’ balas Aqhar.
Aiman bangun daripada tempat duduknya. Saki baki air anggur di dalam cawan di habiskan sebelum dia berjalan menuju ke arah kauter kantin. Tidak lama kemudian dia kembali semula ke meja mereka.
‘’Woii, makan tak ajak aku.’’ Tegur Aiman berseloroh.
Aiman meletakkan mangkuk berwarna merah berisi laksa di atas meja berserta segelas air oren.
‘’Dia buat dah budak sorang ni. Membela betul hang ni.’’ Zakkir geleng kepala.
‘’Lapar lapar. Lagipun laksa ni sedap hangpa tau apa. Rugi kalau tak makan’’ Balas Aiman sambil menghirup kuah laksa. Matanya sengaja dipejam bagi menikmati kelazatan kuah laksa tersebut.
YOU ARE READING
PAT KAY TU
Teen FictionPat Kay Tu - Mengisahkan Aiman dan rakan-rakannya. Seorang pelajar yang nakal dan juga baik hati. Namun, segalanya berubah dengan kedatangan orang baru di sekolah mereka. Siapakah orang tersebut? Apakah kesudahan pergaduhan antara Aiman dan Faizal?