BAB 5 - Kena Lagi

229 23 3
                                    

Rungutan dan bebelan Faizal jelas kedengaran dari parkir motosikal. Marahnya makin menjadi-jadi. Kusyen motosikal itu sudah beberapa kali ditumbuknya. Mukanya merah padam masam mencuka silih berganti.

"Lahanat mana punya kerja pula nih? Tak habis-habis lagi ke nak pedajal aku. Kalau rasa anak jantan, mari sini la. Face to face". Cabar Faizal bengang apabila dilihat kedua belah tayar motosikalnya depan dan  belakang kempis.

Suaranya kedengaran lantang sekali hingga menarik perhatian pelajar yang lalu berdekatan. Mereka berpaling sepintas ke arah Faizal kemudian terus berlalu pergi apabila terpandang wajah menyinga Faizal.

Berkali-kali tayar di diperiksa. Tiada pula ditemui kesan tercucuk benda tajam. Paku,duri, dawai halus atau apa-apa benda tajam tidak pula dijumpai. Puas dia membelek. Sebab itu hatinya sangat yakin tayar motosikalnya sengaja dipancitkan. Dibuang angin dengan tujuan untuk menyakitkan hati  dia. Ternyata si pelaku itu berjaya manaikkan darjah kepanasan hatinya.

Jamal di sebelahnya sedari tadi hanya memerhati sahaja tanpa berbuat apa-apa. Dia cuba mengaitkan kejadian tersebut dengan kes rokok yang diletakkan di dalam beg Faizal dan pemetik api yang terdapat di dalam beg sekolahnya sendiri. Kelihatan seperti satu perbuatan aniaya berunsur dendam. Bertujuan untuk mengenakan mereka berdua.

" Aku rasa  orang yang pancitkan tayar motosikal kau ni adalah orang yang sama meletakkan rokok dan pemetik api di dalam beg kita" Jamal mengemukakan pandangannya.

Faizal yang sedang memeriksa tayar motosikal miliknya berpaling menoleh ke arah Jamal. Dia berfikir sejenak. Ada benarnya juga telahan Jamal itu. Semuanya berlaku dalam satu hari yang sama. Hari yang sungguh malang baginya. Yang begitu menguji kejantanan dirinya. Sakit dirotan oleh cikgu Aziz tadi pun masih belum hilang, sekarang ditambah pula sakit hatinya.

"Macam ni la, kau tinggal dahulu motosikal ni disini. Kau balik tumpang dengan aku. Petang nanti kita datang semula bawa pam angin." Jamal memberikan cadangan. Diyakini tayar tersebut tidak bocor, sebaliknya cuma  anginnya sahaja  yang sengaja dibuang.

Faizal  mencapai topi keledar dari dalam bakul motosikalnya lalu membonceng pulang bersama dengan Jamal. Mukanya masih mencuka. Cuaca panas tengah hari itu membuatkan hatinya yang mendidih itu bergelegak. Terasa panas luar dan dalam !

Zakkir dan Aiman tersenyum puas melihat gelagat Faizal . Dendam mereka kini sudah terbalas.

"Hang kejam sangat la  Aiman. Aku ingatkan hang nak pancitkan satu tayar saja tadi . Rupanya  dua-dua sekali hang pancitkan."

"Hahaha..! Mulanya memang  aku cadang nak pancit tayar belakang aje, tiba-tiba syaitan berbisik pula suruh pancitkan keduanya. Apa lagi, aku pancitkan aje la." Terang Aiman dalam ketawa yang seperti tidak mahu henti. Zakkir menggelengkan kepala.

"Petang ni jom teman aku  pergi bazaar Ramadhan." Ajak Aiman apabila tawanya kian perlahan.

"Nak buat apa?"

"Nak mandi la giler. Aku nak berenang-renang kuak lentang." Sindir Aiman.

"Haa...baguslah tuh. Pergi la hang sorang-sorang." Zakkir yang terasa dengan sindiran tersebut pura-pura merajuk.

"Alaaa.....merajuk la pulak budak nih. Okey-okey...sorry la abam sado" Aiman cuba memujuk.

"Ni hang punya sado. Pukul berapa?" Sergah Zakkir sambil mengangkat penumbuk kanannya yang dikepal kejap.

"Lima. Tempat biasa". Tersengih-sengih Aiman menjawab. Sikit pun hatinya tidak gentar melihat penumbuk Zakkir yang nyata lebih besar daripada penumbuk miliknya. Dia tahu Zakkir hanya bergurau.

Jika Zakkir benar-benar mahu menumbuknya, sudah tentu aturan giginya akan berubah. Seperti yang terjadi kepada seorang budak kampung mereka beberapa bulan yang lepas.

Mereka mendapatkan motosikal masing-masing lalu terus pulang ke rumah dengan haluan berbeza.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now