BAB 2 - Punca

333 29 4
                                    

Aiman melangkah laju ke arah parkir motosikal. Dia segera mendapatkan motosikal Yamaha 125z  berwarna biru miliknya. Dia mengenakan topi keledar MS88 berwarna hitam sebelum bahunya ditepuk dari arah belakang. Dia lantas berpaling.

"Hang nak apa lagi?". Nada suaranya kedengaran kasar apabila melihat wajah tersebut.

"Hang marah aku ker? Atau hang masih fikir aku punca hang dan Aqhar kena tangkap dengan ustaz Armin pagi tadi?" Zakkir menduga perasaan Aiman.

Aiman membisu. Lantas berpaling ke hadapan semula.  Memasukkan kunci dan terus menghidupkan enjin motosikalnya. Zakkir disitu tidak dipedulikannya lagi. Dia mengundurkan motosikalnya mahu lekas pergi dari situ. Membawa bersama kemarahannya yang akan dilepaskan dengan cara menunggang moto laju-laju. Bahaya sudah tidak dipedulikan lagi.

"Aku tahu sapa yang 'report' pasal tadi". Beritahu Zakkir tanpa dipinta. Kata-kata itu ternyata berjaya menarik perhatian Aiman. Aiman berhenti. Motosikal ditongkat semula, enjin di matikan. Dia kembali merenung tajam ke arah Zakkir.

Tindakan ini sudah diduga sedari awal oleh Zakkir. Dia kenal benar dengan rakan sepasukannya dalam pasukan bola sepak sekolah itu.

"Sapa?" Aiman mula mendesak.

"Faizal".

"Hah?!. Hang jangan nak main tuduh-tuduh. Macam mana hang tau?" Soal Aiman inginkan kepastian. Zakkir mula galak bercerita.

*****
Zakkir dan Azizul sedang berada di dalam tandas melepaskan hajat masing-masing. Kemudiannya mereka terdengar bunyi tapak kaki melangkah masuk diikuti suara orang ketawa. Zakkir dan Azizul memicing telinga. Cuba menangkap butir-butir perbualan mereka disebalik pintu. Nama Aiman yang disebut telah menarik minat mereka serta merta.

"Korang tengok tak tadi macam mana Zakkir kena cekik dengan Aiman?" Kedengaran suatu suara menyoal.

"Tengok" Serentak beberapa suara menjawab.

"Macam nak mampus dah budak tu tadi. Haha. Padan dengan muka dia" Kata satu suara diikuti ketawa mereka yang lain.

Tidak sukar bagi Zakkir untuk mengecam  suara tersebut. Dia kenal benar pemilik suara tersebut dan syak wasangkanya kini semakin jelas.

"Tapi kan, macam mana kau tahu diorang ada kat semak belakang pokok durian tu?" Soal satu suara.

"Cammon laa...ini Faizal la. Setakat benda macam tuh, petik jari je la boleh tahu". Faizal membangga diri. Menyerlahkan  keangkuhan dirinya yang bertindak sebagai ketua dikalangan mereka itu.

"Tapi ingat, jangan sampai diorang tahu. Aku akan pastikan Aiman dan kawan-kawannya tu bergaduh,berpecah dan bermusuh."
Satu peringatan diberikan oleh  beserta satu nekad bersifat jahat.

Zakkir dan Azizul keluar dari tandas setelah yakin Faizal dan kawan-kawannya telah pergi dari situ. Mereka berpandangan sesama sendiri.

***

Jantungnya bergerak laju mengepam darah seluruh tubuh. Mukanya kelihatan merah padam. Rasa amarahnya membuak-buak. Cerita Zakkir ternyata membuatkan hatinya yang membara kembali terbakar. Tubuhnya terasa panas. Dia kenal benar dengan sikap Faizal. Dan sebab Faizal melakukan semua itu pun telah dapat dia duga.

Aiman bergegas turun dari motosikalnya dan tergesa-gesa mahu melangkah pergi. Langkahnya terbejat apabila bahunya dipegang Zakkir. Menahan dia untuk pergi dari situ.

"Hang nak pi mana?"

"Aku nak cari Faizal!"

"Sabar dulu, jangan terburu-buru. Hang ni gelojoh sungguh lar" Zakkir cuba menenangkan Aiman.

"Habis tu nak tunggu bila ?" Aiman merenung tajam ke muka Zakkir. Matanya sengaja dibulatkan luas. Menanti alasan Zakkir yang cuba menghalangnya. Pandangan mereka bertentang. Zakkir bersikap tenang.

"Aku ada idea yang lebih baik untuk kenakan Faizal dan kawan-kawan dia. Sudahlah, jom la kita balik dulu" Zakkir mengemukakan pandangannya.

Buat seketika Aiman diam. Seperti mempertimbangkan sesuatu. Dadanya diurut perlahan. Menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan dengan perlahan. Dia mula berasa terpujuk dengan kata-kata Zakkir.

"Okey". Jawabnya ringkas.
"Good boy. Dah, jom balik. Jumpa kat tempat biasa malam ni." Ajak Zakkir yang gembira melihat perubahan sikap sahabatnya itu.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now