BAB 25 - Oh, kaki!

152 14 0
                                    

"Berdiri betul - betul!" Tegas cikgu Khairi. Wajahnya kelihatan serius.

Aiman kembali berdiri tegak. Dipandanganya cikgu Khairi dengan perasaan geram.

Sebenarnya kakinya sudah terasa lenguh berdiri lama-lama. Zakkir, Hafiz dan Aqhar kelihatan masih bertahan lagi. Steady sahaja lagaknya. Terutamanya Aqhar.

Cikgu Khairi meneruskan pengajaran manakala mereka berempat pula  di denda berdiri di bahagian belakang di dalam kelas 4k1.

Semuanya gara-gara masuk lewat ke dalam kelas tadi selepas waktu rehat. Disebabkan terlalu lama berborak di kantin, mereka terlupa waktu Cikgu Khairi selepas rehat. Jika tidak, pasti mereka sudah kembali lebih awal ke kelas tadi.

Untuk menyesal sudah terlambat. Berdiri dua masa iaitu satu jam lebih bukanlah suatu perkara mengembirakan. Lebih teruk lagi, mereka disuruh menulis sambil berdiri. Bayangkan betapa siksanya untuk menulis.

Kadang-kadang terlintas juga difikiran mereka, lebih baik di rotan daripada kena berdiri lama-lama. Rotan paling banyak pun tiga kali. Lepas tu, dah boleh duduk sambil gosok tapak tangan bekas kena rotan.

Beberapa orang pelajar lelaki yang lalu di kaki lima kelas 4k1 tersenyum-senyum apabila terpandang ke arah mereka. Situasi itu telah menaikkan takat didih darah Aiman.

Mahu sahaja rasanya dia bagi flying kick kepada mereka seorang satu. Tapi itu semua hanya mampu dilakukan dalam mimpi sahaja. Lainlah kalau dia Zakkir ataupun Hafiz. Mereka berdua tu ada belajar silat.

Aiman mengeluh halus akibat kelenguhan. Hafiz disebelah kanannya kelihatan menunduk memandang lantai sahaja sedari tadi. Muhasabah diri barangkali.

"Woi. Hafiz." Tegur Aiman separuh berbisik. Bimbang pula dia jika di dengari oleh cikgu Khairi yang sedang mengajar di hadapan.

Hafiz mengangkat muka seraya menoleh ke arah Aiman.

"Amende." Tanya Hafiz juga separuh berbisik.

"Takda apa. Saja tegur. Yang hang tunduk macam orang nak kena hukum gantung tu kenapa? Buat rilek jadi la."

"Rileks tengkorak hang. Kaki aku lenguh. Mata ni dari tadi asyik nak pejam. Mengantuk."

"Haha. Itu la hang, chat dengan awek sampai lewat malam."

"Memandai ja chat awek. Aku mana ada awek."

"Ececece.. takda awek konon. Habis tu Zafira tu sapa?"

"Uhuk..uhukk..Zafira?"

"Budak kelas sebelah tu. Tersedak- sedak tu. Kira betul la kan."

"Kalau betul kenapa?"

"Haa....aku dah agak. Aku ni memang pakar bab-bab macam ni."

"Tak betul. Haha."

"Cisss....Aduh!" Jerit Aiman kecil apabila kaki kirinya disepak oleh Zakkir di sebelahnya. Dia memandang tidak puas hati ke arah Zakkir.

Zakkir tidak bersuara. Sebaliknya menunjukkan ke arah cikgu Khairi dengan anak matanya. Aiman menoleh ke depan. Cikgu Khairi sedang merenung ke arah dia.

Ternyata perbualan dia dan Hafiz walaupun perlahan, masih juga sampai ke cuping telinga cikgu Khairi. Wajahnya sedikit kemerahan menahan marah.

Mana tidaknya, tumpuannya menulis di papan putih terganggu dengan suara Aiman dan Hafiz.

Cikgu Khairi boleh dengar ker? Macam mana boleh dengar? Ada kuasa ke cikgu ni? Aiman berasa hairan.

Aiman menunduk memandang lantai seperti dilakukan oleh Hafiz tadi. Merenung wajah cikgu Khairi adalah perbuatan sia-sia. Silap haribulan, pen marker ditangan cikgu Khairi akan terbang ke kepalanya. Bukan tidak pernah perkara sebegitu berlaku. Mereka telah menyaksikannya. Mangsanya bukan Aiman, sebaliknya Aqhar di sebelah Aiman yang terlelap sewaktu cikgu Khairi sedang mengajar. Keberanian yang sungguh luar biasa  Aqhar pada hari itu terbalas dengan seketul benjol di dahi.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now