BAB 31 - Kecewa

127 13 0
                                    

"Elly, sudahlah tu. Tak payah la sedih sangat.’’ Atikah masih cuba memujuk Elly. Mereka berdua duduk di sebuah bangku di bawah pokok di tepi padang.

Entah kenapa, Elly jadi begitu beremosi sangat selepas dapat markah sejarah tadi. Padahal, markah subjek lain banyak  yang lagi rendah daripada markah sejarah. Tapu  boleh pulak dia bertenang. Siap gelak-gelak lagi macam tak ada apa-apa yang berlaku.

‘’Aku bodoh. Memang patut pun aku gagal.’’ Elly menyalahkan diri sendiri.

‘’Elly...tak baik cakap macam tu. Gagal dalam peperiksaan tak bermakna kita bodoh.’’

‘’Habis tu, apa?’’ soal Elly tak puas hati

‘’Bukan hang sorang yang gagal Elly. Kita satu kelas gagal.’’ Atikah begitu tabah memujuk Elly. Dia perlu bijak menyusun kata agar hati yang terluka itu tidak bertambah parah.

‘’Tu maknanya kita satu kelas semuanya bodoh. Memang patut pun kelas lain kata kita kelas belakang. Kelas tak da masa depan. ‘’ ternyata Elly sungguh kecewa kali ini. Serta merta dia membuka lipatan sejarah kata-kata yang pernah dilontarkan kepada kelas mereka suatu ketika dahulu.

‘’Apa hang cakap ni Elly. Mana ada macam tu. Hang je yang fikir bukan-bukan.’’

‘’Alaaa..semua orang tahu la Atikah. Kelas kita memang kelas budak bodoh pun. Kelas belakang. Semua cikgu pun cakap macam tu. Ajar nak taknak je. Diorang bukan kisah pun kita gagal."

‘’Tak semua cikgu macam tu, ada yang faham kita.’’ Atikah kurang senang dengan kata-kata Elly.

‘’Sapa? Cuba hang cakap’’

‘’Ustazah Naili, cikgu Azila dan cikgu Nazir.’’

Elly terdiam. Cuba menghadam nama-nama yang disebut Atikah tadi. Muka diangkat lalu melemparkan pandan ke padang sekolah. Ada benarnya juga kata-kata Atikah itu.

Ustazah Naili, guru kelas mereka sangat baik dengan mereka. Tidak pernah pula dia memarahi mereka dengan teruk. Apatah lagi mencemuh atau mengeji serta membanding-bandingkan mereka dengan kelas lain.

Cikgu Azila, guru Bahasa Melayu yang mereka anggap sebagai ibu di sekolah. Sebab itu tidak janggal untuk mereka memanggilnya dengan gelaran ‘mama’. Dan cikgu Azila juga selalu mengambil berat terhadap mereka.

Cikgu Nazir pula, cuma cikgu praktikal yang baru beberapa bulan sahaja mengajar kelas mereka. Namun dalam tempoh yang singkat itu, seperti ada satu ikatan yang kuat antara kelas mereka dan cikgu Nazir.

‘’Hang dah lupa apa cikgu Nazir cakap tadi? Dia suruh kita fikirkan tentang impian dan cita-cita kita. Itu sebabnya dia tak mahu kita berputus asa. Lagipun ada dia marah kita pasal keputusan ni? Tak da kan’’

‘’Tapi aku tak pernah lulus sebjek ni. Bukan aku tak baca buku, sampai lewat malam aku baca. Tapi hasilnya, tetap sama. Gagal.’’ Elly kembali tunduk merenung rumput.

Semut yang lalu seperti mengejek Elly yang sedang bersedih. Elly gengan penumbuk, mahu saja dia tumbuk sekor-sekor semut tu. Mujurlah semut itu cepat menyelinap sembunyi di bawah daun kering.

Peduli apa dia semut ke apa.

"Aku pun kecewa juga sebab gagal. Aku harap sangat kali ni aku boleh lulus. Tapi, tu la, belum masa lagi untuk aku lulus." Ujar Atikah berkongsi soal hatinya yang juga turut kecewa.

Namun, tidak pula dia meroyan tak tentu pasal.

‘’Hang tak apa la. Kira okey la dapat markah 30. Aku ni, markah cuma 25. 25 per seratus. Nampak tak betapa bodohnya aku.’’ Elly tetap menyalahkan dirinya lagi.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now