Surat pengesahan sudah diterima. Segala bagai borang juga telah selesai di isi, mana yang perlu di bawa, diambil bersama. Penginapan dan pengangkutan sudah diurus dengan baik. Hanya menghitung hari sahaja.
Tiga tahun setengah menimba ilmu di menara ilmu tercinta ini, sekarang tiba masanya untuk dia mencurahkan pula ilmu yang dupelajarinya. Apa yang ditimba itulah yang akan dicurah. Dalam keterujaan itu terselit satu perasaan yang sekian lama menghantui dirinya.
Barang -barang semunya sudah siap dimuatkan kedalam bonek kereta milik kawannya.
"Good bye USM. Good bye IK. Jumpa lagi nanti"
Kereta jenis proton Waja itu memecut laju meninggalkan ruangan parkir desasiswa Indah Kembara. Destinasinya adalah ke sebuah daerah di wilayah utara Perak.
Sejam perjalanan mereka tiba ke destinasi. Urusan pengambilan kunci segera diseselaikan.
"Fuhh...panas." Satu keluhan dilepaskan. Peluh yang mula merembes keluar laju setelah dipaksa dengan kerja-kerja mengangkat barang ulang alik dari kereta ke rumah sewa di lap dengan lengan baju. Bajunya juga lenjun dengan peluh.
Setelah berjabat perpisahan dengan pemandu kereta Waja tersebut, mereka terus memasuki rumah sewa tersebut dan sesi mengemas pun bermula. Juga boleh dianggap sebagai sesi membakar lemak setelah berehat panjang daripada sebarang aktiviti fizikal.
Lantai, tingkap, dan dinding di sapu. Kemudian lantai pula di mob dengan cecair pencuci jenama Ajax.
Dua hari lagi dan kehidupan baru akan bermula untuk mereka berdua.
Back to school, itu ungkapan yang paling tepat. Tapi bukan lagi berseluar hijau dan berbaju putih. Tetapi berpakaian bebas. Malah siap boleh bawa henfon lagi ke sekolah. Hahaha. Bestnya hidup boleh main fon kat sekolah.Baju, seluar dan kasut semua telah di persiapkan. Stokin juga telah dibeli baru, sepasang. Rambut? Ahh, masih pendek lagi. Misai dah lama hilang. Janggut tu, biarlah. Ingat senang ke nak merasa simpan janggut bila menyarung uniform walaupun tidak sepenuh masa. Ada janggut, baru la ada gaya. Gaya orang tua !
Kemon laa. Aku ni muda lagi la.. janggut tu hiasan aje. Boleh buat usap-usap bila berfikir. Tak la asyik garu kepala aje. Sampai nak botak kepala dibuatnya.
Tidak sedar masa begitu pantas berlalu. Beberapa minit saja lagi azan maghrib akan berkumandang. Nazir segera mengeluarkan sebotol air mineral dan sebungkus roti jagung dari beg galas miliknya.
Kedengaran suara azan dari kampung berhampiran. Tanpa berlengah, Nazir meneguk air mineral. Sekadar syarat berbuka puasa.
" Eh Steward, jom pergi makan. Dah lama aku tak pekena sup kat kedai hujung tuh"Ajak Nazir yang sesudah menghabiskan sebungkus roti.
"Jom. Perut aku pun kosong ni. Jap aku tukar baju" Steward yang baru selesai membasuh bilik mandi segera menuju ke timbunan beg pakaian miliknya.
Melenggang berduaan beriiringan mereka ke gerai sup yang popular itu. Flashlight henfon digunakan untuk menyuluh jalan.
Mereka tidak dikenali lagi dan kebebasan masih menjadi milik mereka. Seluar pendek yang dipakai Nazir menyerlahkan rerambut hitam berserabut semacam pukat berkarut. Kata orang, baru lelaki kalau ada bulu kaki. Kalau tidak, orang akan gelar 'bapok'.
Tapi Nazir menyimpan satu rahsia tentang bulu kakinya itu. Satu cerita tentang kejahilannya sewaktu di asrama ketika tingkatan dua. Hanya dia yang tahu dan setiap kali melihat bulu kakinya yang lebat, timbul rasa penyesalan. Namun apakan daya, kebodohan lalu sekadar iktibar masa kini. Tidak dapat diubah melainkan diambil pengajaran, agar tidak berulang.
"Alamak." Nazir berhenti melangkah. Dia kelihatan terperanjat. Steward disebelahnya turut mematikan langkah.
"Kenapa Nazir? Kau lupa bawa duit ker?" Tanya Steward yang mula berasa hairan.
"Bukan tak bawa duit, tu ha...tutup". Nazir memuncungkan bibirnya pada sebuah gerai. Steward memandang ke arah tersebut. Benar seperti dikatakan oleh Nazir, gelap.
"Habis tu, kita nak makan kat mana?" Soal steward yang mula menggosok perutnya.
"Kau jangan risau, depan sana aku rasa ada kedai makan. Jom kita cuba"
Mereka berdua meneruskan perjalanan melewati gerai bihun sup yang tidak dibuka. Gelap sahaja. Mungkin hari ini mereka cuti. Atau juga memang tidak dibuka sepanjang bulan ramadhan ini. Jalan raya kelihatan sibuk dengan kenderaan yang dipandu laju. Mereka menghimpit ke bahu jalan hingga memijak rumput.
YOU ARE READING
PAT KAY TU
Teen FictionPat Kay Tu - Mengisahkan Aiman dan rakan-rakannya. Seorang pelajar yang nakal dan juga baik hati. Namun, segalanya berubah dengan kedatangan orang baru di sekolah mereka. Siapakah orang tersebut? Apakah kesudahan pergaduhan antara Aiman dan Faizal?