Di petang raya di rumah Aiman berkumandang lagu raya nyanyian Siti Nurhaliza dari kaca televisyen.
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyataDuhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah"Aiman, perlahankan sikit lagu tu, kuat sangat." Tegur Puan Aini dari arah dapur.
"Kuat la baru ada feel raya, mak." Balas Aiman yang sedang duduk bersandar di sofa selepas beraya sejak lagi tadi.
"Nak feel raya, pergi ziarah rumah saudara mara, kawan-kawan eratkan ukhwah. Bukannya pasang lagu kuat-kuat." Bebel emaknya lagi.
Aiman akur, pantas dia mencapai alat kawalan jauh telivisyen disebelahnya. Volume telivisyen di perlahankan. Tidak berapa perlahan sebenarnya. Tetapi apabila emaknya yang berada di dapur tidak menegur lagi, maka Aiman membiarkan saja volume pada tahap itu.
Sedang Aiman asyik mengunyah kuih Almond London, sebuah kereta Proton Waja berwarna hitam dilihat memasuki halaman rumahnya.
Aiman mengerutkan kening. Siapa pula yang datang ni? Eh,lupa pula ini kan hari raya. Sapa - sapa pun boleh datang kan.
Aiman bangkit berjalan ke muka pintu. Pemandu dan penumpang di dalam kereta tersebut masih belum keluar. Aiman masih berdiri di situ menunggu tetamu tersebut keluar daripada kereta.
"Mak! Oooo....mak! Ada orang datang" Laung Aiman memanggil emaknya yang berada di dapur.
"Sapa yang datang tu?"
"Entah, Man tak kenal pun. Kawan mak kot."
Puan Aini muncul dari dapur dan berdiri di sebelah Aiman yang masih memandang keluar. Pintu hadapan sebelah pemandu terbuka dan keluar seorang wanita pertengahan hampir sebaya dengan puan Aini.
"Laaaa.....kak Salihah ka....ingat sapa la tadi." Tegur Puan Aini sambil mengukir senyum.
"Sapa mak cik Salihah tu, mak?"
"Kawan lama mak dulu,sebelum ni dia duk kat Kuala Lumpur. Sekarang dia pindah sini dah." Beritahu Puan Aini. Aiman mengangguk tanda faham.
Wajah Aiman berkerut apabila melihat penumpang belakang sudah turun dari kereta. Aiman seperti mengenali penumpang tersebut.
Aiman berpusing hendak beredar dari situ.
"Eh, nak pergi mana ni? Pergi la jemput mak cik Salihah masuk dulu."
"Err..nak ke tandas. Sakit perut. Tak tahan dah ni" Aiman beralasan. Cepat-cepat dia pergi dari situ. Puan Aini melangkah keluar menyambut tetamu tersebut.
Aiman menyembunyikan diri di dapur. Tidak ke tandas seperti di katakan kepada emaknya tadi. Hatinya resah. Sup ayam yang sedang mendidih di atas api begitu mengancam seleranya. Emaknya membuat bihun sup untuk di jamu pada tetamu yang hadir selain daripada kuih raya yang pelbagai jenis serta lemang dan rendang.
Selain bihun, emaknya turut menyediakan mee dan juga kue teaw. Yelah, ada sesetengah orang tak suka makan mee sebab bau kapur katanya. Tapi memang betul pun. Aiman tidak kisah semua tu, dia makan aje semua benda tu. Kecuali rempah ratus macam bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang. Pahit! Pedih!
Bunga cengkih? Aiman teringat sesuatu. Aha, cikgu Nazir! Ada ke patut dia dan pelajar lelaki 4k1 satu kelas disuruh makan bunga cengkih sewaktu kelas di dalam makmal komputer. Tak patut betul.
YOU ARE READING
PAT KAY TU
Teen FictionPat Kay Tu - Mengisahkan Aiman dan rakan-rakannya. Seorang pelajar yang nakal dan juga baik hati. Namun, segalanya berubah dengan kedatangan orang baru di sekolah mereka. Siapakah orang tersebut? Apakah kesudahan pergaduhan antara Aiman dan Faizal?