BAB 26 - Berendam

157 17 0
                                    

Aiman sedang bersiap-siap hendak keluar lengkap berpakaian baju t-shirt kolar bulat dan seluar track hitam jenama Cheetah.

Sempat dia mengerling ke arah cermin di pintu almari sebelum melangkah keluar daripada bilik tidurnya.

Hensem jugak aku ni rupanya. Bisiknya perlahan memuji diri sendiri seraya mengukir senyum puas hati.

Emaknya tiada di rumah. Sejak balik daripada sekolah tadi, dia masih belum nampak kelibat emaknya. Mustahil ke kedai runcit lama begini. Tapi, boleh jadi juga jika berjumpa dengan geng sembang - menyembang di sana.

Pintu rumah ditutup rapat lalu dikunci. Anak kunci di sorokkan kedalam kasut sukan di rak kasut di beranda rumah. Tadi pun emaknya letak anak kunci disitu. Dan kebiasaanya pun memang begitu.

Aiman mendapatkan motosikal Yamaha 125 berwarna biru miliknya. Seekor kucing yang sedang lena di atas seat moto disekeh kepala dua tiga kali.

Padan muka. Suka-suka je nak melepak kat sini. Aiman bukan mendera atau menganiaya kucing tersebut, tetapi sekadar mahu bergurau.

Ya, dia memang bergurau. Kalau tidak, mana mungkin kucing putih tadi mengiau nyaring kesakitan. Aiman mengukir senyum sinis. Pada kucing? Ya, pada kucing la.

Sebenarnya tindakan Aiman tadi di dorong oleh rasa tidak puas hati dan  lenguh sendi dan sakit-sakit otot kakinya sejak di sekolah tadi lagi. Akibatnya, kucing putih itu menjadi mangsanya. Ibaratnya dia menyekeh kepala cikgu Khairi. Hendak di buat pada cikgu Khairi sudah tentu mustahil. Lagipun itu adalah perbuatan yang salah. Menderhaka kepada guru, tak berkat ilmu nanti. Tiba-tiba telintas keinsafan di hati Aiman.

Baik dan nakal dalam satu masa bukanlah satu kepelikan kepada Aiman. Perwatakannya memang begitu.

Tidak menunggu lama, Aiman terus menghidupkan dan  memecut laju dengan motosikalnya  dan destinasinya adalah rumah Zakkir, kemudian Hafiz dan seterusnya Aqhar. Walaupun kakinya masih terasa sakit dan lenguh, namun perancangan sudah dibuat, hanya mahu dilaksanakan sahaja. Dan kerana itu segala sengal-sengal di kaki  dia abaikan saja.

"Assalamualaikum. Zakkir! Oooo....Zakkir!" Laung Aiman dari halaman rumah Zakkir. Salam tidak sesekali dilupakan. Cara mudah buat pahala, rugi kalau diabaikan.

"Waalaikummussalam...ya al fadhil ustaz Aiman. Ada apa?" Zakkir muncul di muka pintu.

"Banyak la hang punya ustaz. Boleh tanya pulak dah budak ni. Pergi la bersiap cepat oi!"

Zakkir dilihatnya masih berseluar sekolah warna hijau dan berbaju putih.

"Hahaha...okey-okey. Aku bersiap kejap. Ustaz ni pun, sabarkan separuh daripada iman."

"Nah, hang punya  sabar!."

Mujur Zakkir sempat mengelak buah rambutan yang di baling Aiman. Mana Aiman dapat buah rambutan tu? Sebenarnya dia  petik di tepi jalan sewaktu nak ke rumah Zakkir tadi.

Suara ketawa Zakkir jelas kedengaran dari dalam rumah. Gembira sungguh dia dapat mengelak balingan Aiman tadi. Macam Neo dalam filem The Matrix. Sempat dia memuji diri sendiri atas ketangkasannya tadi.

Aiman duduk di atas moto di halaman rumah Zakkir sambil menikmati rambutan gula batu yang dipetik tadi. Lagi sedap rasanya kalau dia minta izin pada tuan tanah iaitu Tok Din. Aiman bertekad hendak minta izin Tok Din apabila dia balik nanti. Lagipun, Tok Din tu jiran dia juga.

Zakkir keluar tidak lama kemudian. Seperti juga Aiman, dia  berpakaian biasa sahaja.

"Tuala bawa tak?" Tanya Aiman apabila dilihatnya Zakkir sehelai sepinggang sahaja.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now