BAB 19 - Sejarah

154 16 0
                                    

"Arrggghh." Aiman mencengkam kuat rambutnya yang pendek dengan kedua belah tangan. Matanya masih menatap kertas soalan Sejarah di atas meja.

Aiman mengeluh. Semalam dia sudah ulangkaji hingga larut malam, tetapi sekarang otaknya tepu. Apa yang dibacanya tidak langsung dia ingat. Tambah merungsingkan kepalanya adalah  tajuk tersebut sudah dia baca semalam. Blank!

Sebatang pen biru dikepit antara jari telunjuk dan jari hantunya. Cuba menggerak-gerakan pen tersebut berpusing-pusing seperti yang biasa dia lihat dilakukan oleh cikgu Nazir. Beberapa kali di cuba namun masih tidak menjadi. Kebiasaan orang buat begitu untuk mencari ketenangan supaya idea atau ilham mudah timbul.

Akibatnya pen tersebut telah jatuh ke lantai. Aiman membongkok untuk mengambilnya. Hampir saja dia mencapai pen biru itu apabila tiba-tiba pen biru itu terpelanting jauh di sepak oleh kasut kulit berkilat berwarna hitam. Aiman mendongak.

'Cikgu Nazir?' Getus hati Aiman.

Cikgu Nazir tersenyum memandang Aiman. Dia tahu, Aiman kaget dengan tindakannya tadi.

Dia meninggalkan Aiman yang masih bingung, mengutip semula pen biru milik Aiman lalu di serahkan kepada Aiman.

"Terima kasih,cikgu." Jawab Aiman perlahan. Masih lagi kaget dengan tindakan cikgu Nazir tadi.

"Boleh jawab?" Tanya cikgu Nazir.

"Err...err..boleh. sikit-sikit." Jawab Aiman teragak-agak.

Cikgu Nazir melihat kertas jawapan Aiman walau cuba di tutup oleh Aiman dengan lengan kirinya.

"Bertenang, baca soalan berulang-kali. Yakin pada diri, tanya pada diri."

Aiman mengangguk walaupun dia kurang faham. Cikgu Nazir beredar dari situ ke tempat Aqhar pula. Seperti tadi, dia merenung kertas jawapan mereka. Seperti mesin pengimbas lagaknya yang memeriksa jawapan yang di tulis mereka sama ada betul atau salah.

"Iskh, takla susah sangat soalan ni. Takkan tu pun mereka ni tak boleh jawab." Rungut cikgu Nazir di dalam hati. Hairan melihat para pelajar 4k1 seperti tidak dapat menjawab dengan baik soalan Sejarah kertas 2 tersebut. Banyak soalan ditinggalkan kosong tanpa jawapan.

Hafiz? Haaa,,, cikgu Nazir bagai mendapat satu sinar. Dia berjalan ke arah meja Hafiz. Dilihatnya Hafiz sedang tekun menulis di atas kertas hingga kehadiran cikgu Nazir tidak disedari.

Hatinya lega. Nampaknya masih ada yang boleh menjawab soalan Sejarah tersebut. Cikgu Nazir menjengukkan kepalanya untuk melihat apa yang ditulis oleh Hafiz.

Mungkin sebenarnya
Ruang ku tiada
Mengisi kasih nan pilu sebentar cuma
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Apakah tandanya yang tersembunyi
Di balik rahsia
Semalam.....

Cikgu Nazir kelihatan terperanjat. Anak matanya sedikit membesar. Lirik lagu Takkan Pergi? Iskh...ingatkan tulis apa tadi. Cikgu Nazir berkata sendirian di dalam hati. Kepalanya digelengkan ke kiri dan kanan.

"Ehemm..ehem.." Cikgu Nazir berdehem beberapa kali.

Hafiz mengangkat muka. Cikgu Nazir sedang berdiri di belakangnya. Lekas-lekas dia membuka helaian lain. Dan pura-pura tekun mengerah otak mencari jawapan.

"Susah la cikgu". Kata Hafiz kemudiannya.

Cikgu Nazir sedar Hafiz tidak dapat menjawab soalan tersebut. Jika tidak, masakan dia akan menulis lirik lagu Takkan Pergi yang dinyanyikan oleh kumpulan Hyperact.

"Jawab soalan mudah dahulu, yang susah tinggal dulu. Nanti jawab balik. Jangan tinggal terusk." Pesan Cikgu Nazir.

Hafiz mengangguk. Wajahnya masih berkerut seperti tadi. Jawapan yang diharapkan daripada cikgu Nazir tidak diperolehi, sebaliknya  cuma satu nasihat sahaja.

Cikgu Nazir berdiri di hadapan kelas, tenang memerhati pelajar 4k1 sedang sedang menjawab kertas Sejarah 2. Sungguh tidak sabar dan berdebar dia menanti skrip jawapan tersebut untuk disemak nanti.

Cikgu Nazir teringat sesuatu. Doa berjalan dan keluar melalui pintu belakang kelas 4k1. Dia menjenguk melalui cermin tingkap ke dalam kelas sebelah iaitu kelas 4vt2.

'Hurmm....yang ni lagi dasyat. Siap boleh lena berjemaah lagi.' Kata cikgu Nazir perlahan.

Dia berpaling untuk masuk ke kelas  4k1 semula. Beberapa orang pelajar yang tadinya bergerak-gerak tiba-tiba terus diam di tempat masing-masing.

"Jawab, jawab. Jangan meniru." Cikgu Nazir mengingatkan mereka. Pantang di tinggalkan sekejap, memanjangkan tengkuk untuk meniru. Dah macam zirafah pula lagaknya.

Kertas terakhir, hari terakhir peperiksaan. Selepas ini mereka akan bercuti hari raya selama seminggu.

Cikgu Nazir duduk semula di tempatnya. Tetapi tidak lama apabila seorang guru lelaki, iaitu cikgu Hakim muncul di depan. Memahami isyarat iu, cikgu Nazir lalu bangkit ke arah pintu. Satu senyuman di hadiahkan. Begitu juga dengan cikgu Hakim. Mereka berjabat tangan seketika sebelum Cikgu Nazir terus berjalan keluar daripada kelas 4k1. Masanya sudah habis dan akan diganti pula oleh cikgu Hakim.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now