BAB 11 - Sekolah

178 18 0
                                    

Nazir melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk bewarna merah yang beroda di bawahnya. Badannya disandarkan pada kerusi dengan mata terpejam mendongak ke arah siling.

Seakan tidak percaya dengan apa yang dialaminya sekarang. Di mana dia sedang duduk sekarang. Dia kini  di dalam bilik guru, menjadi sebahagian daripada mereka warga pendidik. Ya, dia adalah seorang guru. Tengiang-ngiang pulak di dalam kepalanya lagu  yang dinyanyikan oleh kumpulan Hujan suatu ketika dahulu.

Bukan cita-citanya...
Bukan impiannya...
Berkecamuk hati, hatinya sendiri...
Persoalannya kini..
Mampukah ku bertahan..

Ya, ini bukan impiannya. Tidak pernah sekalipun terlintas dihatinya untuk bergelar seorang guru. Malah pekerjaan yang mulia ini tidak pernah ditulis dalam laporan tahunanya pada bahagian cita-cita sewaktu masih di menuntut di bangku sekolah.

Tapi kini segalanya seperti sudah terbalik. Kata orang, jangan terlalu membenci, nanti mendapat apa yang dibenci itu. Dan nampaknya sekarang dia sedang mengalaminya.  Mendapat sesuatu  yang tidak pernah dia inginkan. Tidak pernah pula dua serik untuk membenci walaupun sudah beberapa kali dia mengalami peristiwa yang hampir serupa. Ketegaq!.

"Naz, jom pergi pusat sumber". Ajakan Steward mematikan lamunannya.  Nazir tidak menjawab. Sebaliknya terus saja bangkit dan berjalan keluar. Seakan mengerti, Steward pantas mengekori langkah Nazir.

Lagak jalan mereka berdua seperti sudah lama di situ seperti sudah arif benar dengan  setiap pelosok dan ruang di dalam kawasan sekolah tersebut. Walhal, belum sampai 24 jam lagi mereka menjejakkan kaki di SMK Datuk Menteri.

Pusat Sumber hanya bersebelahan sahaja dengan bangunan bilik guru. Terletak di bahagian bawah bangunan dua tingkat memudahkan pelajar untuk datang ke pusat sumber. Di samping dapat menggalakkan lagi pelajar untuk ke pusat sumber. Jangan hairan kerana ada pelajar yang tidak pernah menjejakkan kaki ke pusat sumber sekolah. Sangat menyedihkan.

"Assalamualaikum cikgu".  Salam kesejahteraan itu diucapkan oleh beberapa orang pelajar yang berselisih dengan mereka.

Cikgu?

Nazir tersenyun di dalam hati. Panggilan tersebut seperti mempunyai satu makna atau semangat apabila disebut. Gelaran yang tidak diidamkan olehnya. Tidak pula dia mengidamkan title seperti Ir, Dr, atau apa-apa saja yang melambangkan profesion kerjaya professional yang bergaya.

Habis, apa yang dia idamkan? Tuan! Ya, itu gelaran idamannya. Impian suatu ketika dahulu yang telah hancur dan lebur. Semuanya gara-gara kebencian melampau dia terhadap matapelajaran Bahasa Inggeris. Bahasa penjajah! Itu yang ditegaskan hatinya. Hasilnya, keputusan SPM dia pula dijajah dengan rakus hingga dia cuma memperoleh gred E sahaja.

Ya, E bukan lah F walaupun mereka berada sungguh dekat.

Menghairankan, dia sungguh membenci Bahasa Inggeris, tetapi tidak pula dia mendapat cemerlang dalam mata pelajaran itu. Bukankah lama-lama nanti kita akan dapat apa yang kita benci? Mereka gelar itu karma. Tapi sekarang apa sudah jadi?
Atau, di dalam hatinya masih terselit rasa cinta kepada bahasa tersebut. Ah, mungkin juga.

Sunyi sahaja pusat sumber ketika ini. Tiada pelajar selain mereka berdua yang duduk di sebuah meja berhampiran dinding. Sebentar lagi waktu rehat. Mungkin ketika itu akan ada pelajar yang mengunjungi pusat sumber.

Nazir mencapai senaskah majalah daripada rak majalah berhampiran. Majalah kosmik itu diselak helaian demi helaian. Dia tidak berapa suka dengan perkara berkaitan sains. Dan majalah kosmik merupakan majalah berkaitan sains, angkasa dan teknologi.  Entah kenapa tiba-tiba sagaja dia tergerak untuk mengambil majalah tersebut.

Majalah kosmik itu diletakkan kembali. Senaskah buku kumpulan cerpen sasterawan negara di capai.
Dia tersenyum. Ini 'makanan' yang sesuai untuk jiwanya. Dia tidak 'berselera' dengan sains dan seangkatan dengannya.

Buka tersebut di selak halamanya. Dia mula membaca. Steward di sebelahnya sedang memegang  telefon pintar sambil jari ibunya menolak-nolak pada permukaan skrin.

Loceng rehat sudah berbunyi. Tidak lama lagi pasti ada pelajar yang masuk ke pusat sumber. Lagipun sekarang bulan puasa, kantin tidak dibuka.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now