"Seronok ke pergi Bazaar Ramadhan ,cik abang?" Aiman yang sedang duduk di atas motosikal sedikit terperanjat. Zakkir yang berbaju melayu kuning dan berkain sarong tiba-tiba saja muncul dari arah belakangnya sambil tersengih-sengih.
"Ni hang punya seronok!" Satu penumbuk di halakan ke muka Zakkir. Namun tidak pula menghilangkan senyuman di wajah Zakkir. Di lihatnya Aiman yang berbaju melayu sepasang berwarna hijau itu dengan pandangan bersahaja.
"Relaks la bro. Benda boleh bawa berbincang". Zakkir berlagak tenang. Bahu Aiman ditepuk berkali-kali.
"Aku tertidur la petang tadi. Betul, aku tak sedar langsung" Jelas Zakkir lanjut masih menanti reaksi Aiman yang asyik memandang ke arah surau.
Apa yang dilihatnya tidak pula Zakkir tahu. Cat berwarna hijau lembut pada dinding surau juga sudah lama tidak bertukar. Semuanya sama sahaja. Habis tu, apa yang di tenung Aiman?
Aiman memalingkan pandangannya memandang wajah Zakkir. Sebetulnya marahnya terhadap Zakkir sudah hilang. Sengaja dia bersikap begitu untuk melihat reaksi sahabatnya yang dikenali sejak di bangku sekolah rendah lagi. Hendak merajuk itu bukan sifatnya sebagai lelaki. Dia bukan "akak-akak" yang sikit-sikit hendak merajuk hanya disebabkan perkara remeh.Menarik muka masam mencuka. Bibir muncung mengalahkan muncung itik.
"Sementara tunggu masuk waktu isya ni, aku rasa baik hang pergi ambik wudhu lepas tu masuk surau buat solat sunat taubat. Hang dah tipu aku. Berdosa tau mungkir janji." Seperti ustaz pula lagaknya Aiman berkata-kata.
Ketawa Zakkir terhambur. Geli hati dengan ulah sahabatnya.
"Wahh, ustaz Aiman berceramah la pula. Ustaz pun kena join saya jugak. Ye la, ustaz pun apa kurangnya kat sekolah tadi kan." Sengaja Zakkir memanggil Aiman dengan gelaran ustaz.
Kah!kah!kah! Aiman juga turut ketawa. Ternyata guraunya tadi terbias kepada dirinya sendiri. Zakkir bijak bermain kata.
"Man,,,aku rasa kesian pun ada kat Faizal dengan kawan-kawan dia" Zakkir meluahkan rasa hatinya apabila ketawanya sudah beransur perlahan dan hilang terus. Ketawa Aiman terus mati apabila mendengarkan nama Faizal.
"Eh, hang ni dah kenapa, tiba-tiba jer kesian kat Faizal tu. Kan semua tu idea hang jugak. Aku ikut ja." Balas Aiman yang mulai pelik dengan sikap Zakkir. Sikap Zakkir sebenarnya sukar untuk di duga. Macam lalang pun ada walaupun badan macam batang balak.
"Pasal tu la aku rasa bersalah. Tambah pulak ni kan bulan puasa. Bulan yang mulia." Terang Zakkir lagi. Dia sungguh rasa bersalah melihatkan keadaan Faizal di sekolah tadi.
Angkara mereka Faizal dan Jamal telah didenda. Gara-gara idea dia juga semua itu. Sudahla didenda, tayar motosikal pula dipancitkan.
"Ala hang nih, nanti raya kita mintak maaf la balik. Kan hari raya tu hari untuk bermaaf-maafan." Balas Aiman selamba. Sedikitpun tidak mempamerkan riak bersalah.
"Aku ingat hang tak mau mintak maaf dah. Bagus la kalau macam tu." Zakkir lega mendengar kata-kata Aiman. Walaupun dia sendiri tidak pasti Aiman benar-benar memaksudkan hal tersebut atau tidak.
"Zakkir, karbait semalam ada lagi tak?" Tanya Aiman mengubah topik perbualan mereka.
"Aku rasa dah habis semalam. Malam ni hang nak main ker?"
"Hang?"
"Aku ikut hang. Hang main aku main la. Tapi kan, hang ada perasan sesuatu tak, malam ni sunyi sikit kan . Depa cuti ker?" Aiman hairan kerana tidak mendengar bunyi meriam dari kampung sebelah. Jika tidak, pada waktu-waktu begini ketika orang lain sedang menunaikan solat tarawikh mereka pula sibuk 'berperang' antara kampung. Mereka akan 'berperang' bunyi meriam antara kampung mana yang lebih kuat.
"Aha la. Aku pun perasan jugak. Kalau macam tu, kita pun cuti jugak la. Esok kita beli karbait baru.
"Tiga paket"
"Amboi...banyak hang punya duit"
" share la nanti. Aku bayar separuh." Balas Aiman.
Azan isya mula berkumandang. Aiman dan Zakkir segera ke tempat wudhu. Kemudian terus masuk ke dalam surau untuk menunaikan solat isya. Seterusnya disambung dengan solat sunat tarawih yang cuma di lakukan pada bulan Ramdhan saja.
Ruangan saf di dalam masjid tidak la begitu penuh. Kira-kira enam saf sahaja yang penuh daripada 13 saf yang ada. Kanak-kanak juga ramai. Walaupun kadang-kadang kala membuat bising hingga menggangu khusyuk para jemaah, namun tidak pula dimarahi kasar atau dihalau.
Pesan al-Fateh, jika tidak kedengaran suara kanak-kanak di masjid atau surau, itu tandanya generasi muda zaman itu sedang runtuh.
YOU ARE READING
PAT KAY TU
Teen FictionPat Kay Tu - Mengisahkan Aiman dan rakan-rakannya. Seorang pelajar yang nakal dan juga baik hati. Namun, segalanya berubah dengan kedatangan orang baru di sekolah mereka. Siapakah orang tersebut? Apakah kesudahan pergaduhan antara Aiman dan Faizal?