BAB 7 - Lupa

206 20 0
                                    

Notification  aplikasi sosial whatsapp milik Zakkir naik menderu-deru. Mesej- mesej menyerbu masuk bersesak-sesak seperti orang ramai menyerbu lelongan murah di jualan akhir tahun.

Zakkir membuka satu persatu mesej tersebut. Mana yang berkenan akan dibaca isinya, yang tidak dirasakan penting terus diabaikan setelah peti mesej di buka.

Clear chat!

Kebanyakkan mesej dalam group whatsapp itu tiada berisi. Hanya perbualan kosong sahaja. Menyemakkan dan menyesakkan memori telefonnya sahaja.

Dia bagaikan teringat sesuatu apabila melihat deretan mesej yang diterima daripada Aiman. Tapi apa? Dia gagal untuk mengingat. Mesej itu lalu di buka dan di baca.

Zakkir tiba-tiba sahaja terperanjat. Terloncat dan bingkas bangun dari tempat tidurnya. Segera dilihat jam pada tangan kirinya. Sudah hampir pukul 7.00 petang. Lama sungguh dia tertidur tadi.

Baru dia teringat. Dia sudah berjanji dengan Aiman untuk ke Bazaar Ramadhan bagi mencari juadah berbuka puasa.  Patut la semua mesej yang diterima daripada Aiman itu berunsur kemarahan. Akibat ketiduran, dia sudah memungkir janji. Dan Aiman pasti sedang berseorangan di Bazaar Ramadhan sambil menyumpah akan dirinya yang telah mungkir janji.

Satu pesanan ringkas di taip lalu dihantar. Cuma ungkapan permohonan maaf akibat mungkir janji yang sungguh tidak disengajakan. Pesanan tersebut telah di seen oleh Aiman.  Kemudian timbul dua tanda  blue tick  di bawah pesanan tersebut. Menandakan bahawa pesanan tersebut telah dilihat dan di baca oleh Aiman. Namun, sampai di situ sahaja. Tiada kelihatan tulisan Aiman is typing..... pada bahagian atas log perbualan tersebut.

Dia tahu Aiman sedang  marah padanya dan Aiman sememangnya patut marah, dan itu salah satu cara remaja sekarang membalasnya. Bluetick! Simple tapi kejam pada penerima.

Tidak pula Zakkir mahu menelefon Aiman. Jika whatsapp pun tidak di balas, mustahil panggilan telefon hendak di angkat.

Zakkir bingkas bangun daripada sofa empuk yang telah membawa dia melayari tidur lena hinggakan sebuah janji telah dimungkiri. Dia menuju ke dapur. Bau masakan kari telah menariknya kesitu. Dia tahu, emaknya sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka empat beradik.

"Laaa....kenapa bangun. Tido la lagi. Nanti sahur mak kejut la" Perli mak cik Sarinah apabila anak terunanya itu sudah  berdiri tercegat di sebelahnya.

Zakkir tersengih-sengih mendegarkan kata emaknya itu. Bunyi senduk berlaga dengan periuk menghidupkan suasana ruangan dapur yang sepi itu.

"Nanti kalau Akir tak bangun, sapa nak makan semua ni. Kan nanti membazir namanya tu". Balas Zakkir bersahaja. Mak cik Sarinah membalas kata-kata itu dengan seulas senyuman penuh kasih sayang. Masak kari adalah lauk kegemaran Zakkir sejak dahulu lagi. Kari daging, telur ayam atau ikan semuanya Zakkir suka. Diakui kuah kari dimakan bersama nasi putih serta kicap begitu membuka selera. Ringkas tapi pasti bertambah.

"Ade-ade je la kau tu. Telefon tu tadi sampai selak dia menjerit. Tak juga engkau sedar. Mak rasa Aiman yang telefon." Beritahu mak cik Sarinah apabila teringatkan hal itu.

"Aha mak, Aiman la tu. Hari ni Akir janji nak pergi Bazaar Ramadhan  dengan dia. Tapi, Akir terlajak tidur tadi. Tidur mati. Itu yang dia telefon banyak kali tu"

"Iskh, anak mak ni. Kalau dah berjanji kenalah tepati. Kesian kat Aiman tu nanti."

"Iya mak, Akir tahu. Akir dah hantar mesej mohon maaf  tadi, tapi tak berbalas pula. Marah lagi la tu. Tak apalah mak, nanti Akir jumpa dia waktu tarawih di surau, akir minta maaf kat dia. " Terang Aiman kepada emaknya. Mak cik Sarinah mengangguk seraya tersenyum.

"Sudah, jangan nak tercegat macam tiang eletrik kat situ. Pergi ambil pinggan dan  letak atas meja makan. Cawan sekali jangan lupa." Zakkir menurut tanpa bantahan.

Pergi ke rak pinggan mangkuk. Dia mengambil pinggan dan cawan lalu menyusunnya di atas meja makan.

"Adik pergi mana mak?" Tanya Zakkir apabila tidak melihat kelibat adiknya. Satu-satunya adik dia yang tinggal dirumah. Seorang lagi belajar di MRSM, duduk di asrama.

" Dia pergi rumah Pak Kasim. Mak suruh dia hantarkan kuih tadi. Sekejap lagi balik la tu." Beritahu mak cik Sarinah meleraikan persoalan Zakkir.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now