BAB 4 - Rokok

261 23 1
                                    

"Itu bukan saya punya cikgu. Tolonglah percaya cakap saya." Rayu Faizal berkali-kali.  Namun rayuannya tidak diendahkan sama sekali oleh cikgu Aziz yang telah memeriksa beg sekolahnya tadi. Pagi itu selepas sahaja perhimpunan, satu "spotcheck" secara mengejut ke kelas tingkatan empat telah dilakukan.

Faizal masih lagi merayu cuba membela diri. Cikgu Aziz pula sedang memegang sekotak rokok jenama Saat. Dia merenung tajam ke arah Faizal.  Bukti ditangannya sudah terang lagi bersuluh, masih mahu dinafikan lagi oleh Faizal.

Dia tersenyum saat menjumpai kotak rokok jenama Saat itu di dalam beg sekolah Faizal. Ternyata maklumat yang diterimanya benar. Unit disiplin sekolah sudah cuba berbagai cara untuk membendung gejala merokok di kawasan sekolah. Mereka buntu namun tetap berusaha membendung kegiatan tersebut.

Menjadi tanggungjawab mereka sebagai pendidik untuk menerangkan baik buruk sesuatu perkara. Tiada faedah langsung malah boleh menjejaskan kesihatan diri akibat aktiviti tidak sihat seperti merokok ini.

"Mesti ada orang yang cuba fitnah saya ni, cikgu. Kalau betul  rokok tu milik saya,  mesti la saya bawa pemetik api. Tapi cikgu tak jumpa kan pemetik api dalam beg saya". Cikgu Aziz agak tersentak dengan soalan tersebut. Dia memeriksa semula beg sekolah Faizal inginkan kepastian. Mungkin dia terlepas pandang.

Seketika kemudian wajahnya tampak hampa. Tiada pemetik api mahupun gores di jumpai. Mungkin ada benarnya juga rokok lni bukan milik Faizal. Rokok di dalam kotak tersebut juga hanya berkurangan dua batang sahaja. Malah kotak juga kelihatan seperti masih baru lagi.

Tambahan pula Faizal merupakan pelajar baru di sekolah ini. Mana mungkin dia berani melanggar peraturan sekolah. Kecualilah jika dia sememangnya pelajar bermasalah disiplin di sekolah lamanya dahulu.

Cikgu Aziz kelihatan buntu memikirkan hal tersebut. Wajahnya berkerut. Sebaliknya pula pada Faizal, senyuman yang terukir di bibirnya menunjukkan keyakinan bahawa cikgu Aziz telah mempercayai kata-katanya.

"Cikgu" panggil seorang pengawas yang berdiri di deretan meja paling hujung sambil mengangkat tangan. Tangannya memegang sesuatu.

"Saya jumpa pemetik api dalam beg sekolah Jamal". Lapor seorang pengawas lelaki bernama Jamil sambil menyerahkan objek tersebut kepada cikgu Aziz.

Wajah Faizal tiba-tiba berubah riak. Senyumannya mati sama sekali. Yang terpancar kini adalah  ketakutan. Dia mulai gusar. Peluh renek di wajahnya mula kelihatan. Renungan cikgu Aziz terhadapnya membuatkan  jantungnya mula berdegup kencang. Ditangan kanan cikgu Aziz kini  terdapat satu pemetik api jenama Aladin.

"Kamu jangan ingat senang-senang hendak memperdayakan saya. Seorang bawa rokok dan seorang lagi bawa pemetik api. Wahh, bijak !" Sinis sekali nada suara cikgu Aziz. Hampir saja dia terpedaya dengan helah Faizal dan Jamal. Dia tahu Faizal dan Jamal adalah satu geng  Faizal cuba hendak  merayu, namun segera dibatalkan apabila melihat wajah bengis cikgu Aziz semakin menyinga.

Jamal pula masih terpinga-pinga. Dia tidak tahu bagaimana pemetik api tersebut berada di dalam beg sekolahnya. Dia memandang Faizal.  Pasti Faizal yang meletakkan di dalam beg sekolahnya.

Mereka berdua di bawa ke bilik disiplin. Sewaktu dalam perjalanan ke bilik disiplin, tercetus  tuduh menuduh antara mereka.

"Kenapa kau letak rokok dalam beg sekolah aku?" Tanya Faizal bengang.

"Apasal tuduh aku pulak? Engkau la yang letak pemetik api dalam beg aku". Balas Jamal separuh menjerit. Marah dengan tuduhan Faizal terhadapnya.

"Bila masa pula aku letak pemetik api dalam beg kau? Rokok tu pun aku tak tahu entah bila masa dia "merangkak" masuk dalam beg sekolah aku". Tuduh menuduh antara mereka berlanjutan. Perang mulut yang tercetus itu tidak melibatkan sebarang sentuhan fizikal.

Mereka berdua terdiam. Masing-masing  memikir cuba  mencari jawapan bagaimana bahan larangan tersebut berada di dalam beg sekolah mereka. Seingat Faizal, dia tidak pernah meletakkan rokok di dalam beg sekolah miliknya. Itu kerja bodoh namanya. Dia yakin ada orang cuba mengenakan dia dan Jamal. Faizal sangat yakin dengan pendapatnya sendiri.

Apatah lagi  dia tidak pernah menghisap rokok  jenama murah seperti  Saat. Yang dia hisap adalah jenama Dunhill. Dunia umpama neraka hidup ibarat layang-layang.  Makna diberikan sendiri dalam kalangan remaja pada jenama rokok. Baru ada gaya. Ada kelas. Desis hatinya.

Jamal pula masih menaruh wasangka kepada Faizal. Dia yakin benar Faizal terlibat walaupun keras dinafikan oleh Faizal sendiri.

Dari celahan tingkap kelas, Zakkir dan Aiman melihat Faizal dan Jamal berjalan mengekori belakang cikgu Aziz.  Terbit rasa puas dihati mereka tatkala melihatkan situasi tersebut yang dizahirkan dengan satu senyuman.

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now