BAB 30 - Impian & Cita - cita

165 15 2
                                    

Impian. Semua orang ada impian dalam hidup. Tanpa impian, terumbang ambing lah layar kehidupan tanpa arah dan tujuan. Tinggi atau rendah, tiada siapa yang berhak menghalang seseorang itu daripada mengejar dan mencapai impiannya.

Dan pagi itu, cikgu Nazir melangkah bersemangat ke kelas 4K1 dengan satu impian. Impian yang hanya dapat direalisasikan dengan tekad dan usaha yang bersungguh serta matlamat yang nyata.

Seperti biasa, ucapan salam kesejahteraan diberikan lalu dijawab oleh cikgu Nazir. Selepas cuti selama seminggu, hari ini hari pertama dia masuk ke kelas 4K1. Sememangnya dalam seminggu hanya dua hari sahaja dia akan mengajar di kelas ini.

Semangatnya terasa lain macam apabila melihat wajah-wajah pelajar di dalam kelas 4K1. Nanti sekejap, seperti ada yang kurang. Ya, seorang pelajar lelaki tidak hadir pada hari itu. Cikgu Nazir menggeleng kepala. Itu juga termasuk dalam skop impiannya. Mensifarkan ponteng sekolah.

Cikgu Nazir perasan sesuatu, berpasang mata di hadapannya kini melihatnya dengan satu pandangan yang aneh, pelik barangkali di fikirannya.

‘’Kenapa? Macam tak pernah tengok cikgu je kamu semua ni?’’ tanya cikgu Nazir akhirnya. Reaksi mereka nyata menimbulkan tanda tanya kepada dirinya sejak masuk ke dalam kelas tadi.

‘’Cikgu sihat ker?’’ eh, siap bertanya khabar pulak budak-budak ni. Prihatin betul. Agaknya pada cikgu lain mereka lakukan juga atau tidak ye perkara yang sama?

‘’Alhamdulillah. Masih diberikan kesihatan yang baik untuk berada disini hari ini.’’

‘’Cikgu, kaki cikgu dah baik ker?’’ Tanya Hafiz.

Kaki? Aha, cikgu Nazir baru teringat sesuatu. Dia memandang ke arah kakinya. Digoyangkan setempat. Baru dia teringat, sebelum cuti dia ditimpa kemalangan. Mujurlah kecederaannya biasa saja dan tidak parah. Cuma kaki kirinya sahaja sedikit terseliuh. Terpaksa juga la dia menggunakan tongkat selama seminggu untuk membantunya berjalan.

‘’Ohh...patutla kamu pandang pelik pada cikgu tadi. Alhamdulillah. Dah semakin baik. Cuma kadang-kadang tu terasa juga la sakitnya.’’

Ketika dia kemalangan tempoh hari, Hafiz antara mereka yang terawal datang melawatnya.

‘’Cikgu, kenapa cikgu senyap je cuti hari tu. Mesej pun tak balas. call tak angkat.’’ tanya Aiman pula.

‘’Kamu ada call ker?  Maafla, telefon cikgu rosak sewaktu kemalangan. Sim kad cikgu pun  hilang. Jadi cikgu pakai nombor lain sekarang ni.’’ Bukan sengaja cikgu Nazir menyembunyikan diri selepas kemalangan tersebut.

‘’Patut la....bukan nak bagitahu nombor baru. Ingat kan dah lupa kat kami.’’ Mendatar saja suara Aiman.

‘’Amboi..tak kan la sampai macam tu sekali. Bukan sengaja nak lupa. Takpa, nanti cikgu bagi nombor telefon cikgu yang baru. Lepas tu kamu add semula cikgu masuk dalam group Whatsapp. Itu pun kalau sudi la.’’

‘’Elehh..  cikgu touching la pulak.’’

‘’Hahaha...’’ gelak cikgu Nazir.

‘’Cikgu, hari ni tak belajar kan?’’ tanya Iqra.

‘’Sapa cakap tak belajar?’’

‘’Tengok cikgu sembang aje dari tadi. Kiranya tak payah belajar la kan.’’ Iqra meneka berdasarkan situasi semasa sejak cikgu Nazir masuk tadi.

‘’Eh, takda takda. Kita belajar hari ni. Sembang tu kita sambung dalam group pula. Ni masa nak belajar.’’

‘’Alaaa....cikgu. Apa kata cikgu bagi markah peperiksaan sejarah. Mesti cikgu dah siap tanda kan. ’’

PAT KAY TUWhere stories live. Discover now